Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik hari ini dikecam pelayar Twitter selepas gambarnya membaca al-Quran ketika perbahasan Belanjawan 2021 dikongsi Syed Saddiq Syed Rahman.
"Sambil dengar Perbahasan, baca Al-Quran sekali. "Steady Dr @maszlee," tulis Ahli Parlimen Muar itu. Bagaimanapun, segelintir netizen mempersoalkan tindakan Maszlee yang dilihat tidak memberi perhatian, sekaligus tidak menghormati perbahasan yang sedang berlangsung.
"Jika pimpinan PAS yang buat seperti ini, adakah mereka akan dipuji atau dikeji?" antara komen ditinggalkan warganet. - CARI
|
Rogue98: Biasalah tu...dah xde idea nak tolong rakyat agaknye...next pru15 takyah dah pilih dia biar dia duk rumah baca AlQuran.
ADVERTISEMENT