|
Pasangan selebriti Indonesia Irwansyah dan Zaskia Sungkar ingin berkongsi rasa bahagia dan bersyukur menanti kehadiran cahaya mata dengan menaja dua pasangan yang sedang berusaha mendapatkan zuriat.
Menerusi laman sosial Instagram, Irwanyah berkongsi program ‘bayi tabung bersama Syahki’ hasil kolaborasi klinik Morula Jakarta dan Bandung untuk mencari dua pasangan untuk menjalani rawatan rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF). “Kami tidak mahu bahagia sendiri, semoga bayi tabung bersama Syahki ini, kami dapat membantu cita-cita calon ibu dan bapa mendapatkan anak secara IVF dan ia percuma," kata Zaskia Sungkar kepada Fimela ketika sesi sidang media virtual pada Rabu. Memetik laporan Fimela, Irwansyah dan Zaskia turut berasa bersyukur apabila diberi rezeki dari segi kewangan untuk menjalani rawatan IVF tersebut.
Mencari satu pasangan dari Jakarta dan satu lagi dari Bandung, pasangan ini cukup memahami jika ada ibu dan bapa yang mengidamkan cahaya mata tetapi tidak mampu untuk menjalani rawatan IVF yang berkos tinggi.
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
18-2-2026 01:16 PM GMT+8 , Processed in 0.119018 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.