CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Solomon Nak Haramkan Penggunaan FB

18-11-2020 02:24 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2126| Komen: 3

Kepulauan Solomon merancang melarang penggunaan Facebook untuk jangka waktu yang tidak ditentukan lagi setelah kritikan ke atas kerajaan itu disiarkan di platform media sosial tersebut, lapor Solomon Times.


Kerajaan kepulauan itu dipimpin oleh Perdana Menteri, Manasseh Sogavare memaklumkan beliau akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenainya pada hari Selasa.

Sekiranya larangan itu berlaku, penduduk Salomon akan bergabung dengan beberapa negara di seluruh dunia termasuk China, Iran dan Korea Utara, untuk secara aktif menyekat platform rangkaian sosial terbesar di dunia itu.


Gambari hiasan

Jurucakap Facebook berkata, syarikat itu telah menghubungi kerajaan tersebut untuk berbincang mengenai isu berkenaan.

“Langkah ini akan memberi kesan kepada ribuan penduduk di Kepulauan Solomon yang menggunakan perkhidmatan kami untuk berhubung dan terlibat dalam perbincangan penting di seluruh Pasifik,” kata jurucakap itu.

Kerajaan Solomon telah dikritik hebat di media sosial ekoran pengagihan dana rangsangan ekonomi di tengah-tengah pandemik koronavirus dan kesan keputusan negara Pasifik itu menukar hubungan diplomatik dari Taiwan ke China.

Menteri Komunikasi, Peter Shanel Agovaka, adalah salah seorang penyokong utama ke atas larangan itu, menurut Solomon Times.

Agovaka telah menyalahkan penggunaan “bahasa kasar” dan “pembunuhan watak” oleh menteri kerajaan termasuk perdana menteri menyebabkan isu itu dibincangkan di platform tersebut untuk keputusan.

Facebook adalah forum yang sangat popular untuk perbincangan di Solomon dengan penduduknya sekitar 650,000.

Pemerintah juga menggunakan Facebook untuk menyiarkan pidato perdana menteri dan menyebarkan maklumat kesihatan semasa wabak tersebut.

Ketua pembangkang Matthew Wale memberitahu Reuters bahawa beliau akan menentang tindakan itu.

"Ahli politik selalu khuatir jika penduduk mempunyai akses kepada maklumat dan dapat mengemukakan pandangan mereka secara bebas- itu sebenarnya tidak boleh dijadikan alasan untuk mengusulkan larangan itu.

“Saya sama sekali tidak melihat justifikasi larangan tersebut,” ujarnya. 


1

Bagus

Marah
2

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote husna_amal 18-11-2020 03:22 PM
Baik dia haramkan twitter dan instagram sekali.
Quote Tinot7 18-11-2020 09:50 PM
Suketi deme la nak pakai ke tak...
Quote zjen 18-11-2020 10:11 PM
sapot ...  heharap lebih byk lagi negara akan haramkan Facebook

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 06:28 AM GMT+8 , Processed in 0.617669 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top