CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tolong Jangan Balik Kampung!

24-11-2020 10:56 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10487| Komen: 85

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memohon kerjasama orang ramai khususnya yang menetap di zon merah untuk tidak pulang ke kampung jika tiada keperluan memaksa untuk berbuat demikian.


Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sr Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kerjasama orang ramai itu amat diharapkan bagi mengelak golongan berisiko seperti warga emas dan mempunyai penyakit kronik termasuk di zon hijau bebas daripada jangkitan Covid-19.

Kredit foto: NST

Menurut Dr Noor Hisham, saranan itu seiring dengan usaha KKM yang sejak awal lagi cuba melindungi golongan berisiko.

"Sejak awal lagi kita cuba melindungi kumpulan berisiko kerana berdasarkan rekod yang ada, sebanyak 64 peratus kematian membabitkan pesakit berusia lebih 60 tahun. Sebanyak 87 peratus lagi terdiri daripada pesakit darah tinggi dan diabetes, jadi adalah lebih baik untuk tidak pulang ke kampung.


"Ini kerana ada kemungkinan anda pembawa wabak dan memindahkannya kepada golongan berusia atau berisiko," katanya ketika sidang media harian perkembangan Covid-19. -CARI


Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krustykrab 24-11-2020 11:15 AM
Tlg nasihatkn jgk yg dr kampung bertandang ke bandar2...ni pun spesis degil jgk..nk maki dah veteran
Quote harkktuih 24-11-2020 11:15 AM
Berkali dah cakap, nak buat pkpb ke, pkpd ke, xyah announced.. Terus buat.. Ni tiap kali nak buat announce 2 3 hari sblm.. Rakyat malaysia ni kebykan degil nak mapus.. Pesan berkali2 pun dorg peduli apa.. Ujung2 nnt ckp takdir, ujian tuhan bila dah kena..
Quote espri6006 24-11-2020 11:16 AM
Kesian kan dekat Dr Noor Hisyam, merayu kepada puak2 yang degil ni. aku pun kat green zone nak balik kampung kat Johor pun mikir banyak kali dengan baby lagi, dengan anak kecil lagi..
Quote c===8 24-11-2020 11:22 AM
lagi satu nak mintak letak la nama kluster betul2 ikut nama tempat
Quote rogayahtop 24-11-2020 11:24 AM
patutya mintak jangan buat pilihanraya
Quote renko 24-11-2020 11:34 AM
sape suh lembut sangat
longgar mcm2 sekatan
pastu berharap org nk follow ke
lg2 golongan mcm blastoff
mana mau nye
Quote mamajawie 24-11-2020 11:41 AM
tolong PKP balik je la jawabnya..buat 2minggu tgok ade turun ke idok..apesal nk bela sgat kapitalis ni?
Quote husna_amal 24-11-2020 11:49 AM
Diorang ni selagi tak kena covid tu kat diri sendiri takdenya diorang peduli.
Quote courtney_xo 24-11-2020 11:50 AM
Beria balik kampung sambil main handphone isap rokok.
Quote hayrin86 24-11-2020 11:52 AM
Setuju.. Hari besar ke bukan hari besar ke sama saja.. Tunggu aje la C19 beransur pergi dan ada vaksin C19..
Quote merrissa 24-11-2020 11:53 AM
husna_amal replied at 24-11-2020 11:49 AM
Diorang ni selagi tak kena covid tu kat diri sendiri takdenya diorang peduli.

betul selagi tak kene kat diri sendri....deme akan duk kata hoax la...gelak2 la...

tp paling aku sakit hati betul bila tgk polis xpakai mask
Quote kucingitam 24-11-2020 12:00 PM
tu pasal takyah la bg kebenaran rentas negeri zon hijau tu.. biarkan je takyah rentas negeri, daerah dulu..
Quote hatikudus 24-11-2020 12:08 PM
c===8 replied at 24-11-2020 11:22 AM
lagi satu nak mintak letak la nama kluster betul2 ikut nama tempat

Betul2...mcm kluster kilang top glove tu...jenuh aku cari kluster apa agaknya, rupanya kluster teratai ambik nama jln kat hostel pekerja diorang. Cehhh! buh jela kluster topglove
Quote Acikgomen 24-11-2020 12:18 PM
krustykrab replied at 24-11-2020 11:15 AM
Tlg nasihatkn jgk yg dr kampung bertandang ke bandar2...ni pun spesis degil jgk..nk maki dah veteran ...

Hahahhaha biras acik dari kedah baru je dok ckp nak dtg kl tido rumah weols bulan Dec sempena deyols dah tak kena pkpb and cuti skolah
Quote makadek 24-11-2020 12:23 PM
hatikudus replied at 24-11-2020 12:08 PM
Betul2...mcm kluster kilang top glove tu...jenuh aku cari kluster apa agaknya, rupanya kluster ter ...

Mana berani nk bubuh kiteorg area sini lama.tau sudah
Quote Artemesiaa 24-11-2020 12:24 PM
Jenis degil mana nak didengarnya lebuhraya pun dah nampak banyak kenderaan semula berbanding awal2 dulu.
Quote Perawankota 24-11-2020 12:27 PM
Salah satu punca aku rela tangguh nikah daripada balik kampung nak nikah.. Lagi pon mak ayah aku x der nak paksa, yang lebih2 org2 lain pulak.. Tunggu keadaan dah reda aku buat.. Ni kl/ selangor tgh menggila kot kes.
Quote Nana_Man 24-11-2020 12:36 PM
Acikgomen replied at 24-11-2020 12:18 PM
Hahahhaha biras acik dari kedah baru je dok ckp nak dtg kl tido rumah weols bulan Dec sempena deyo ...

Suruh dorang stay kt hotel. Tgh gini sibuk pulak nk tdo2 kt ruma org.
Quote budakshinchan 24-11-2020 12:39 PM
jgn bg kelonggaran cuti skolah Cikgu Cikgu boleh balik Kampong.. perayaan pon x boleh balik Kampong.. arahan tu jgn la kejap2 ubah.. bg dah clear covid or dah ada vaksin nnt lain cite x apa la

Lihat semua komen(85)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 06:34 AM GMT+8 , Processed in 0.044703 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top