CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Cuma Baju Basahan, Tapi Chef Wan Tetap Pakaikan Ibunya Rekaan Designer!

18-11-2020 12:57 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 18977| Komen: 127

Lazimnya jika ingin menghadiri majlis atau acara tertentu, barulah seseorang itu memilih untuk menempah pakaian khas yang mendapat sentuhan pereka fesyen.

Begitupun berbeza pula dengan cef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali dengan Chef Wan yang turut menggunakan khidmat pereka fesyen terkenal biarpun hanya untuk kegunaan baju harian.

Bukan untuk dirinya, sebaliknya tempahan khas pakaian harian itu dibuat untuk ibu tercintanya, Noraini Abdullah atau lebih dikenali dengan panggilan Cik Ani.

Kredit foto: IG

Menerusi satu entri di Instagram, Chef Wan berkongsi mengenai baju Kedah yang mendapat sentuhan pereka fesyen terkenal, Calvin Thoo.

"Alhamdulilah semua baju Kedah ibu untuk pakaian hariannya sudah pun disiapkan oleh pereka fesyen Calvin Thoo.


"Saya pergi ambil di kedainya di Jalan Imbi semalam. Emak kata sangat selesa pakai, jahitan dan kain pun sejuk sahaja Wan. Tengoklah siapa yang pilih emak, sambil saya usiknya," kongsinya.


Menurut Chef Wan, baju basahan itu nanti akan dipadankan dengan 15 kain batik yang baharu dibelinya.

"Dengan 15 batik sarung baharu untuk dipadankan, yang mana dah lusuh dan reput itu boleh disimpan asing buat masa ini.

"Dia sangat gembira menerima pakaian tersebut dan tak sabar nak tengok malam tadi tapi saya minta tunggu pagi lah," ceritanya yang memberitahu ibunya itu kemudian sudah mencuba pakaian tersebut senyap-senyap ketika dirinya tidur.



Di ruangan komen, rata-rata memuji tindakan Chef Wan yang sanggup memberikan yang terbaik buat ibunya.

"Bertuah Mak Ani, Calvin Thoo jahitkan baju kedah. Moga Allah merahmati anak yang menyantun baik ibunya.


"Class Cik Ani, baju harian designer yang jahit. Patutlah Datuk murah rezeki.

"Sejuk perut Mak Ani mengandungkan Chef Wan.

"Ya Allah bertuahnya Cik Ani dapat anak yang baju Kedah pakai di rumah pun dijahit Calvin Thoo tau. Kita ni beli baju Kedah siap kat pasar malam je. Awak memang terbaik Chef Wan," komen sebahagian pengikutnya.



Sebelum ini, Chef Wan sering berkongsi perjalanan kisah dirinya bersama ibu yang kini disahkan menghidap kanser payudara pada usia 89 tahun. -CARI

Sumber: Gempak
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alesandra 18-11-2020 01:02 PM
semoga diberi ganjaran baik dan kesabaran yg tinggi pada tok wan sekeluarga menjaga  org tua penghidap alzheimer.aku penah melaluinya ...not easy....
Quote ~boolean 18-11-2020 01:06 PM
impian aku sama macam cepwan..
untuk bagi mak semua benda yang mak impikan...
cuma aku masih belum kaya untuk bagi mak kemewahan...

beruntunglah cepwan ada peluang berbakti pada mak selagi hidup..
Quote Suchi 18-11-2020 01:15 PM
Kain baju tu nampak lembut dan sejuk. Macam cotton viscose.
Biasa baju kedah hat bunga kecik2 tu guna kain cotton keras kejung je kan. Kena pakai berpuluh kali baru lembut.
Quote Tudungpink 18-11-2020 01:18 PM
Suke tgk cara dia layan mak dia.. Semoga yg terbaik untuk diorg..
Quote mrsbob87 18-11-2020 01:22 PM
kagum tengok cara CW layan mak dia.. semoga syurga balasan nye
Quote Buritan 18-11-2020 01:22 PM
alesandra replied at 18-11-2020 01:02 PM
semoga diberi ganjaran baik dan kesabaran yg tinggi pada tok wan sekeluarga menjaga  org tua penghid ...

Untung mak dia.. wpun chef one ni pondan tp aku respek org yg jaga mak dia
Quote Buritan 18-11-2020 01:22 PM
~boolean replied at 18-11-2020 01:06 PM
impian aku sama macam cepwan..
untuk bagi mak semua benda yang mak impikan...
cuma aku masih belum ...

Kann.. mak dia nak ape pun mintak aje.. untung mak dia dpt anak yg kays
Quote MsPercy 18-11-2020 01:58 PM
Jeles betul dgn chef wan ni dlm bab jaga ibu
Quote RumiMenari 18-11-2020 02:24 PM
Terngiang2 interview cepwan membebel pasal mental illness kt stesen radio koolfm... sian dj yg gantikan acik dj linda onn petang tu..  
Quote ninnamina 18-11-2020 02:38 PM
Salute la kat cep one ni. Dia ni pun kira dah tua jugak tapi tetap jaga molek2 mak dia
Quote clarizsa 18-11-2020 02:42 PM
Mahal kain tu masa cepwan bli kat jakel
I xtaulah mmg harga cmtu atau jakel tu ketuk cepwan mentang2 org kaya kan

Tp nmpk best baju kurung kedah tu
Quote imanda 18-11-2020 02:49 PM
bagus cepwan berbakti kat mak. harta yg ada nk bg n spend kat sape lg kan, kalau bkn fml sendiri.
mak kita sepatutnya kita layankan je; meaning apa yg dia sepatutnya perlukan.
dgn cepwan layan mak gini i ok. tapi nape pijo lyn kemahuan mak dia i rs lain maciam eh?
Quote Mawar91 18-11-2020 02:56 PM
clarizsa replied at 18-11-2020 02:42 PM
Mahal kain tu masa cepwan bli kat jakel
I xtaulah mmg harga cmtu atau jakel tu ketuk cepwan mentang ...

Mahal tu berape chouls?murah rezeki Chef Wan.
Quote husna_amal 18-11-2020 03:05 PM
Bagus cara chef wan layan emaknya. Berbakti pada orang tua sendiri dan bahagiakan mereka.
Quote prettyuglybabe 18-11-2020 03:08 PM
beruntungnya mak beliau..
kalau i kaya, i pun nak bagi segalanya pada mak ayah..
Quote manehnya 18-11-2020 03:12 PM
baiknya dia... dan mak dia sgt bertuah... bkn semua org dapat layanan dan kasih sgy mcmtu, tambah2 ada dimentia... sabaq byk ooooiii
Quote talapia 18-11-2020 03:24 PM
keturunan chef wan ni mmg panjang umur agaknya.. nenek dia pon rasanya meninggal umur2 lebih 80 la.. kalau x silap la.. ni mak dia dah 89.. masih boleh berjoget. Harapnya nanti chef wan pun age gracefully la.. semoga dia sihat tubuh badan... mudah2an Allah balas jasa dia jaga mak dia dengan segala kebaikan
Quote lattehazelnut 18-11-2020 03:29 PM
clarizsa replied at 18-11-2020 02:42 PM
Mahal kain tu masa cepwan bli kat jakel
I xtaulah mmg harga cmtu atau jakel tu ketuk cepwan mentang ...

Tp harga kat jakel mmg byk hauk.. design biasa je..
Quote sukacactus 18-11-2020 03:59 PM
Calvin Too ni jenis designer yg amat sopan,cakap pun lembut je

Lihat semua komen(127)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 09:36 AM GMT+8 , Processed in 0.040670 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top