September lalu, timbul spekulasi penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza kini hamil anak kedua apabila tular video aksi spontan anaknya, Siti Aafiyah beberapa kali cuba mencium perut ibunya. Bagaimanapun, sehingga kini spekulasi itu masih lagi menjadi tanda tanya peminat sama ada benar atau tidak penyanyi itu sedang hamil. Namun, baru-baru ini seorang pengguna Twitter berkongsikan video dari Insta Story Siti memaparkan penyanyi itu sedang merakamkan nasi ayam yang diterima, namun lain yang menjadi perhatian netizen. Rata-rata netizen berkata, mereka seolah-olah nampak seperti 'baby bump' di dalam video tersebut dan bersetuju bahawa ada kemungkinan Siti kini sedang hamil anak kedua. Malah, menerusi beberapa lagi Insta yang lain turut menampakkan bayang-bayang bentuk tubuh penyanyi itu seperti sedang mengandung. Meskipun tiada pengesahan lanjut daripada Siti sendiri, namun rata-rata netizen dan peminat teruja sekiranya perkara itu benar berlaku. Sumber: RotiKaya
|
wizardLy_boy replied at 24-11-2020 05:34 PM
Tp ig story tokti bli kurma tu ketara nmpk....nthla...buncit or baby bump
bambimo replied at 24-11-2020 05:28 PM
Aku tgk kat twitter Alan tu xnmpak pun gelap je
Cmna depa boleh nmpak hehehe
Kancilkering replied at 24-11-2020 06:28 PM
labu negeri sembilan
asal dia cakap utara
faraway1 replied at 24-11-2020 06:13 PM
Anak anak korang tak suka cium perut ke? Walaupun kosong tak berisi
ADVERTISEMENT