CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ramai Tuduh Noraniza Idris Tiru Topi TokTi, Tapi Sebenarnya...

23-11-2020 05:34 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 14469| Komen: 98

Penampilan peserta program Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7), Noraniza Idris yang menggayakan topi menggunakan material akrilik semasa konsert minggu ketujuh mengundang pelbagai komen dan usikan nakal netizen.




Ini kerana rekaan pada topi merah itu dilihat sama seperti fesyen yang pernah digayakan penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza dalam video muzik (MV) lagu Siapa Tak Mahu.



Pereka fesyen Noraniza Idris yang dikenali sebagai Nik Amri berkata, penampilan Noraniza pada malam tersebut mengambil inspirasi daripada Latin dan topi yang dipakai merupakan rekaan Afiq K iaitu pereka aksesori daripada Arte de Narmi.

"Idea konsep persembahan Noraniza Idris adalah hasil perbincangan dengan syarikat pengurusan Mind Order dan stylist Amy Miyake. Konsep persembahan ada sedikit inspirasi unsur-unsur Latin dan gaun merah itu kita inspirasikan daripada gaya penari Flamenco serta sedikit suntikan Frida Kahlo.

"Nak tambahkan lagi mood moden dalam fesyen, pertama kalinya kita berkolaborasi dengan Afiq K iaitu pemilik Arte de Narmi. Sebelum itu, kita beri rujukan fesyen dan lagu yang akan dinyanyikan... kemudian mereka hadir dengan idea topi akrilik merah itu.

"Semasa awal-awal kita rancang nak tambah aksesori untuk menyerlahkan lagi mood Latin, tapi ada masalah untuk mendapatkan bahan sesuai jadi kita cuba juga alternatif lain. Tapi aksesori yang ditambah itu nampak terlalu sarat dan tak sesuai kerana Kak Ani perlu menari, jadi kami putuskan untuk kekalkan rupa bentuk asal topi tersebut," katanya kepada mStar.




Dalam pada itu, pemilik butik Dokoh ini memberitahu pereka topi iaitu Afiq K merupakan individu sama menghasilkan topi untuk Siti Nurhaliza dalam MV Siapa Tak Mahu.

"Tak ada istilah siapa tiru siapa... fesyen topi begini dah ramai orang pakai sejak tahun 2018 lagi.

"Mungkin kerana jarang ditampilkan di pentas komersial, maka orang lebih senang merujuk kepada mana-mana individu popular yang pernah menggayakan topi sama," ujarnya.

Afiq yang diberi tanggungjawab membuat rekaan tersebut berkata, topi itu dihasilkan sebelum Siti Nurhaliza memakainya dalam MV lagu berkenaan.


Kredit foto: IG Noraniza & Siti

"Sebenarnya, sebelum Tokti pakai ramai dah artis lain pakai dengan rekaan dan material yang lebih kurang sama. Antara selebriti yang pernah menggayakan topi ini ialah Neelofa, Aina Abdul, Elly Mazlein, Mimi Fly dan ramai lagi," katanya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AshkieLa 23-11-2020 05:44 PM
Edited by AshkieLa at 23-11-2020 05:46 PM

dua dua tak dapat carry the style dengan jaya nya pun...so ape perlu nya comparison?..

Quote asmara_me 23-11-2020 05:51 PM
"Sebenarnya, sebelum Tokti pakai ramai dah artis lain pakai dengan rekaan dan material yang lebih kurang sama. Antara selebriti yang pernah menggayakan topi ini ialah Neelofa, Aina Abdul, Elly Mazlein, Mimi Fly dan ramai lagi," katanya.

hahahaha love statement ni haha
Quote s@me@ne 23-11-2020 05:55 PM
cehh buat malu tokti je. takyah la over sangat peminat tokti ponnn
Quote minah_selekeh 23-11-2020 05:56 PM
I hate sitizoners.. Benda camni pun nak besar2kan.. Macam la masa TokTi pakai tu, dia yang decide style tu.. Stylist jugak yang punya idea.. Sama la cam masa Kak Ani pakai.. Dia takdenya request nak tiru Siti.. Jangan delusional sangat la sitizoners.. Sorry la, aku baru balik dari Twitter tengok orang dok kata Kak Ani tiru.. Bitch, please!
Quote Normabaru 23-11-2020 06:01 PM
Nmpk so funny.. Pki tudung.. Pki topi.

awat xpakai songkok sekali.. Cukup sarat yach!!

Quote harisbee 23-11-2020 06:07 PM
ala ngaku jer la persembahan tu tiru konsep kumahu dan siapa tak mau ctdk..x perlu justify pun..kunun tetiba berinspirasikan latin bagai...

mcm la lagu canggung tu rentak latin..poyo

Quote cikkittydiva 23-11-2020 06:08 PM
Pengantin 80an zaman makcik aku kawin pakai songkok pastu pakai tudung..veil bagai . Hahaha.. songket motif kotak..:p
Quote salmon-suki 23-11-2020 06:08 PM
Dua2 bdn besar dan bulat{:shy
Quote kiah_mai_pulak 23-11-2020 06:25 PM
mcm kembar dahhh..

tp mmg nmpk kak ani nk tiru tok ti, konsep persembahan pun recycle persembahan ku mahu kat abp suatu ketika dulu
Quote ajinomotonosuga 23-11-2020 06:25 PM
salmon-suki replied at 23-11-2020 06:08 PM
Dua2 bdn besar dan bulat{:shy

Ahah..tetek depa kat perut doh....
Quote little_sis 23-11-2020 06:29 PM
Topi pun jd issue
Quote Nenasketum 23-11-2020 06:45 PM
Aku ada terbaca majalah2 lama, katanya yang memula idea 3000 orang atas pentas dengan props adalah idea Kak Ani, kendian yang mula femeskan pembuat lagu tu pun Kak Ani. CT cuma amik jer benda dah ada. Tatau ler betui ke idok.
Quote freyayong 23-11-2020 06:55 PM
ala ckp je la inspired by tokti... topi tu maybe la stylist punya keje.. tapi konsep persembahan sangat ku mahu punya vibes ye !
Quote Perawankota 23-11-2020 07:26 PM
Dua2 pakai pon x laws
Quote blue^panther 23-11-2020 07:33 PM
masa tgk performance kak ani x terpikir pasal tokti pon, sbb aku mmg assume kak ani akan bg kelainan kt performance dia....contoh lagu nakal dengan dangdut with amelina, nmpak kelainan dr kak ani yg biasa dgn irama tradisional....tp lagu canggung tu kuat sangat rentak tradisionalnya, kalau aku jadik kak ani mesti aku nk tukar arrangement jugak.....nk tukar rock dh pernah bawak, nk tukar dangdut pon dh bawak... so mungkin dia rasa latin tu seswai, so dia buat la.... tokti sorang je ke boleh bawak rentak latin, adeh zoners ni pon lahai......bab topi tu, dua2 tak lawa....tak seswai utk org pakai tudung, ceh!!!!
Quote miss_strangers 23-11-2020 07:43 PM
Baru pasan...kak ani spjg join gv ni pakaian ketat jugak ye...Nana sendayan dulu bertudung xde jugak ketat pakaian Sheols..
Quote LadyCarefree 23-11-2020 07:44 PM
Apsal kak ani ni belum tersingkir?
Quote Kurex 23-11-2020 07:56 PM
Patutlah buruk.. rupanya dari designer yg sama
Quote beatgirlX 23-11-2020 08:02 PM
Fasyan dia skg mmg mcm kelaut skit

Lihat semua komen(98)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 09:12 AM GMT+8 , Processed in 0.049056 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top