CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Emelda Rosemila Dedah Saat Jatuh Cinta Dengan Adlin Aman Ramlie

24-11-2020 01:06 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12872| Komen: 69

Pelakon Emelda Rosemila mendedahkan dia mulai jatuh hati dengan suaminya, Adlin Aman Ramlie menerusi lakonan sebagai Sultan Mahmud Melaka dalam filem epik Puteri Gunung Ledang sekitar tahun 2004.


Kata Emelda, dia sekeluarga terpesona dengan lakonan Adlin ketika itu dan menghargai bakatnya sebagai pelakon yang berkredibiliti.

Foto: IG

"Sultan Mahmud Melaka. Kat sini lah Mel tahu kewujudan Adlin dalam dunia ini. Filem Puteri Gunung Ledang adalah filem yang Mel nanti-nantikan excited sebab bangga sangat ada produksi Malaysia yang berani buat filem berskala besar begini, dengan kualiti produksi yang terperinci, barisan pelakon yang hebat. Nak-nak pula cerita yang bertemakan epik Melayu yang dekat di hati kita semua.

"Ok. Di sinilah ku discover jodohku haha! Haish kuasa Tuhan kan. Satu family Mel memang terpesona dengan lakonan Adlin. Kita memang menghargai bakat, kami bersembang dan berbicara mengenai bakatnya.

"Macam wow, bagusnya dia menterjemahankan watak Sultan Melaka. Lakonan Adlin yang sangat bersahaja, dengan gesture-gesture kecil tapi impactful. Mel dengan kakak Mel dan bro AC Mizal, mama dengan arwah baba Mel betul-betul terpesonalah hehe! Ini cerita betul tau bukan rekaan.

"Dalam keluarga cuma mama Mel seorang saja yang tahu Adlin anak Mak Mah dengan arwah Tompel, jadi kita semua oh patutlah hebat bakat dia," cerita Mel.



Mel dan Adlin pertama kali bertemu dalam sebuah majlis yang dianjurkan Astro di sebuah hotel di ibu kota. 

Cerita Mel lanjut, ketika itu juga kali pertama Adlin menghantarnya pulang selepas tamat acara.


"Time lapsed. Ada jemputan acara Astro di hotel. Jadi saya pergi bersama Emylia dan AC Mizal, mingle-mingle sekali alamak Sultan Melaka pun ada. AC memang peramah terus disapanya Sultan Melaka dan mengucapkan tahniah kerana melakonkan watak dengan jayanya.

"Dia cakap satu family kagum dengan lakonan Adlin dalam PGL. Adlin pula tersenyum lebih masa tu kena puji sambil jeling-jeling adik ipar DAC kat sebelah.

"Dia pun kenalkan, Mel pun congratulate Adlin sambil sengih-sengih.


"Mel kalau pergi event yang Mel suka memang tak nak balik, best borak dengan orang hebat-hebat, Mel pula BBNU masa tu. Adlin pula melekat dekat meja DAC dan the gang.

"Lepas tu DAC nak balik pula, dah lah naik satu kereta. Sekali Sultan Melaka cakap eh tak apalah I boleh hantar you balik. Kelakarlah masa tu DAC dan kakak Mel bagi peluang sambil cakap okey Lin hantar dia balik, I trust you bro.

"And the rest is history, begitulah pertemuan Mel dan Adlin yang tak disangka-sangka akhirnya menjadi suami isteri. Alhamdulillah 15 tahun bersama susah dan senang, dari seorang yang cuma melihat dan menghargai bakatnya kepada isteri," tambahnya.



Adlin antara pelakon yang membintangi filem terbitan Enfiniti Productions Sdn. Bhd. selain Tiara Jacquelina, Datuk M. Nasir, Sofia Jane, Khir Rahman dan bintang filem Indonesia Christine Hakim, Alex Komang serta Dian Sastrowardoyo.

Filem yang menelan belanja sebanyak RM16.6 juta itu memecah rekod sebagai filem termahal yang pernah dihasilkan di Malaysia ketika itu.

