CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Azira Shafinaz Belajar Hukum Bacaan Al-Quran Untuk Jiwai Watak

19-11-2020 01:13 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9558| Komen: 45

Pelakon dan penyanyi, Azira Shafinaz akui watak yang dipegang dalam telefilem Penunggang Agama lakonannya sangat mencabar.

Menurut Azira, dia memegang watak sebagai seorang wanita yang kuat pegangan agama dan melibatkan babak membaca dan mengajar kanak-kanak membaca Al-Quran.



"Bagi saya, watak dalam telefilem ini sangat mencabar kerana saya perlu betul-betul belajar mengenai karakter seorang wanita yang kuat agama.

"Terdapat babak di mana saya perlu mengajar budak-budak membaca Al-Quran, jadi, saya perlu tahu membaca Al-Quran dengan bacaan yang betul.

Foto: IG

"Ia memang mencabar, apa yang pasti, jalan ceritanya sangat menarik, jelas dan mudah difahami," katanya.

Azira berkata demikian ketika ditemui di lokasi penggambaran Penunggang Agama di Puchong, Selangor baru-baru ini.




Tambah Azira, dia telah menghafal beberapa surah dan banyak bertanya mengenai hukum bacaan yang betul dari mereka yang lebih mahir.

"Saya diberi beberapa surah untuk dihafal sendiri, dalam proses menghafal itu, saya banyak bertanya kepada yang mahir membaca Al-Quran kerana saya bukanlah hebat mengetahui hukum-hukum tajwid dan sebagainya.

"Di set penggambaran kami memang ada yang tahu hukum bacaan Al-Quran, jadi saya banyak merujuk kepadanya," katanya lagi.



Dalam Penunggang Agama, Azira memegang watak sebagai Anna yang berdepan dugaan getir apabila ada anggota keluarganya mengalami gangguan makhlus halus.

Selain Azira, telefilem ini turut menampilkan Zul Ariffin, Nasir Bilal Khan dan Johan Asari, ia dijangka menemui peminat menerusi Astro First pada tahun hadapan.-CARI

Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AKAZ85 19-11-2020 01:15 PM
Ooo.. Belajar sebab watak je laa.. Bukan sebab Allah eh... Oooo... Gituuuuuu
Quote pearl.silver 19-11-2020 01:17 PM
Ingatkn belajar sbb nk jd better muslim.
Apa pun alang2 dah belajar ni, semoga terus amalkn.
Quote lattehazelnut 19-11-2020 01:35 PM
Amboi kalah malaikat hukum pahala dosa orang..
Quote Knowlee 19-11-2020 01:36 PM
Semoga belajar ini jadi asbab kau lebih expert baca Quran, dan kemudian sambung belajar tafsir dan mengamalkannya apa yg dipelajari... Aminnn...
Quote RatuDunia94 19-11-2020 01:40 PM
Sheols mengacarakan vokal manisa sangatlah membosankan.. dan tergagap2 nk throw soalan mat guest..
Quote Budakmomok 19-11-2020 01:50 PM
Sesuai dengan tajuk drama
Quote Nenasketum 19-11-2020 01:53 PM
Aku suka plak dia ni, she is like a blank canvas, boleh transform into any watak yang diberi.
Ater, cenggini ke retis skarang nak tarik penonton, so lame hokkay.
Quote Nana_Man 19-11-2020 02:11 PM
Ada chance nk dgr ZA baca surah2 jgk tak?
Quote mamajawie 19-11-2020 02:15 PM
aku malas nak kecam but since sheollss belajar benda yg berfaedah, harap berterusan la cm kawan sheollss si cik manggis tu..berlakon kat mekah drama asterok pakai telekung depan masjid alhamdulillah da bertudung skang..
Quote imanda 19-11-2020 02:19 PM
mcm ni bagus, watak ustazah g blajar ngaji btol2. bkn mcm sapikdepansikit jd ustaz adam balik dr jordan tp ngaji xlancar n mersu mcm ustaz2 pon. semoga azira truskan blaja ngaji utk dri sendiri jugak.
Quote bondeh 19-11-2020 02:22 PM
Macam MK dulu belajar dengan ustazah sebab watak Nurul Izzah kan
Quote nazzse 19-11-2020 02:27 PM
Azira ni berlakon tak kayu & lawa especially berlakon jadi budak kg, pakai tudung bawal. Innocent je muka..
Tapi iols selalu perati body dia, mcm tak gemuk tak kurus..
Quote KIM.K 19-11-2020 02:42 PM
Tahniah. Itu membuatkan drama ni lagi tak sabar nak tengok
Quote aemon 19-11-2020 02:47 PM
salah pelakon ni huhu.
Quote labusayong 19-11-2020 03:12 PM
better azira la drp seekor burung bernama piyu; sekadar nama piyu, bg tazkirah sana sini tp mengaji quran pun tak lancar, tak fasih dan sebutan kurang tepat. sekian, terlahar puleks ahaks
Quote Belibis 19-11-2020 03:20 PM
AKAZ85: Ooo.. Belajar sebab watak je laa.. Bukan sebab Allah eh... Oooo... Gituuuuuu

Niat belajar pun dah sedeeyyyy...
Quote husna_amal 19-11-2020 03:25 PM
Mana lah tahu dia dapat manfaat sedikit sebanyak lepas belajar.
Quote TerataiMelur02 19-11-2020 03:40 PM
labusayong replied at 19-11-2020 03:12 PM
better azira la drp seekor burung bernama piyu; sekadar nama piyu, bg tazkirah sana sini tp mengaji  ...

Piyu mana yong?
Quote electricopop 19-11-2020 03:50 PM
Baguslah ada initiative...

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 05:57 PM GMT+8 , Processed in 0.143285 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top