CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sunnah Tapi Pelajar Tak Dibenar Berambut Panjang, Ini Penjelasan Adam Corrie

19-11-2020 12:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4568| Komen: 13

Seronok apabila ramai selebriti yang mempunyai ratusan ribu, malahan jutaan pengikut dapat berkongsi ilmu kepada peminat masing-masing dengan cara mereka yang tersendiri.

Begitu juga dengan pelakon Adam Corrie Lee yang sering berkongsi pelbagai ilmu di media sosial terutamanya di Instagram miliknya.


Terbaru apabila ada peminat yang menghantar Mesej Terus (Direct Message) kepadanya dan bertanyakan soal agama, terutamanya tentang paras rambut untuk seorang lelaki.


Kredit foto: IG Adam

Justeru, Adam memanjangkan soalan berkenaan kepada Ustaz Rusydi dan berikut adalah jawapannya.

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam ada 3 bentuk rambut, pendek hingga separuh cuping telinga (mcm rambut kebanyakan lelaki sekarang), panjang sehingga mencecah bahu (tidak melepasi bahu) dan botak (ketika tahallul haji dan umrah sahaja).

Sementara itu, Ustaz Rusydi menyatakan pelajar tidak dibenarkan berkait dengan etika sekolah (KPM). 


"Jika kami di Mesir, para pelajar Al-Azhar ada yg berambut panjang tetapi tidak melepasi bahu.

"Haram menyerupai wanita kebiasaan berambut panjang melepasi bahu. Rasional Nabi SAW berambut panjang ada dua sebab:

"Yang pertama ketika peperangan sebagai strategi menggerunkan musuh kerana musuh menyangka mereka berhadapan dengan anak-anak muda dan yang kedua ketika musim sejuk untuk menutup tengkuk kerana rambut menyerap haba," katanya.

Adam turut berkongsi sekeping gambar dirinya yang berambut panjang dan memakai rantai.

"Gambar ini adalah saya sebelum syahadah," tulisnya.



Pelakon yang mula dikenali ramai melalui filem The Spinning Gasing ini memeluk Islam pada 13 Julai 2007. Adam berkahwin dengan Fazima Fuad pada tahun 2008 dan dikurniakan dengan seorang cahaya mata, Adam Fateh Lee.


Sumber: Gempak
1

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gideoncross 19-11-2020 12:07 PM
Cuaca pnas je skrg ni, rimas klau sntiasa brambut pnjng.
Quote budaktua 19-11-2020 12:17 PM
dari dia tegur psl rambut baik dia tegur psl rantai....


tp.. tgk pun tahu gmbr tu gmbr lama....
Quote merrissa 19-11-2020 12:48 PM
eleh yg tanya tu pon konon nak ikut sunnah...yg wajib belum tentu buat

utk bebudak sekolah, senang je...lepas habis belajar...nak simpan rambut ikut sunnah...simpanlah

time sekolah ikut jela peraturan sekolah...xpon jadi la menteri pendidikan...tukar undang2...seperti menteri kasut hitam tu...
Quote sharlenetexas 19-11-2020 12:53 PM
Paling tak menahan rambut rebonding
Quote AshKetchum 19-11-2020 12:55 PM
kooo dukkk dalammm guaaa keee dekkk mohteppp setiappp perkataannn kemahennn panjanggg hurufff lasttt tuuu persisss echooo bergemaaa bagaiii
Quote buragazz 19-11-2020 01:01 PM
Aku try bele rambut panjang tapi tak boleh sebab keturunan singa.. dia hadi meghebang.. so memang aku berambut pendek jer...
Quote krustykrab 19-11-2020 01:55 PM
X semua lelaki hensem berambut pjg...so far yg aku rasa hensem berambut pjg is ben amir..masa rambut pendek nmpk pelik sbb bentuk muka dia pjg...yg paling pelikberambut pjg is bapak tiri seorang retis..
Ni pendapat aku je..kalo korg x suka ada aku kisah
Quote AshkieLa 19-11-2020 02:26 PM
kemas... tak semua lelaki rambut panjang boleh maintain nmpak kemas mcm baru lepas mandi..
tengok jela laki si ardell, jep sepahtu,..ini  stok2 nmpak busuk mcm tak mandi bila rambut panjang
pastu kang bila dah ramai2 kat sekolah rambut panjang kot diserang kutu plak..

yang sinonim dgn rambut panjang dan nampak helok - ramli sarip, awie, ben amir..
Quote husna_amal 19-11-2020 03:14 PM
Budak sekolah mestilah terikat dengan peraturan sekolah. Rambut mesti lah kena dalam keadaan kemas rapi dan pendek.
Quote Orix 19-11-2020 03:18 PM
soalan last budak tu plg best..... lobai2 semua kata laki harom pakai rantai gelang sbb lobai based on hadis laki dilarang menyerupai perempuan, pun ada lobai kata laki harom pakai inai sbb menyerupai pmpuan.... tapi bila tanya pakai cincin n laki berambut pjg, lobai kata boleh sbb nabi pun buat... walhal laki bila pakai rantai n gelang di mata iols x nmpak pondan/wanita langsung... laki pakai pondesen lagi pondan mcm PU yg sorg tu *cough* *cough* tapi laki bewak paling pondan lagi pondan dari sajat
Quote Tinot7 19-11-2020 05:50 PM
Nak berambut panjang, suketi la asalkan tak langgar peraturan skolah atopon tmpt keje. Tapi kalau skolah dan tmpt keje tak benarkan, pandai2 la pastikan rambut ikut kesesuaian tmpt tu.
Ada je skolah cina yg tak bg pompan berambut cecah kolar baju. Takde pun depa nak merempan.. ke ada?
Kalau keje sendiri tu, suketi depa la nak rambut panjang mcm sofia vergara atopon tak. Nak buat iklan syampu pon takde org nak halang.

[youtube]jJKEkZL9qrM[/youtube]
Quote bulalof 20-11-2020 11:56 AM
di malaysia trend lelaki berambut panjang masih kekal popular sejak era rock kangkang sekitar 1980an.
Quote sleepandream 20-11-2020 08:48 PM
so laki haram bela rambut melebihi paras bahu sebab menyerupai wanita?
kekdahnye wanita tak boleh la berambut pendek kurang paras bahu sebab menyerupai lelaki?

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 01:41 AM GMT+8 , Processed in 0.031300 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top