CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Britain Haramkan Jualan Kereta Guna Bahan Api Petrol, Diesel Menjelang 2030

20-11-2020 12:41 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4943| Komen: 61



LONDON: Britain akan mengharamkan penjualan kereta menggunakan bahan bakar petrol dan diesel pada tahun 2030.

Kenyataan Perdana Menteri, Boris Johnson itu dikeluarkan sedekad lebih awal berbanding komitmen dinyatakan sebelum ini.

Johnson membuat janji itu sebagai sebahagian daripada rancangan untuk revolusi industri hijau yang dijangka mampu mencipta 250,000 peluang pekerjaan dalam sektor tenaga, pengangkutan dan teknologi.

“Saya rasa mereka boleh berbangga dengan komitmen kita (Britain) mengetuai dunia untuk menangani ancaman perubahan iklim dan pelaburan yang kita lakukan sekarang.

“Ia sama ada melalui Bantuan Pembangun Rasmi (ODA) atau cara lain dalam tangani masalah perubahan iklim itu,” katanya pada Selasa.

Kerajaannya berkata penjualan kereta dan van menggunakan petrol dan diesel akan berakhir pada tahun 2030. Manakala kenderaan hibrid boleh dijual sehingga tahun 2035.

Sementara itu, pengeluar kenderaan juga pada masa sama menyuarakan keprihatinan mengenai sasaran tersebut yang disifatkan terlalu bercita-cita tinggi.

Rancangan hijau kerajaan juga merangkumi pelaburan dalam tenaga hidrogen dan teknologi penangkapan karbon.

Ini termasuk untuk menjana tenaga angin yang mencukupi bagi memberi kuasa kepada setiap rumah di UK menjelang 2030.
Selain itu, pelan ini juga merangkumi generasi baharu loji tenaga nuklear.

Kepentingan alam sekitar adalah sebahagian daripada usaha Johnson untuk bergerak keluar daripada isu COVOD-19 dan Brexit.

Ini juga merupakan pelannya untuk membawa pekerjaan baharu kepada bekas kawasan perindustrian di tengah dan utara England.

Johnson juga membuat komitmen bersama untuk memerangi perubahan iklim dan pemanasan global.

UK dijangka menjadi tuan rumah Persidangan Iklim Global (COP26) tahun depan, selepas penangguhan selama 12 bulan kerana COVID-19.

Britain juga berjanji untuk mengurangkan pelepasan karbon menjadi sifar menjelang 2050. 


Sumber : Awani


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pxlbb 20-11-2020 10:13 AM
New reset order ke?
Quote husna_amal 20-11-2020 11:04 AM
Mampu ke nak laksanakan 10 tahun lagi.....
Quote allshares 20-11-2020 11:49 AM
Kereta yg pakai petrol berlonggok2 nk buang mana? Ke kene tukar engine?
Quote RatuDunia94 20-11-2020 01:35 PM
Mewujudkan 250k peluang pekerjaan. Abistu pekerjaan sedia ada dlm bidang fuel petrol/diesel cemana?
Quote kelapaparut 20-11-2020 01:48 PM
RatuDunia94 replied at 20-11-2020 01:35 PM
Mewujudkan 250k peluang pekerjaan. Abistu pekerjaan sedia ada dlm bidang fuel petrol/diesel cemana?

mengurangkan 500ribu pluang pkerjaan oil n gas yg lain
Quote jazaa100 20-11-2020 11:36 PM
Hbislah Tok ereb.....

Nk jual apa
Quote faraway1 20-11-2020 11:39 PM
Canada juga
Quote Cassieopeia 20-11-2020 11:46 PM
bagusla nk kaga alam sekitar tp mampu ke semua nk tukar kete n xpakai petrol langsung..
Quote Dwdrum 21-11-2020 12:03 AM
Guna electric car cost percuma untuk travel jauh or dekat... My friend drive tesla perlu detour untuk cari supercharger... Journey jadi jauh..
Quote Tinot7 21-11-2020 08:07 AM
Keta buatan mesia pun kena pandang ke hadapan ke? Start dgn hybrid?
Quote mejaputih 21-11-2020 08:12 AM
Bagus for environment..save the world for our children!
Quote sarah82 21-11-2020 08:24 AM
Kira 2030 depa hanya benarkan jualan kereta elektrik?
Quote TravellingBear 21-11-2020 08:32 AM
Edited by TravellingBear at 21-11-2020 08:37 AM
Tinot7 replied at 21-11-2020 08:07 AM
Keta buatan mesia pun kena pandang ke hadapan ke? Start dgn hybrid?


