CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jangan Banding-bandingkan, Aishah Ganti Je Bukan Nak Lawan TokTi - Ippo Hafiz

23-11-2020 01:11 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 15317| Komen: 124

Penyanyi yang juga pencipta lagu Aku Bidadari Syurgamu, Ippo Hafiz kesal apabila segelintir netizen meninggalkan komen negatif terhadap persembahan Aishah semasa separuh akhir Muzik-Muzik ke-35 (SFMM35) yang berlangsung Sabtu lalu.


Menurut Ippo, dia dan penyanyi asal lagu tersebut iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza berbesar hati dengan kesungguhan Aishah menyanyikan lagu itu di pentas SFMM35.


Kredit foto: IG Aishah/Siti

"Mengenai persembahan Kak Aishah semalam, saya yang bertanggungjawab sepenuhnya! Saya cuma ralat apabila baca komen yang ditulis netizen tanpa memikirkan perasaan Kak Aishah.

"Bagi kami satu rahmat apabila Kak Aishah sanggup ganti Datuk Siti dan bawa tanggungjawab besar itu, kami memang berterima kasih kerana sebagai seorang bertaraf legenda, dia beri komitmen sangat baik dan merendah diri bawa lagu ini sepenuh hati.


"Jadi mohon jangan salahkan Kak Aishah, dia hanya ada beberapa hari sahaja untuk latihan dan dia dah cuba yang terbaik. Kami semua berpuas hati dan berterima kasih dengan apa yang dilakukan," katanya kepada mStar.

Pada malam Sabtu, Aishah menyanyikan lagu Aku Bidadari Syurgamu menggantikan penyanyi asal Siti Nurhaliza.


Kredit foto: mStar

Bagaimanapun, persembahan Aishah menerima pelbagai reaksi penonton termasuklah komen yang berpendapat lagu tersebut tidak dibawa dengan baik dan tiada penjiwaan.

"Jangan banding-bandingkan Kak Aishah... dia hanya menggantikan dan bukan nak berlawan dengan Datuk Siti. Datuk Siti ada acuan sendiri begitu juga Kak Aishah! Kita nak pengganti yang boleh bawa lagu dengan sempurna dan baik.

"Kalau nak tahu pada malam itu, Kak Aishah hampir terjatuh kerana nak pitam tapi dia cuba juga habiskan lagu itu sebaiknya. Kita risau keadaan dia pada malam itu tapi Alhamdulillah tiada apa yang buruk berlaku.

"Sebelum itu saya sendiri tengok dia bersungguh-sungguh dan beri komitmen penuh, datang awal dan sanggup menunggu. Saya akan ingat jasanya itu!" ujarnya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sokmogitu 23-11-2020 01:26 PM
yang gatal nak pertandingkan juga lagu ni dalam carta muzik2 pun kau Ippo. Dah tau Tokti takkan beraksi di AJL, patutnya dari minggu pertama pencalonan dah siap2 carikan dan kautim penyanyi pengganti ..bukannya last minit lepas ramai rejected. Memanglah hak kau nak bertanding, tapi kenalah ada perancangan rapi.
Quote awekjepun 23-11-2020 01:37 PM
sokmogitu replied at 23-11-2020 01:26 PM
yang gatal nak pertandingkan juga lagu ni dalam carta muzik2 pun kau Ippo. Dah tau Tokti takkan bera ...

Lps ramai rejected??? Rmai ke yg dah di offer sebelum aishah? Sapa??
Quote Orix 23-11-2020 01:44 PM
ctzoner esp yg pepondan mmg ramai yg overrrrrr
Quote helicornia 23-11-2020 01:49 PM
pendapat iols patutnye kak ecah jgn terima offer ganti siti. kak ecah dlm kelas tersendiri. skrg kan dh org banding bandingkan.lain la mcm GV tu sume org kena nyanyi bukan lagu sendiri.tp mmg ironi, dulu tokti nk mula masuk industri start dgn nyanyi lagu kak ecah. skrg kak ecah plak nyanyi lagu tok ti
Quote harisbee 23-11-2020 01:51 PM
sokmogitu replied at 23-11-2020 01:26 PM
yang gatal nak pertandingkan juga lagu ni dalam carta muzik2 pun kau Ippo. Dah tau Tokti takkan bera ...

dah cari awal kan lepas umum masuk semi...tp ada yg rejek kan...ujung2 aishah je yg sudi  mcm tu...x kan nak offer sebelum umum masuk semi

Quote helicornia 23-11-2020 01:51 PM
sokmogitu: yang gatal nak pertandingkan juga lagu ni dalam carta muzik2 pun kau Ippo. Dah tau Tokti takkan beraksi di AJL, patutnya dari minggu pertama pencalona ...

lagu tu bukan sedap pun.patutnya masa pencalonan masuk carta dh tersungkur huhu
Quote harisbee 23-11-2020 01:52 PM
pressure bg aishah sebab expectation tinggi...
kalu kasi kat penyanyi  biasa org x kesah kot mcm k bobby ari tu
Quote helicornia 23-11-2020 01:53 PM
iols doa supaya lagu ni tk pergi ke final juara lagu.biar puas ati dan padan muka semua orang haha
Quote harisbee 23-11-2020 01:54 PM
lagu tu katanya mediocre kan...harus la kacang je nak nyanyi....kasi je la sapa2 gitu
Quote hannan_rayyan 23-11-2020 01:56 PM
harisbee replied at 23-11-2020 01:51 PM
dah cari awal kan lepas umum masuk semi...tp ada yg rejek kan...ujung2 aishah je yg sudi  mcm tu.. ...

sapa2 yang dioffer utk bwk lagu ni sebelum aishah?
Quote harisbee 23-11-2020 02:00 PM
hannan_rayyan replied at 23-11-2020 01:56 PM
sapa2 yang dioffer utk bwk lagu ni sebelum aishah?

Mitch katanya
Quote hannan_rayyan 23-11-2020 02:15 PM

oh ok thanks
Quote NEmma 23-11-2020 02:18 PM
I still nak tau, Ippo ada offer LH ke tidak.
Quote harisbee 23-11-2020 02:21 PM
Sepatutnya x jd issue sebab lagu ni mediocre je kata forumer...sambil berak pun leh bawak..aishah je x reti nyanyi...nabila razali senang2 je bawak lgu ni kot
Quote chandrahusin 23-11-2020 02:29 PM
kata zaman Covid ni makan tak cukup
tapi pasal lagu pun nak gaduh
lagu2 Siti yg baru2 ni semua tak sedap
dgn suara Siti pun dh besar
aku suka bila Aisyah nyanyi
cuma aku setuju
mmg bila bab penghayatan Aisyah kureng
Quote imransulaiman 23-11-2020 02:46 PM
Ippo ada offer Misha tak?

Terbayang lagu tu sedap dinyanyikan oleh Misha {:love
Quote maxim 23-11-2020 02:57 PM
sejujurnya mmg x best pn ecah nyanyi
Quote sofyayra 23-11-2020 03:54 PM
Ni pertandingan lagu kan? So susunan dan lirik yg akan dinilai kan?

Yg persembahan terbaik, vocal terbaik tu added value je
Quote husna_amal 23-11-2020 04:15 PM
Budak2 fans club ni yang kuat meroyan. Mana2 fans club macam tu perangai.

Lihat semua komen(124)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 11:41 AM GMT+8 , Processed in 0.040557 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top