|
Pelakon Azhan Rani menegur tindakan seorang warganet yang tiba-tiba meninggalkan komen tidak suka melihat pelawak Ali Puteh di dalam posting Instagram (IG)nya.
Azhan menerusi sebuah hantaran telah memuat naik tangkap layar individu tersebut dengan tujuan untuk menasihati bukan mengaibkan. Tambah Azhan lagi dia tidak mempunyai masalah dengan pelawak tersebut dan tidak berminat untuk mengambil tahu tentang hal peribadi Ali. “Toxic detected. Aku ni bukan la jenis suka menjawab sangat. Tapi aku faham kadang-kadang perlu juga dijawab sesetengah perkara yang aku rasa boleh membiakkan toxic. “Jujur aku cakap sejak bekerjasama dengan Ali Puteh ramai je yang pandang semacam kat aku. Why aku baik sangat dengan dia.
“Nak kata macam mana, dia dengan aku dan team production takde masalah. Apa yang aku jawab kat komen tu jujur dan ikhlas. Hal peribadi dia bukan masalah aku pun dan kami tak pernah ada rasa excited nak campur walaupun aku tau satu Malaysia tengah kepochi dengan isu dia,” tulis Azhan.
|
Kurex replied at 18-11-2020 02:03 AM
Rajin ye netizen komen dekat ig retis.. btw iols tak suka si susun berkerak






ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
16-2-2026 09:30 PM GMT+8 , Processed in 0.315154 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.