Mungkin ada ibu bapa yang mengambil mudah tentang penggunaan baby walker terhadap anak-anak. Rata-rata tujuan ibu bapa menggunakan walker adalah untuk memudahkan proses pergerakkan bayi ketika tidak dikendong.
Bagaimanapun seorang Pegawai Perubatan Pediatrik, Dr Redza Zainol menerusi akaun Facebook miliknya berkongsi satu insiden yang boleh dijadikan sebagai pengajaran buat ibu bapa. Menurut Dr Redza, sepasang suami isteri berdepan saat cemas apabila walker yang dinaiki anak mereka terbalik sebelum terjatuh di tangga. “Saya tergamam bila lihat keputusan CT scan otak bayi ni. Bayi ini naik baby walker dan entah macam mana walker tu terbalik dan dia jatuh di tangga.
“Tangga tu tak tinggi pun, tapi CT scan sahkan dah ada pendarahan dalam otak siap retak tempurung kepala anak tu. “Lidah saya kelu. Saya dan doktor lain cuma mampu merujuk bayi itu ke hospital yang lebih besar untuk dia dapat rawatan yang lebih baik. “Ayahnya tersandar di dinding. Ibunya pula hanya mampu duduk di sebelah anak. Benda dah jadi. Menyesal pun tak guna,” kongsinya. Tambah Dr Redza lagi, kes melibatkan baby walker juga banyak tidak kira sama ada di Malaysia atau pun luar negara. “Sebenarnya selain terjatuh, banyak kes bayi dikejarkan ke hospital sebab tersepit dan melecur kulit ketika menggunakan baby walker. “Di Canada sana, baby walker dah diharamkan sepenuhnya. Menurut American Academy of Pediatrics, mereka tegas mengatakan baby walker tak boleh diletakkan di rumah atau pusat penjagaan kanak-kanak,” tulisnya. Loading FB Post... Dalam pada itu, Dr Redza juga turut berkongsi cadangan yang mungkin boleh digunakan oleh ibu bapa untuk mengelakkan insiden tidak diingini berlaku kepada bayi. “Salah satu cadangan American Academy of Pediatrics yang saya suka ialah untuk mak ayah gunakan “Play yards atau Playpens”. “Kita cipta satu ruang yang selamat untuk letakkan bayi kita yang dah pandai duduk, menyelar, merangkak dan berdiri. “Bila buat macam ni, dia takkan dapat bergerak sampai ke tangga, bawah meja atau dapur tanpa mak ayah sedar. “Sambil mak ayah buat kerja yang banyak kat rumah tu, bayi kita boleh main dengan permainan yang kita dah letak kat dalam tu. Adik beradik lain yang dah besar pun boleh tumpang main sekali. “Walaupun kita tak guna baby walker, tetap kena pantau anak kecil tu supaya sentiasa dalam keadaan selamat," jelasnya. Sehingga kini, perkongsian itu meraih lebih 1200 di Facebook selain ratusan komen-komen netizen yang bersetuju dengan penulisan Dr Redza. -CARI Sumber: Gempak
|
manehnya: betul walker mmg bleh buat budak tertomoih... tp kalu dh mak bz sgt nak wat gumana kan
shernazz: Anak no 1 iols gunaTapi mmg seluruh ruang tamu iols letak.eva mat tu...Pastu bila baca risiko..anak no 2 n no 3 iols tak guna dah...Biaq pi depa nak t ...
anony-mous: entah lerr malas nk nasihat mak2 mcm ni bkn kisah pon kalau org nasihat. so lantak kan je.tgk la iq2 mak pak bengap level2 aeril wawa jah. suruh guna ...
ADVERTISEMENT