Adlin dan Emelda berkahwin pada 22 Mei 2009 mempunyai seorang anak angkat lelaki Edra Rafael, 9 tahun. -CARI

Bagus
1

Marah
1

Terkejut

Sedih
1

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote YomiuriLandMae 24-11-2020 01:17 PM
baca tajuk je pun dah menggeletis ketiak iols menahan geli..
Quote sarah82 24-11-2020 01:18 PM
Aku teringat ikan kering saja.. Yum2..
Quote Orix 24-11-2020 01:19 PM
iols smpi skrg refer dia as manjalara.....
Quote imanda 24-11-2020 01:24 PM
emmm ok.
semua org ada prasaan n lovestory memasing, tu jela nk ckp.
Quote makcun14 24-11-2020 01:27 PM
Gigihnyaa citer love story.nampak sangat nak tumpang femes. Nasib la she ols lawa. Kalau tak .. hadap la kena maki
Quote Rogue98 24-11-2020 01:29 PM
Kalau suami tak hensem tak payah lah citer....buang masa jer....
Quote Cyempaka 24-11-2020 01:40 PM
Disaat ummah kegelian, aku baca berita ni sampai habis
Quote hanni_ruzz 24-11-2020 01:44 PM
Mel ni zaman bbnu dia dulu cantik je
kira asli la.. apasal la pi buat hidung pi buat hidung tu bagai
nampak pelik

pernah gak jumpa dia masa event kt Bangi masa zaman2 kegemilangan  Manjalara dia dulu tu
pastu asyik la jumpa area Ampang ni... Village Grover la.. Ampang Point lately
Quote ajinomotonosuga 24-11-2020 01:45 PM
Rogue98 replied at 24-11-2020 01:29 PM
Kalau suami tak hensem tak payah lah citer....buang masa jer....

Ngan awek..ensem tak penting..aura kne power..ayat kne power

Mick jagger tu molot cam hippo..dah tu gg mancung tp bini supermodel

A R Tompel hensem ke? Gg mancung..mcm lidi badan tp kawin cerai 9 kali..anak berbelas..bnyk adik badik se bapak dgn adlin ni..Tompel aura kuat ..ko tenguk pun tau..ayat power ..pandai seloroh..ni awek ske..salu buat pompuan happy!..jenis berani...suka je kawin so security to future awek..cerai tu bab kendian..panas bkn salu sampai ke petang..kadang gerimis di tengari so sayang buat apa pikir tengah hari klo malam masih panjang n subuh blum datang..tuuuuunggggu sekejapppp
Quote ajinomotonosuga 24-11-2020 01:45 PM
Rogue98 replied at 24-11-2020 01:29 PM
Kalau suami tak hensem tak payah lah citer....buang masa jer....

Ngan awek..ensem tak penting..aura kne power..ayat kne power

Mick jagger tu molot cam hippo..dah tu gg mancung tp bini supermodel

A R Tompel hensem ke? Gg mancung..mcm lidi badan tp kawin cerai 9 kali..anak berbelas..bnyk adik badik se bapak dgn adlin ni..Tompel aura kuat ..ko tenguk pun tau..ayat power ..pandai seloroh..ni awek ske..salu buat pompuan happy!..jenis berani...suka je kawin so security to future awek..cerai tu bab kendian..panas bkn salu sampai ke petang..kadang gerimis di tengari so sayang buat apa pikir tengah hari klo malam masih panjang n subuh blum datang..tuuuuunggggu sekejapppp
Quote little_sis 24-11-2020 01:57 PM
Aku baca utk amik pengajaran tentang jodoh yg Allah aturkan..
Quote bottombikini 24-11-2020 02:01 PM
Rogue98 replied at 24-11-2020 01:29 PM
Kalau suami tak hensem tak payah lah citer....buang masa jer....

tergelak aku..hahaha

aku okay2 je dgn si imelda ni

tapi sejak kes daging2 tu so euwww

drama cerai tu layan la gak
tapi tengok 2/3 jek

Quote mamajawie 24-11-2020 02:14 PM
Rogue98 replied at 24-11-2020 01:29 PM
Kalau suami tak hensem tak payah lah citer....buang masa jer....

ahahahhahahahaha..tergolek2 aku baca komen ko ni ahhhhh..cm hanettss..
Quote TomyamPuteh 24-11-2020 02:16 PM
Adlin ni study kt us dlu kan?
Quote chekacheku 24-11-2020 02:20 PM
Thread sendu sesendu pasangan senduan..
Quote Nenasketum 24-11-2020 02:20 PM
Buat lah kiut camana muka ko kat ig, kat luor dah macam umor 70 tahun minah nih. Perasan ya amat ko satu femli nih.
Quote MisXoXo 24-11-2020 02:27 PM
Rogue98 replied at 24-11-2020 01:29 PM
Kalau suami tak hensem tak payah lah citer....buang masa jer....

Ekekekeke. Ni kelakooo
Quote slyfynx 24-11-2020 02:39 PM
ok la acik.
cite ko jumpe kat tandas awam lelaki pun orang x heran acik
Quote MadameOnion 24-11-2020 02:46 PM
dah dapat makan daging ke belum?

Lihat semua komen(69)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 03:04 AM GMT+8 , Processed in 0.065835 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top