CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ada Sauna, Gelanggang Tenis -Tony Fernandes Jual Rumah Agam RM13.6 Juta Di Scotland

20-11-2020 03:45 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3591| Komen: 18

Sejak pandemik Covid-19 melanda dunia, ramai yang cukup terkesan. Ada yang kehilangan pekerjaan bahkan ada juga yang terpaksa berdepan dengan menghentikan perniagaan.

Situasi itu turut dirasai pengasas syarikat penerbangan tambang rendah, Tan Sri Tony Fernandes yang berdepan masalah sama apabila industri penerbangan antara yang terkesan teruk.


Kredit foto: Nikkei Asia

Bahkan, menurut laporan The Sun, orang kuat Air Asia itu kini menjual rumah agam miliknya bernilai 2.5 juta pound sterling (RM13.6 juta) yang terletak di Ayrshire, Scotland.


Rumah agam yang memiliki lima buah bilik tidur dan empat bilik air itu dibangunkan di atas tanah berkelusan 125 ekar.

Kediaman bekas pengerusi pasukan bola sepak, Queens Park Rangers itu juga dilengkapi dengan gelanggang tenis, gimnasium serta sauna.




Bahkan , terdapat ruang khas untuk simpanan wain dan bilik untuk bermain game.



Rumah agam tersebut juga menjanjikan kehidupan privasi apabila dikelilingi hutan.



Sebelum ini, Tony pernah tinggal di Ayrshire selama tujuh tahun.

Baru-baru ini, ahli perniagaan berusia 56 tahun itu juga dilaporkan menjadi rider penghantar makanan sebagai salah satu alternatif bisnes yang diusahakan AirAsia.

Sebelum ini, beberapa syarikat penerbangan tempatan terpaksa mengecilkan operasi berikutan terkesan dengan pandemik. 

Ekoran situasi tersebut ribuan pekerja hilang pekerjaan. -CARI


Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote auntyonion 20-11-2020 05:03 PM
woww {:handsome
Quote RatuDunia94 20-11-2020 05:08 PM
Siang rasa sejuk n tenang je duduk kat rumah mcm ni.. tp mlm rasa takut lak sbb tgh2 hutan.. tp i suka konsep rumah mcm ni x serabut. Jauh beza dgn taste2 datin2 founder timbang kilo alif syukri rumah perabot berkerawang bubga besar2.
Quote pxlbb 20-11-2020 05:19 PM
Bersyukurlah masih mampu bagi anak bini makan pakai. Ramai yg dah mati sebelum meninggal {:hero
Quote adelea 20-11-2020 05:27 PM
theead dah ada kan ?
Quote dani-rox 20-11-2020 05:59 PM
siang kemain cantek, mlm berubah jd the haunting of bly manor  
Quote wikedsaikel 20-11-2020 07:58 PM
Murah nar. Ada hantu ke
Quote lavendernovella 20-11-2020 08:29 PM
What a humble abode.
Yang lelain tingin gak nak tgk...
Quote dua_chzy 20-11-2020 09:20 PM
Dah ada 2 thread serupa.
Quote Nham22 20-11-2020 09:21 PM
Ade jua aset yg hendak di jual... Org lain jual tv... Harap2x ade. Org kaya beli.. Sian staff airasia
Quote merrissa 20-11-2020 10:55 PM
wikedsaikel: Murah nar. Ada hantu ke

Haah mcm murah sgt plak... nt bile air asia dh ok... boleh ler dia beli balik... murah je pon
Quote Perawankota 21-11-2020 02:49 AM
Seram pulak bila umah mcmtu jual murah2
Quote wirazam 21-11-2020 09:28 AM
Dia nih dah kawin ke? Siapa isterinya
Quote edayildiz 21-11-2020 09:31 AM
bkn da ada ke thread ni
Quote Lagubestbest 21-11-2020 04:42 PM
mentenen berapa sebulan agaknya.
Quote amyza 22-11-2020 09:53 PM
Besarnya rumah, cantik view keliling
Quote TOPwind 22-11-2020 09:57 PM
acah2 je yg elak bayar hutang
Quote Jorja 22-11-2020 11:20 PM
Seronok bila bangun pagi bancuh kopi keluar balkoni dengar segala bunyi hutan.. syukur sgt dpt hidup jauh dari area perumahan.. org yg tinggal rumah teres semi d kondo tak akan faham {:smile
Quote husna_amal 23-11-2020 10:00 AM
Wow mewahnya. Mungkin dia masih ada aset mewah yang lain. Bertabahla ramai pihak terkesan sejak covid ni melanda.

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-9-2024 02:05 PM GMT+8 , Processed in 0.041453 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top