CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kenapa Angka Covid-19 Gelombang Ke-3 Tak Turun-Turun, Mana Silapnya?

18-11-2020 06:12 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4625| Komen: 26



MERAK Jalanan terpaksa mengakui sangat risau dengan jumlah kes positif koronavirus (Covid-19) ketika ini.

Nampaknya sehingga kini belum ada tanda-tanda angka kes Covid-19 di seluruh negara akan turun kepada dua atau satu angka. 

Gelombang ketiga virus Covid-19 mula mengganas sejak awal September lalu menyebabkan kerajaan terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Lembah Klang dan Sabah sejak 14 Oktober lepas.

Bagaimanapun, selepas lebih sebulan nampaknya, graf kes Covid-19 masih belum menunjukkan penurunan, malah jauh sekali untuk dilandaikan seperti bulan Jun, Julai dan Ogos lalu.


Penularan kes ke beberapa negeri lain menyebabkan lebih banyak negeri terpaksa melalui PKPB sejak 8 November lalu.

Angka harian melebih 1,000 kes telah direkodkan selama lebih 10 hari sejak bulan lalu.Persoalannya, apakah PKPB jalan terbaik untuk membanteras Covid-19 atau kerajaan perlu lebih bertegas dengan menguatkuasakan semula PKP.

Tapi memang amat difahami PKP kali kedua akan membunuh lebih banyak perniagaan di Malaysia.

Lebih banyak industri dan individu akan terkesan jika kegiatan ekonomi Malaysia sekali lagi ‘dihentikan’, namun jika kes harian Covid-19 masih kekal dengan angka empat digit, kerajaan dan Majlis Keselamatan Negara perlu mencari strategi baharu.

Berbeza dengan gelombang kedua yang lebih mudah dikawal kerana sebahagian besarnya disumbang oleh Kluster Sri Petaling, cabaran besar gelombang kali ini kerana klusternya yang pelbagai.

Kerajaan dan 'frontliners' tidak boleh berputus asa kerana usaha meratakan graf Covid-19 sangat penting sementara menanti vaksin koronavirus.

 

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/110688/SUARA-SINAR/Pojok/Kenapa-angka-Covid-19-tak-turun-turun?fbclid=IwAR0KCJDBexQnGY5mFUaxzCPO3dXgtVqVFNb9DZ9EjMJJhZboJ5Hv-7uAmeo
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote anakjiran 18-11-2020 06:14 PM
geng antivak kata corona ni penipuan dan data pun tipu
Quote Rara77 18-11-2020 06:38 PM
aku suspek kerajaan abah ni main data
demi menyelamatkan diri
Quote lurve82 18-11-2020 06:42 PM
Aku dkt seremban ni ntah la...masa wfh mmg betul2 dok kat umah je...keluar pun ble gi keje je...
Quote Jorja 18-11-2020 07:16 PM
Tumpang simpati pd yg kena buang kerja or kerja trtangguh ggara Covid.. skrg ni makin ramai yg stress n pcaya semua ni konspirasi yahudi.
Quote harisbee 18-11-2020 07:30 PM
X de silap2nya..yg mencanak naik tu mcm kes spore dulu..pekerja2 kilang yg dok hostel
Quote menjad 18-11-2020 08:11 PM
Konspirasi apo... Dah sedunia terjejas kot... Xhabih2 konspirasi
Quote ziezot 18-11-2020 08:28 PM
Anti-vak kate covid ni menipu je. Org politik plak kate abah punye game. Aku ni rakyat biase nak kan keadaan mcm dulu. Kesian kat org yg terjejas pendapatan.
X mustahil makin naik angka pesakit mental... Depression, anxiety etc
Quote Normabaru 18-11-2020 08:29 PM
Dah masing2 nk sgt angkut pati bagai.. Now rasa la.. Berjangkit bukan sesikit.. Pastu guna taxpayer money.. Klu betul company ni buat saringan betul2 and educate staff diorg ttg sop xde la berlambak2 cluster membiak..