kat malaysia yg tulis hybrid tu still teknologi guna petrol utk charge battery.... lots of them. ada laa bbrp je yg charge pakai suis kat rumah. Yg nissan leaf tu katanya fully battery tapi aku tak berkesempatan pegi showroom hehee

aku pakai keta partly charge. takat nak pegi jalan dekat2 boleh la. Up to 38km. note that “up to” . kalau overtake atau speeding cepat je drain battery. Bila battery habis back to petrol. so utk org yg beli utk pegi keje balik keje , yg jauh dari office tu masa kat office kalau tak charge mmg sesia je la beli keta camtu hahahhaaa
Quote Tinot7 21-11-2020 08:36 AM
Edited by Tinot7 at 21-11-2020 08:42 AM
sarah82 replied at 21-11-2020 08:24 AM
Kira 2030 depa hanya benarkan jualan kereta elektrik?


Ye la kott. Atopon keta hybrid. Tu psl negara2 lain kena amik perhatian.
Takat 100% keta elektrik, mcm tak mungkin.
Quote ultra78 21-11-2020 08:41 AM
Apa komen Jeremy Clarkson?
Quote Tinot7 21-11-2020 08:42 AM
TravellingBear replied at 21-11-2020 08:32 AM
kat malaysia yg tulis hybrid tu still teknologi guna petrol utk charge battery.... lots of them. a ...

Iols pernah guna keta ioniq je utk beberapa hari. Masih kena isi minyak sblm pulangkan. Maka iols pun tak paham sgt istilah hybrid ni. Bawak best, boleh bawak pi jauh2.
Kalau sekadar keta elektrik biasa, rupa buruk nau. Tak pernah pakai..
Tak tau apa depa buat utk charge.
Quote sarah82 21-11-2020 08:53 AM
Tinot7 replied at 21-11-2020 08:36 AM
Ye la kott. Atopon keta hybrid. Tu psl negara2 lain kena amik perhatian.
Takat 100% keta elekt ...

Tu la.. Aku rasa 2030 terlalu bercita2 tinggi sangat.. Tapi kita tgk la kalau umur panjang.
Quote TravellingBear 21-11-2020 08:56 AM
Tinot7 replied at 21-11-2020 08:42 AM
Iols pernah guna keta ioniq je utk beberapa hari. Masih kena isi minyak sblm pulangkan. Maka iols  ...

hybrid macam ioniq, serena, prius etc, yg  tu source dia tetap petrol.

kalau source battery tu ialah electric then baru lah nak kata electric car. tapi kalau mampu charge utk certain km aje , mmg tak efficient la hehe. Sblm beli aku cari info dari org yg pernah beli/pakai . masa tu yg baru masuk malaysia keta macam tu bbrp brand je kan. ada brand bila battery rosak tak boleh ganti battery tu. it’s a waste . balik kpd tujuan asal nak save the environment, makin jadi tak senonoh pulak sbb kereta tu terus jadik “single use only” dlm jangkamasa yg pendek .

Tapi aku beli jugak sbb bila ada org yg kat uk bg review utk daily use ok la tak la teruk sgt (utk kereta yg aku nak beli tu) even bila kita kekeringan petrol terus pon still boleh tarik mana2 suis kat rumah ... & kalau pegi shopping/hotel kat area yg support eV, depa sediakan parking utk charge dekat dgn entrance so tkde isu pasal cari parking hehheee . Security akan pastikan hanya keta yg ada charging cable je yg boleh park situ. Mmg best laa kalau nak balik battery full, seolah2 kita shopping tu free je... tkde kos fuel
Quote arareez 21-11-2020 08:56 AM
Tinot7 replied at 21-11-2020 08:07 AM
Keta buatan mesia pun kena pandang ke hadapan ke? Start dgn hybrid?

Jangan risau...teknologi selalu sampai lambat kat Malaysia.. Kalau Britain target 2030, Malaysia mungkin 20-30 tahun lepas tu

Lihat semua komen(61)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 01:29 AM GMT+8 , Processed in 0.115256 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top