Kos hidup yang semakin meningkat sedikit memberi kesan kepada individu. Tambahan pula wabak Coronavirus yang sudah menakluk dunia telah meninggalkan impak yang cukup besar. Sebagai ketua keluarga pula,bermacam cara untuk difikirkan demi membesarkan anak-anak. Seperti yang dikongsikan oleh pemuda ini,dia tersentuh bila melihat seorang pemuda hanya membeli beberapa keping pampers bayinya yang baru dilahirkan kerana tidak berkemampuan. TADI saya pergi membeli di kedai runcit. Jumpa seorang lelaki, dia mahu belikan anaknya pampers hanya tujuh keping. Saya tanya kenapa beli tujuh sahaja?
"Saya tidak mampu bang. Isteri saya baru melahirkan anak tadi. Saya cuma ada duit RM20. Mahu belikan pampers sama tisu basah untuk bayi." Allahu, terus sebak. Seorang suami terus cekal untuk menyediakan keperluan anaknya yang pertama walaupun serba kekurangan. Kita faham bila jadi ketua keluarga dan lebih-lebih lagi bila sudah ada anak. Saya suruh dia simpan semula pampers yang dia beli tujuh keping. Saya ambilkan dia pampers baharu, sabun mandian untuk anaknya dan yang lain-lain. Semoga Allah memberikan kekuatan dalam kehidupanmu saudara. Hari ini kita tolong orang. Insya-Allah kalau bila kita juga berada dalam kesulitan, pasti Allah hadirkan orang lain untuk membantu kita. #TerusBerbuatKebaikan Sumber: Ismail Sabran Ancok |
RatuDunia94 replied at 19-11-2020 09:56 AM
Bila nain pandai bersedia atas katil nk berenjut.. bila nak beranak eh x bersedia plak itu ini.. bel ...
chinta89 replied at 19-11-2020 09:01 AM
bagi aku kenapa x beli lampin yg boleh basuh2 tu.. dari beli baby wipes, perlu ke? better beli susu. ...
febreze replied at 19-11-2020 10:36 AM
indo kontrak ni...hurmmm
RatuDunia94 replied at 19-11-2020 10:56 AM
Bila nain pandai bersedia atas katil nk berenjut.. bila nak beranak eh x bersedia plak itu ini.. bel ...
Tinot7 replied at 19-11-2020 10:03 AM
Iols rasa mcm citer hasanah.. bau ikan sgt
gideoncross replied at 19-11-2020 11:52 AM
Klau air dh kat hjung2, smua bnda dh lupa dh, jnji dpt d lpas kn je.
ADVERTISEMENT