Now duit test dtg dr rakyat jugak... Dh tahu staff duduk cm sadin.. Educate la bebetul.. Ni tak bila jadi cmni yg susah rakyat yg patuh sop. Cam harey jekkkk msg2!!!tu pon still nk bg kelonggaran visa kt pati.. Haih
Quote kelapaparut 18-11-2020 08:30 PM
hr ni da turun dah 600 lebih je kan
Quote krustykrab 18-11-2020 08:58 PM
Jorja replied at 18-11-2020 07:16 PM
Tumpang simpati pd yg kena buang kerja or kerja trtangguh ggara Covid.. skrg ni makin ramai yg stres ...

Kalau konspirasi wuhan tu ye la kot...sbb asalnya pun dr sana ...apesal plak yahudi yg kna tuduh
Quote belilies 18-11-2020 09:11 PM
Kan virus dia lagi agresif compared to the previous one.... It's mutated. Sbb tu numbers yg kene infected sangat besar dlm masa yg singkat, itu ciri2 3rd wave virus ni.
Quote highcastle 18-11-2020 09:17 PM
Kan virus covid-19 ni ada macam2 ragam, ada yg jenis mudah berjangkit dah ada yg jenis sukar dijangkiti...... Tak silap KP KKM ada terangkan pasal ni.........
Quote salmon-suki 18-11-2020 11:34 PM
Knp nak cakap konspirasi abah plak?covid ni dtg time puak2 PigH kan..and tersebar pun sbb puak2 PigH xde buat strict measurements utk halang penularan covid ni..bodoh simpan sikit y'allzzzz~ tp jgn wariskan kat anak2 plak..nti duk ulang benda sama,like those bbnus y menyalak kt socmed tuh..{:smile
Quote salmon-suki 18-11-2020 11:34 PM
Knp nak cakap konspirasi abah plak?covid ni dtg time puak2 PigH kan..and tersebar pun sbb puak2 PigH xde buat strict measurements utk halang penularan covid ni..bodoh simpan sikit y'allzzzz~ tp jgn wariskan kat anak2 plak..nti duk ulang benda sama,like those bbnus y menyalak kt socmed tuh..{:smile
Quote kakikuDibibirmu 19-11-2020 12:14 AM
Sebab abahcow ijau nak sangat darurat
Quote potpetpotpet 19-11-2020 12:17 AM
Macam mana nak turun.
Kilang2 yg ada pekerja asing ni run macam biasa.
Kalau run mcm biasa, mcm mana pekerja nk ada penjarakan sosial semua.
Walau semua pakai mask, tp kalau dah meeting or discussion tak boleh jarak2, memang laju je la virus ni merebak.

Lagi satu, ingat bangla2 tu kisah ke penjarakan sosial? Lagi jalan berpeluk2 pegang tangan adalah.
Quote mejaputih 19-11-2020 09:23 AM
kelapaparut replied at 18-11-2020 08:30 PM
hr ni da turun dah 600 lebih je kan

iols rasa ari ni bakalan naik semula huhu
Quote mejaputih 19-11-2020 09:27 AM
senang je nk turun..stop tracing contact rapat & buat test...mana yg sesak nafas tu masuk spital mcm biasa...hidup kembali mcm dulu tp death rate akan naik mencanak la... sbb knowing Malaysia ni ramai yg ada penyakit kencing manis - covid suka ni
Quote duri_durians 19-11-2020 09:31 AM
aku tgk kekawan kt IG bukan main lagi berjalan ke sana ke mari. kata tak boleh rentas daerah. tapi selamba je dlm kawasan lembah kelang berkumpul ramai2 buat potluck. hari ni rumah si polan. esok lusa rumah si polan. amende ni..?

orang pahang jugak yg best.. hujung minggu pegi teluk cempedak. takpun naik cameron. petang2 main bola. malam main futsal.

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 04:31 PM GMT+8 , Processed in 0.058262 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top