Penyanyi dan komposer, Hael Husaini belum berani mengikut jejak langkah rakan seperjuangan terjun ke bidang lakonan demi meneruskan kelangsungan hidup pada saat pandemik COVID 19.
Biarpun persembahan pentas secara terbuka belum dibenarkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), pemenang kategori Artis Kolaborasi/Duo/ Berkumpulan Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32 bersama Dayang Nurfaizah itu belum bersedia mengambil risiko. "Saya akui ramai yang terjejas teruk berikutan rutin kerja kebiasaan tidak dapat dilakukan. Saya turut terjejas selepas tawaran persembahan dibatalkan dan ditunda. "Agak pahit menelan semua ini, namun apa daya, saya tak mampu melawan ketentuan ini. Saya bernasib baik masih memiliki tuntutan kerja lain seperti menghasilkan karya untuk penyanyi lain, selain meneruskan kempen jenama dan produk dalam media sosial termasuk iklan komersial.
"Saat ini, saya belum terlintas mahu berlakon. Saya tak pandai dan kekok berlakon di depan kamera. Saya juga mempunyai masalah menghafal skrip. Jika skrip pendek pun terkial-kial, apatah lagi yang panjang berjela. Namun, mungkin sekarang saya belum bersedia, tak tahulah pada masa akan datang," katanya kepada BH Online.
|
izat123 replied at 19-11-2020 05:20 PM
Sebenarnya kan, walau rendah mana tahap pelajaran pelakon pun, kira power jugaklah diorang boleh haf ...
Suchi replied at 19-11-2020 06:58 PM
Dorang memang hafal sebijik2 ke atau ada je yg tak ikut sebijik2 just ayat lebih kurang je?
Suchi replied at 19-11-2020 06:58 PM
Dorang memang hafal sebijik2 ke atau ada je yg tak ikut sebijik2 just ayat lebih kurang je?
Suchi replied at 19-11-2020 06:58 PM
Dorang memang hafal sebijik2 ke atau ada je yg tak ikut sebijik2 just ayat lebih kurang je?
Minami2013: Tengok hael zaman audition one in a million jauh betul beza muka dia... anyway, tak yah lah berlakon. Fokus menyanyi and producing lagu je. Do not dow ...
edayildiz: xpyh la hael..fokus nyanyi & buat lgu sdp2 jer la dh cukup..dia ni antara penyanyi laki yg i ok..dulu i xsuka dia..xsuka sgt2 tau..tgk muka dia rasa ...
Suchi replied at 19-11-2020 06:58 PM
Dorang memang hafal sebijik2 ke atau ada je yg tak ikut sebijik2 just ayat lebih kurang je?
ADVERTISEMENT