|
CHICAGO, ILLINOIS – Seorang nenek berusia 51 tahun di Amerika Syarikat melahirkan cucunya sendiri selepas menjadi ibu tumpang untuk anak perempuannya lapor laman berita Mirror UK. Julie Loving yang berasal dari bandar raya Chicago di negeri Illinois, selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada 2 November lalu. Perjalanan kehamilan tersebut dikongsi anaknya, Breanna Lockwood, 29, di laman Instagram. Breanna berkata, ibunya menawarkan diri untuk menjadi ibu tumpang selepas dia dikatakan sukar hamil kerana mengalami masalah kesihatan. “Ibu saya adalah seorang yang sangat hebat. Dia mengharungi proses bersalin yang agak mencabar. “Pengorbanan yang dia lakukan untuk melahirkan anak saya ke dunia ini tidak dapat saya luahkan dengan kata-kata,” ujarnya. Tambah Breanna, dia pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali termasuk semasa mengandungkan bayi kembar. Menurutnya, dia dan suami pernah bercadang untuk melakukan rawatan kehamilan IVF, namun doktor yang merawat mereka mencadangkan supaya mengambil ibu tumpang.
|
anakjiran replied at 18-11-2020 04:25 PM
bagaimana proses pemindahan benih berlaku?







ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
17-2-2026 08:04 AM GMT+8 , Processed in 0.373703 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.