Resah menantikan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) entahkan tamat atau bersambung, pastinya kebosanan melanda setiap individu terutama yang hobinya melancong. Maklumlah, tiada aktiviti pelancongan luar negara serta sekatan merentas negeri membuatkan 'kaki jalan' kebosanan. Usah bimbang, kita cuba berjalan di dalam negara bagi penduduk tempatan pula. Selain kawasan yang kurang diteroka, Malaysia sebenarnya mempunyai tempat menarik juga. Tangga Langit Dahulunya Pulau Jerejak sunyi sepi, tetapi sejak dibangunkan pada tahun 2018, seni bina dan tarikan yang luar biasa yang dibangunkan oleh pihak hotel ini menjadi tumpuan ramai penduduk tempatan dan juga pelancong di dalam negara. Ada tangga seakan menuju ke langit, buai di tepi pantai dan macam-macam lagi membuatkan ia seakan-akan Bali Malaysia. Mural Seni Hanya di Changkat, Bukit Bintang, kawasan belakang bangunan ini dibangunkan menjadi lokasi artistik dan pastinya menjadi tempat yang cantik untuk 'photoshoot'. Gegelung bahagia Terletak di Elmina, Shah Alam, lokasi ini bukan sahaja menjadi tempat penduduk setempat beriadah, ia juga menjadi lokasi jurugambar merakamkan potret pengantin atau sekadar bergambar. Paya bakau warna warni Anda pasti terpegun apabila dikatakan lokasi ini sebenarnya adalah paya bakau. Ya, jambatan warna warni ini baru siap dibina beberapa bulan lalu di Kg. Rosob Pitas, Sabah. Sangat unik dan menarik untuk berswafoto. Jadi, bagaimana? Bolehlah kaki jalan atau kaki swafoto ke tempat-tempat di atas bagi merakamkan momen menarik ya. - CARI Sumber: FB Places Malaysia |
Perawankota replied at 19-11-2020 04:48 PM
Pulau jerejak tu konon nk p time merdeka, sekali boat trip semua penuh, paling awal 8.30pm. Mmg x p ...
doubleA replied at 19-11-2020 06:39 PM
Aku local penangites pun tak pergi lagi jerjak tu mungkin skg dah kurang orang sebab pkpb. Tak ...
Perawankota replied at 20-11-2020 01:02 AM
Hahaha, biasalah, kita jarang nk appreciate apa ada tmpt sendiri. Aku asal org Kuantan, x pernah t ...
doubleA replied at 20-11-2020 01:58 AM
Bestnya celup tepung, kula cakes
Perawankota replied at 20-11-2020 02:25 AM
Ahahaha.. Dulu2 yer sanggup p beratur beli kula cake. Tapi aku kalau balik kuantan, aku mesti cari ...
doubleA replied at 20-11-2020 02:47 AM
Mee calong belum pernah try lagi. Tak dapat balik kuantan sebab pkpb ni. Susah nak travel. Harap k ...
ADVERTISEMENT