CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mercedes Benz, Bentley, Toyota, Perodua Dan Nissan -Ejen Insurans Pakat Bakar Kereta

18-11-2020 12:40 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4813| Komen: 24

Hanya kerana mahu mendapatkan komisen tuntutan insurans, seorang ejen insurans sanggup berpakat dengan pemilik sebelum membakar kenderaan menggunakan kerosin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, terdapat tiga kes diterima pihaknya membabitkan kejadian kenderaan dipercayai dibakar dengan sengaja pada tahun ini hingga mendatangkan kegusaran kepada penduduk setempat di kondominium di Sri Putramas.

Foto: Ihsan Bomba

"Kejadian pertama dilaporkan pada 9 Jun lalu membabitkan tiga kereta, manakala kejadian kedua pada 4 Julai lalu membabitkan tiga kereta dan kejadian ketiga pada 16 November lalu membabitkan dua kereta.

"Semua kejadian itu berlaku antara 12.30 tengah malam hingga 4.30 pagi. Jumlah keseluruhan kereta yang dibakar adalah lapan membabitkan model Mercedes Benz, Bentley, Toyota, Perodua dan Nissan dianggarkan bernilai RM190,000," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Nik Ros Azhan berkata, bertindak atas maklumat, pihaknya melakukan tangkapan terhadap lelaki tempatan berusia 35 tahun di hotel di Genting Highlands, Bentong, Pahang 11 malam, kelmarin.

"Siasatan awal mendapati suspek terbabit menetap di Taman Kepong Baru, Kuala Lumpur dan bekerja sebagai ejen insurans.

"Hasil soal siasat dilakukan kami mendapati modus operandi kegiatan suspek adalah mengenal pasti pemilik dan kemudian berpakat dengan mereka (pemilik) sebelum membakar kenderaan menggunakan gas kerosin untuk mendapatkan komisen tuntutan insuran," katanya.

Beliau berkata, pihaknya yakin berjaya menyelesaikan tiga kes kenderaan dibakar di kondominium Sri Putramas dengan penahanan suspek berkenaan.

"Semakan mendapati suspek mempunyai dua rekod jenayah berkaitan penipuan dan judi.

"Suspek kini direman selama empat hari bermula semalam hingga 20 November ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 18-11-2020 01:17 PM
Sayangnyaa.. tak baiklaa buat reta mcn tuu...
Quote Buritan 18-11-2020 01:19 PM
Area rumah aku ni pun ramai yg nak jual kete sbb tak kerja.. aku tengok ajelaa.. aku pun tak de duit nak beli
Quote rashiman 18-11-2020 01:24 PM
Buritan replied at 18-11-2020 01:17 PM
Sayangnyaa.. tak baiklaa buat reta mcn tuu...



mungkin reta tu nak ditukarkan dengan duit yg lebih menguntungkan dengan cara claim insuran.
Quote Buritan 18-11-2020 01:26 PM
rashiman replied at 18-11-2020 01:24 PM
mungkin reta tu nak ditukarkan dengan duit yg lebih menguntungkan dengan cara claim insuran.

Entahlaa.. tetap tak baik.juga bg aku.. sian kete tuu.. aku takkan buat mcm tuu pd kete aku wpun kete aku ksncil cabuk je
Quote noor2 18-11-2020 01:33 PM
Manusia akan jadi x waras bila tiada duit...atau kurang duit....
Quote mikasa 18-11-2020 01:36 PM
Onwer tak mampu nak bayar installment ke
Quote bulan_gerhana 18-11-2020 01:50 PM
kalo keta terbakar ni consider total lost ke??? soo claim value camne? kalo keta masih dlm installment x leh dpt full loan value kan?? soo balance still kene bayar kat bank kan?? ke cane tuh?
Quote eyansss 18-11-2020 02:01 PM
bulan_gerhana replied at 18-11-2020 01:50 PM
kalo keta terbakar ni consider total lost ke??? soo claim value camne? kalo keta masih dlm installme ...

total lost n value based on insurance...  kalau dapat kurang dari total loan, kena la topup sendiri...  ada orang, masa nak buat insurance, dia rendahkan insured value...  jadinya, rugi la part claim tu...

Quote husna_amal 18-11-2020 02:52 PM
Kalau dah kantoi macam ni berganda2 lah rugi. Insurans pun tak dapat.
Quote newme11 18-11-2020 03:15 PM
husna_amal replied at 18-11-2020 02:52 PM
Kalau dah kantoi macam ni berganda2 lah rugi. Insurans pun tak dapat.

perpatah baru... org bijak selalu rugi...
Quote salmon-suki 18-11-2020 05:08 PM
Kete hangus,duit pun terbang..nanti dpt plak pakej penjara sbb nak menipu..hmmm..cerdik..cerdik...
Quote Lagubestbest 18-11-2020 05:15 PM
eyansss replied at 18-11-2020 02:01 PM
total lost n value based on insurance...  kalau dapat kurang dari total loan, kena la topup sendir ...

bukan insurans akan bayar ikut harga kereta 2nd hand di pasaran ke?
Quote pearl.silver 18-11-2020 05:18 PM
Total kerugian 190k aje?
Ada mercedes dan bentley tu
Quote eyansss 18-11-2020 05:20 PM
Edited by eyansss at 18-11-2020 05:21 PM
Lagubestbest replied at 18-11-2020 05:15 PM
bukan insurans akan bayar ikut harga kereta 2nd hand di pasaran ke?

ikut berapa kita insured...  dan ada calculation lain...  harga insured tu ikut harga beli minus reduction price ikut percentage + years of purchase......  kira lebih kurang 2nd hand la tapi tak semurah tu, unless kita request insured amount rendahkan kaw2...
Quote bulan_gerhana 18-11-2020 05:20 PM
eyansss replied at 18-11-2020 02:01 PM
total lost n value based on insurance...  kalau dapat kurang dari total loan, kena la topup sendir ...


oh gitu... kalo macam tu x guna la bakar kann kalo dah rendahkan insured value tu ... kalo tinggi pun bape lah sgt bole up value pun...

kee sebenarnya owner dah x mo bayar installment.. nak jual pun x laku koz kalo jual kat used car  pun derang biasa ambik lagi rendah.. for sure owner kene cari duit extra utk bayar balance loan tu kann.. x ke bukan menyelesaikan masalah...

yg aku paham cerita kat cini .. owner deal dengan agent insurance tu supaya bakar kereta dia.. soo agent ni bole proceed claim kat insurance company soo dia akan dpt komisen kannn.. agent ni yg kene tangkap kan... utk claim kes terbakor ni bukan ke kene ade report polis.. takkan x suspicious?? khenn


Quote palmolive 18-11-2020 05:20 PM
dah kantoi, apa pun tak dapat...
Quote eyansss 18-11-2020 05:25 PM
bulan_gerhana replied at 18-11-2020 05:20 PM
oh gitu... kalo macam tu x guna la bakar kann kalo dah rendahkan insured value tu ... kalo tingg ...

kena ada police report pastu kena tunggu hasil siasatan baru boleh proceed...  aku saspek masa police investigate, tetiba tengok ada banyak kereta terbakar n insurance agent orang yang sama...  tu yang kaw2 kena siasag sampai kantoi...
Quote suzycutegal 18-11-2020 05:50 PM
orang macam ni pun ada .....
Quote Tinot7 18-11-2020 06:21 PM
Cian keta... apa salah depa?

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 05:34 AM GMT+8 , Processed in 0.197011 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top