CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penjaga Guna Kesunyian Warga Emas Untuk Bolot Harta

20-11-2020 02:38 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3384| Komen: 16

Wanita warga emas kurang upaya kerugian ASD90,000 (RM368,037) selepas ditipu penjaganya yang memujuk supaya dia menjual rumahnya.

Metro.co.uk melaporkan, Gloria Hoskins dari Memphis di Tennessee mula menipu wanita yang hidup sebatang kara berkenaan sejak menjadi penjaga mangsa pada Julai.


Kredit foto: Metro

Gloria didakwa memegang akaun bank dan wang persaraan mangsa selain dituduh memalsukan tanda tangan warga emas terbabit pada slip pengeluaran bank.

Dia juga didakwa memujuk mangsa supaya menjual rumahnya sebelum mengambil sebahagian besar hasil jualan berkenaan dan membeli Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Chevrolet Tahoe.


Ketika disiasat Biro Penyiasatan Tennessee (TBI), suspek memaksa mangsa menulis nota menyatakan dia dengan rela hati memberi wang kepadanya untuk membeli kenderaan berkenaan.

Phylicia, salah seorang jiran mangsa menceritakan rasa jijiknya terhadap perbuatan suspek dan berharap dia diberi hukuman berat setimpal dengan perbuatannya.

Gloria berdepan tuduhan mencuri, melakukan pemalsuan dan mengeksploitasi harta seorang warga emas. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 20-11-2020 03:04 PM
Eeeiiii... jahatnya
Quote sarah82 20-11-2020 03:08 PM
Gila la.. Aku ni gigih duit keluar utk apa pun aku catit dan bagi bukti..
Quote nia_salina 20-11-2020 03:16 PM
pergh sebijik movie kt netflix fall from grace
Quote missus_meow 20-11-2020 04:00 PM
memang biasa berlaku ....
Quote missus_meow 20-11-2020 04:00 PM
sarah82 replied at 20-11-2020 03:08 PM
Gila la.. Aku ni gigih duit keluar utk apa pun aku catit dan bagi bukti..

baguslah sarah, pendapatan halal dan berkat
Quote sarah82 20-11-2020 04:23 PM
missus_meow replied at 20-11-2020 04:00 PM
baguslah sarah, pendapatan halal dan berkat

Beli apa pun kena catit.. Hasil jual mempelam pun iols catit dan update kat family tok.
Quote Artemesiaa 20-11-2020 04:34 PM
Banyak je kes macam ni berlaku bukan dengan penjaga je malah ada juga akibat anak sendiri
Quote Carcosa 20-11-2020 07:07 PM
Muka buruk pe'el buruk
Quote makneng 20-11-2020 08:25 PM
Muka inisen jek.. Tapi tak sangka berperangai ular ko dekkk
Quote gideoncross 21-11-2020 09:43 AM
makneng replied at 20-11-2020 08:25 PM
Muka inisen jek.. Tapi tak sangka berperangai ular ko dekkk

Llaki pun ada yg camni, muka baik, ank & bini pun ada tpi rupa2 nya kuat mngular pompuan lain. Hansuang.
Quote makneng 21-11-2020 10:35 AM
gideoncross replied at 21-11-2020 09:43 AM
Llaki pun ada yg camni, muka baik, ank & bini pun ada tpi rupa2 nya kuat mngular pompuan lain. Han ...

Kejahatan tiada gender uolls
Quote gideoncross 22-11-2020 10:06 PM
makneng replied at 21-11-2020 10:35 AM
Kejahatan tiada gender uolls

Tpi yg mn-dominate the list mmg llaki lh.
Quote gorjeous 22-11-2020 11:00 PM
Zalimnya.....
Quote ikanmasin 22-11-2020 11:14 PM
mmg btl2 mengambil kesempatan..padan lah muka dpt tangkap cepat..
Quote Jiddin 23-11-2020 12:05 AM
Jadi tua ni sgt vulnerable. Vulnerable baby org sayang. Vulnerable org tua, menyusahkan org. Rezeki meols tua nanti entah la mcm mana. Haih ....
Quote husna_amal 23-11-2020 09:37 AM
Kesian ramai orang tua macam ni jadi mangsa kena tipu dengan orang yang cuba ambil kesempatan. Mujur dapat kantoi.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 05:51 PM GMT+8 , Processed in 0.185698 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top