Sering menimbulkan rasa kurang senang di kalangan netizen dengan tingkah laku dan penampilan anaknya terutama Kasih Iris Leona, 18, di media sosial, pelakon Azhar Sulaiman akhirnya mengakui ia kekhilafannya membesarkan anak cara moden.
"Saya akui kami hidup dalam keluarga yang agak moden dan ???urban??? sejak dari awal lagi. "Jadi apa yang berlaku pada anak-anak saya mungkin saya galas kesilapan saya sendiri. Saya ambil pengajaran ini untuk membentuk anak saya menjadi seorang yang baik sehingga tiada ruang untuk netizen kecam. "Saya juga nasihati mereka jika buat kesilapan itu cuba perbetulkannya dan kembali mendekatkan diri dengan Islam. "Apa-apa pun marilah berharap agar mereka mengambil langkah yang selamat dalam apa jua yang mereka lakukan. Insya-Allah mereka pasti sedar," katanya kepada Gempak.
|
sarah82 replied at 18-11-2020 10:54 AM
aku percaya setiap manusia boleh berubah.
Zielathefatlady: Biarlah budak2 muda ni nak hidup dan belajar dari kesilapan sendiriKita pun masa muda makin ditegur makin menjadistop being so judgemental
Orix: elok lah tu drpd jd penunggang agama.... elok jugak lah drpd acah2 islamik bertudung litup bagai tapi kantoi cemolot.... ehhhhhh.....
ADVERTISEMENT