CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jaja Kisah Sedih Jerat Wanita Di Tinder

18-11-2020 03:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2277| Komen: 8

Seorang lelaki di United Kingdom hanya menggunakan 'modal' dengan menjaja kisah sedih memerlukan wang untuk mendapatkan buah pinggang baharu bagi menjerat ramai wanita di aplikasi Tinder.


WalesOnline melaporkan Mahkamah Crown Swansea diberitahu, tertuduh Paul Simon Gillet, 30, sebelum ini memperdayakan seorang wanita bernama Rebecca Rouse, yang dikenalinya menerusi aplikasi itu.



Paul Gillett
Kredit foto: SWNS

Lelaki itu didakwa menggunakan alasan memerlukan wang untuk mendapatkan buah pinggang baharu sehingga menyebabkan wanita terbabit menyerahkan 3,000 Pound Sterling (RM16,283).


Penipuan Gillet tidak terhenti di situ apabila dia memperdayakan banyak wanita lain sehingga mengumpul wang haram berjumlah 158,000 Pound Sterling (RM857,605).

Pendakwa raya, Helen Randall memberitahu dalam satu kes, Gillet bertemu dengan seorang wanita dan kemudian menetap bersama mangsa dan anaknya.

Dia kemudian memperoleh sejumlah wang dengan menggunakan nama wanita itu untuk mendapatkan pinjaman kewangan.

Selain itu, dia berjaya memujuk wanita itu membuat pinjaman bagi membayar wang pendahuluan rumah mereka.

Kemudian, dia cuba mendapatkan pinjaman lebih 41,000 Pound Sterling (kira-kira RM222,543) dengan menggunakan maklumat peribadi wanita itu.

Gilet juga menipu mangsa dengan mengatakan buah pinggangnya bermasalah dan perlu segera menjalani pemindahan organ.

Akibat ditipu, wanita terbabit terpaksa hidup dalam ketakutan kerana dikejar pemiutang sehingga dia bimbang untuk menjawab panggilan telefon dan membuka pintu rumah.



Gillett bersama mangsanya, Rebecca Rouse
Kredit foto: 

Hakim Huw Rees berkata, tindakan defendan menggunakan pelbagai tipu muslihat bagi mendapatkan wang memberi kesan buruk kepada emosi mangsa.

"Kamu lelaki yang betul-betul tidak jujur. Kamu seakan-akan menjadikan ini (menipu) sebagai pekerjaan untuk memperdaya dan menipu orang tak bersalah," katanya seperti dipetik dalam portal Daily Star.

Gillet kini menjalani hukuman penjara lebih empat tahun atas semua kesalahan berkenaan.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chenta_dewi 18-11-2020 03:35 PM
Adoi.. awat la mudah purcaya..

Kalau kena sekali takpe lg..ni berkali kali
Quote KIM.K 18-11-2020 03:40 PM
Kat tinder ni aku jumpa peguam terkemuka. Member ada potensi maju dalam Hindraf..taklah kemana
Quote joy_ah 18-11-2020 03:44 PM
nama pun Gillet. pisau cukur.
what du yu expect?
Quote sarah82 18-11-2020 03:45 PM
Aku pulak pi baca.. Yg dia jerat perempuan dia jumpa kat tinder

Kesian kat perempuan tu.. Niat nak tolong tapi kena tipu.
Quote lattehazelnut 18-11-2020 04:52 PM
Xhensem n n xsado pun boleh tekel sampai tipu duit ek
Quote suzycutegal 18-11-2020 05:47 PM
apo prangai gini....aduhai
Quote Tinot7 18-11-2020 05:50 PM
Dia buat apa.dgn duit byk2 tu?
Quote husna_amal 19-11-2020 09:31 AM
Lelaki takde rupa macam ni pun mampu tipu ramai wanita.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 04:53 PM GMT+8 , Processed in 0.050978 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top