CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Marah Adik Ipar Mahu Bercerai, Lelaki Bakar Rumah Rakan Sekerja

19-11-2020 02:21 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2961| Komen: 11

Lelaki bertindak membakar rumah rakan sekerjanya di Taman Sentosa dekat sini, Ahad lalu selepas tidak berpuas hati terhadap adik iparnya yang menumpang di rumah itu.


Lelaki berkenaan dipercayai tidak berpuas hati kerana adik iparnya itu mahu bercerai dengan adik perempuannya.


Gambar hiasan

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, tiga motosikal dan sebuah kereta Perodua Myvi musnah dalam kebakaran pada 5.20 pagi itu.

Menurutnya, sepasukan Unit Kereta Peronda (MPV) dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan pada 5.24 pagi.


"Siasatan mendapati kejadian berpunca daripada masalah rumah tangga adik perempuan suspek.

"Suspek juga dikatakan tidak mahu mangsa menumpang di rumah rakan sekerjanya itu selain tidak mahu mangsa terus tinggal di daerah ini.

"Mangsa dikatakan menumpang di rumah rakan sekerjanya itu sejak enam bulan lalu," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, polis berjaya menahan dua suspek di kawasan berhampiran pada 12 tengah haru dan 4 petang kelmarin.

Menurutnya, semakan mendapati kedua-dua suspek berusia 32 dan 35 tahun mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

"Hasil soal siasat juga mendapati mereka mengaku melakukan jenayah berkenaan bersama seorang lagi rakan.

"Kedua-dua suspek berkenaan di reman selama tiga hari bermula semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api," katanya.



Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote eyansss 19-11-2020 02:36 PM
marah adik ipar, kawan jadi mangsa...  bahaya betul...  
Quote Belibis 19-11-2020 11:09 PM
eyansss: marah adik ipar, kawan jadi mangsa...  bahaya betul...

Pernah ada kes dadah.logik laaa,buat benda tak fikir panjang .
Quote sukacactus 19-11-2020 11:13 PM
Bodoh3
Ok tu je nak cakap
Quote Tinot7 20-11-2020 06:56 AM
Eeiisshh.. ngerinya kalau salah kawen..
Quote zeed 20-11-2020 06:57 AM
Taman sentosa mana ni? Kalau klang tu mmg black area.. Ngeri..
Quote Potpouri 20-11-2020 09:19 AM
siapa mangsa ni? adik ipar ke kawan sekerja? konfius aku..sepatutnya mangsa tu rakan sekerja lah sebab rumah nya yang terbakar.
Quote husna_amal 20-11-2020 09:50 AM
Keliru sikit baca. Rakan sekerja tu kawan si lelaki tu ke atau kawan adik ipar.
Quote budaktua 20-11-2020 10:20 AM
husna_amal replied at 20-11-2020 09:50 AM
Keliru sikit baca. Rakan sekerja tu kawan si lelaki tu ke atau kawan adik ipar.

ya mmg keliru sama ada situasi @ cara penulisan...


yg aku faham.... ada seorg perempuan yg ada abg (yg otak 'weng') kawin dng seorang lelaki... pas tu bercerai..si suami lps bercerai pg tumpang rmh rakan sekerja nya bberapa bulan... abg sibekas isteri (dh cerai panggil 'bekas' la kan?) tk puas hati sb dia nk bekas suami adiknya nya tu patut blah terus dari kws tu.. so.. abg yg rasa adik perempuan nya teraniaya tu g bakar rumah tmpt bekas suami adik nya menumpang...  


ok..blh mcm tu...?  

jadi 1 kerja la pulak aku ni mengarang....

Quote bakingsoda 20-11-2020 11:15 AM
rakan sekerja sape ni? suspek ke adik ipar? kalau ikut kan "nya" tu mcm merujuk ssuspek tapi pelik pulak adik ipar tiberr nak duduk dgn rakan sekerja abang ipar dah kenapa
Quote arm_band 20-11-2020 12:29 PM
pemberita metro yang pening ke camne ni? complicated betul relationship saspek & mangsa ni.
so mangsa ni adalah bekas adik ipar saspek? dan si mangsa ni tumpang rumah rakan sekerja saspek??




Quote Nham22 20-11-2020 09:28 PM
budaktua replied at 20-11-2020 10:20 AM
ya mmg keliru sama ada situasi @ cara penulisan...



Maknemye depa 1 taman lah yea.. Hihihi

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 06:25 PM GMT+8 , Processed in 0.107499 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top