CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Tinggal Saya Seorang" - Tun M Sedih, Kesunyian

19-11-2020 03:45 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 13802| Komen: 132

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menerusi penulisan di blog rasminya, chedet.cc hari ini meluahkan rasa sedih dan kesunyian selepas rakan-rakannya meninggal dunia.



Kredit foto: The Malaysian Insight

"Khalid Julong meninggal dunia pada 18 November 2020. Dengan pemergiannya, maka tamatlah satu generasi pejuang Melayu.

"Khalid, Azahari Taib, Khir Johari, Khir Pa’ Awang, Hj Taha, Chegu Senu dan lain-lain sudah tidak ada.

"Tinggal saya seorang. Saya sedih. Semua mereka kawan lama. Saya kesunyian," tulisnya.



Kredit foto: Blog Chedet

Ahli Parlimen Langkawi memaklumkan, beliau dan Khalid berdamping dalam arena politik sebaik tamat perang Dunia Kedua. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CARI-MAL 19-11-2020 03:45 PM
Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menerusi penulisan di blog rasminya, chedet.cc hari ini meluahkan rasa sedih dan kesunyian selepas rakan-rakannya meninggal dunia.




Kredit foto: The Malaysian Insight



"Khalid Julong meninggal dunia pada 18 November 2020. Dengan pemergiannya, maka tamatlah satu generasi pejuang Melayu.

"Khalid, Azahari Taib, Khir Johari, Khir Pa’ Awang, Hj Taha, Chegu Senu dan lain-lain sudah tidak ada.

"Tinggal saya seorang. Saya sedih. Semua mereka kawan lama. Saya kesunyian," tulisnya.




Kredit foto: Blog Chedet




Ahli Parlimen Langkawi memaklumkan, beliau dan Khalid berdamping dalam arena politik sebaik tamat perang Dunia Kedua. - CARI
Quote CiliPadiSedap 19-11-2020 03:49 PM
xlama lg keluar iklan nangis depan budak2.
Quote mamajawie 19-11-2020 03:52 PM
bukan nak cakap dah umo atuk ni tahap2 fosil..berkenalan sejak tamat perang dunia kedua?maigaddddd mak bapak aku pun lahir lepas merdeka tau..
Quote auntieagony 19-11-2020 03:54 PM
Politics aside, ini mmg perasaan warga emas yg dah lanjut usia, 80 thn ke atas.

Berlaku kpd Allahyarham pak mertua.

Mmg dia rasa kesunyian bila rakan2 sebaya meninggal dunia seorg demi seorg. Nampak kesedihan pd raut wajah dia bila dpt berita kematian kwn2nya.

Kita mungkin akan merasainya juga jika umur kita panjang sebegitu nanti. Maka jgnlah dipersendakan isu ni.

Belajar utk merasa empathy.
Quote Tinot7 19-11-2020 03:56 PM
atuk, janganlah bersedih...
moh layan llama cute 2 ekor ni

[youtube]OS9ATzRsWvc[/youtube]

Quote kakikuDibibirmu 19-11-2020 03:57 PM
Tak apa, baginda queen Elizabeth ada lagi
Quote edayildiz 19-11-2020 03:58 PM
faham..rasanya perasaan ni sama mcm bila bff semua dah kawin..kau sorg xkawen lg..sama kot kan
Quote Orix 19-11-2020 03:59 PM
sbb tu x payah ad ramai kawan... lol...
Quote EvieWanKenobi 19-11-2020 04:01 PM
tu tandanyaaa.. ermmmm..
Quote kakikuDibibirmu 19-11-2020 04:01 PM
Edited by kakikuDibibirmu at 19-11-2020 04:03 PM

zu zu zu capoeira 4 tahun
owa owa eee
terlebih batang terlebih kain


[youtube]-SufUq4M0EY[/youtube]
Quote helicornia 19-11-2020 04:05 PM
mmg org yg lanjut usia ni akan hidup sunyi.org sebaya dh takde nk berbual. ada dulu kisah org lebih 100 umo tk mau hidup lebih lama lagi sbb sunyi. mungkin mata n telinga pun dh kurang berfungsi menyebab makin sunyi hidup
Quote abangadek 19-11-2020 04:11 PM
Tun bernasib baik jugak lah ada wife lagi.. boleh buat sembang2 jugak.. kalau Tun Siti takde tu baru betul2 sunyi
Quote chandrahusin 19-11-2020 04:13 PM
makin berumur mmg makin sensitif
& mmg akan rasa sunyi
Abg aku yg sulong
mula2 lps pencen hari2 dtg ofis aku
borak2 minum2
to get use to the new unproductive days
lagi la klu umur panjang smpai dekat 100 tahun
Quote Boomibulat 19-11-2020 04:15 PM
chandrahusin replied at 19-11-2020 04:13 PM
makin berumur mmg makin sensitif
& mmg akan rasa sunyi
Abg aku yg sulong

Saya rasa mcm tu jugak perasaan org tua saya yg berumur 70+..hanya tinggal 2,3 org saja lg yg sebaya..sunyi sbb x de kawan2..
Quote dani-rox 19-11-2020 04:18 PM
[youtube]a1DFKB1NJuw[/youtube]
Quote chandrahusin 19-11-2020 04:23 PM
Boomibulat replied at 19-11-2020 04:15 PM
Saya rasa mcm tu jugak perasaan org tua saya yg berumur 70+..hanya tinggal 2,3 org saja lg yg seba ...

takde kawan sembang sbnrnya
nak borak dgn org muda
dh tak sama wavelength
ada sorang aunty ni mak my fren
sblum Covid-19 dia sgt aktif
dia join karaoke, menang byk kali
tiba2 pkp dia pun lost
tapi anak2 dia baik sgt
sentiasa teman aunty ni
jalan2 makan2
5 of them
samada sama2 jalan tinggalkan family
dgn mak saja
atau take turns teman mak

Quote Atata 19-11-2020 04:26 PM
auntieagony replied at 19-11-2020 03:54 PM
Politics aside, ini mmg perasaan warga emas yg dah lanjut usia, 80 thn ke atas.

Berlaku kpd Alla ...

Betul... Kadang parents tak kasi doakan dorang umur panjang, ni jg la antara sebabnya. Huhu. tp tetap nak doakan dorang umur panjang sbb tanak berpisah cuma kadang rasa selfish bila doakan gitu padahal dorang tanak pun
Quote glump 19-11-2020 04:32 PM
Tapi Tun masih ada Tun siti hasmah.org lain mulai merasai seusia 65,Tun hanya kesunyian di usia 90an..bertuah Tun usia panjang ialah benda  yg menjadi iri ramai orang..
Quote meteorspeed 19-11-2020 04:35 PM
auntieagony replied at 19-11-2020 03:54 PM
Politics aside, ini mmg perasaan warga emas yg dah lanjut usia, 80 thn ke atas.

Berlaku kpd Alla ...

Betul. Hormati la.

Lihat semua komen(132)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 05:20 PM GMT+8 , Processed in 0.099333 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top