CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Dengan Covid-19 Meningkat, Rakyat Tengah Susah, Kenapa Nak Wujud PLKN Balik?

25-11-2020 11:59 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 4209| Komen: 34|Original author: Oleh: Cari-Azza



Belum habis kemarahan rakyat mengenai kes Covid-19 yang kekal empat angka sehingga mencecah 2,188 kes semalam, sekali lagi rakyat berasa pelik dengan cadangan kerajaan untuk mewujudkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) kembali.

Usul daripada Kementerian Pertahanan itu didakwa akan dikemukakan kepada jemaah menteri dalam masa terdekat menimbulkan kegelisahan kepada rakyat. 

Mengapa perlu diwujudkan PLKN dalam pandemik sebegini? Hilang akalkah, pak menteri?


Foto :Twitter


Antara yang disuarakan adalah situasi getir menangani wabak yang tidak tahu kesudahannya bila serta keadaan ekonomi yang tidak mengizinkan, jadi mengapa ada juga cadangan di luar kotak fikiran ini?


Foto : mstar

Sementelah lagi apabila ada yang menyatakan bahawa kos untuk menjayakan kem PLKN adalah RM600 juta setahun atau lebih kurang RM9,000 untuk kos seorang peserta selama tiga bulan.

Ada yang kata untuk kroni, betul ke?


Foto : Twitter

Biarpun begitu, ada juga yang memberi pandangan bahawa PLKN ini sebenarnya bagus mewujudkan perpaduan serta jati negara anak muda kepada negara.


Foto : Awani

Tetapi, dengan kemudahan ala kadar, ianya jauh panggang dari api jika mahu dibandingkan dengan program hampir sama dengan negara jiran, Singapura. 

Persoalannnya, perlukah diwujudkan ketika keadaan segetir ini? - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote me12345 25-11-2020 12:03 PM
Eloklah buat drpd budak remaja 24 jam main game...cuma buatlah 2 thn lg...lps covid ada vaccine
Quote chenta_dewi 25-11-2020 12:31 PM
Aku penah telibat sbg pekeje kompeni penerima tender plkn..

Tender melayu owner cina..sekian..
Quote Bedah.Cun 25-11-2020 12:37 PM
Buat conscription 2 tahun je lar, sial.
Quote zehra2 25-11-2020 12:39 PM
nk tabur duit kat kroni ke
Quote Artemesiaa 25-11-2020 12:39 PM
Dalam kepala fikir nak dapat duit bukan keselamatan dalam isu semasa sebab tu mungkin ia dicadangkan.
Quote putericahaya999 25-11-2020 12:40 PM
Buatlah setahun jimat beras makpak kat rumah
Quote clarizsa 25-11-2020 12:56 PM
Bodoh punya cadangan
Quote CiliPadiSedap 25-11-2020 01:02 PM
plkn poket kroni.  we need check balance from strong opposition and good governer. harap plkn tak diteruskan sementara malaysia dilanda musibah.

banyak projek di malaysia ni hanya menguntungkan kroni tanpa hala tuju impak kepada rakyat. harap pekara2 begini yb lim dan opposition bantah sungguh2. taktalaka negara musibah program2 begini perlu di tangguh or mansuhkan.


kalau kerajaan teruskan juga tak mustahil swing vote will happen.
Quote missyL 25-11-2020 01:08 PM
Senang nk bg kontrak ape2 kt org terdekat. Masyokk uuuuuu
Quote suzycutegal 25-11-2020 01:14 PM
Please jangan buat balik plkn. Seriusly membazir dan tiada faedah.
Quote brego 25-11-2020 02:42 PM
Edited by brego at 25-11-2020 02:44 PM

failed betul wartawan cari nih.
ciri2 nya antara 3 ;
1. asik mengkritik dan kondem isu dalam negera,
2. or bawak cerita buruk dari indon,
3. or promote kisah terkini pondan2 semalaysia  

Quote rashiman 25-11-2020 02:46 PM


eloklah diujudkan balik PLKN bagi membantu rakyat yg tengah susah, yg hilang kerja,
dpt mengujudkan peluang pekerjaan, pengusaha2 pakaian Uniform, makanan dll.
Quote brego 25-11-2020 02:50 PM
PLKN boleh improve module jadi one-year conscription.
selain prepare with physical training,
boleh jugak jadi medium untuk kukuhkan integrasi perpaduan.

dah la sekolah sistem asing2,
bahasa kebangsaan pun failed,
nyanyi negara ku pun bahasa lain,
tak hormat dengan rukun negara,
bodoh bab sejarah malaysia dan bangsa lain,
dan akhir sekali, bebal bab perlembagaan negara.

bab integrasi ni, aku puji indonesia.
jati diri dan nasionalisma yang tinggi.
takde kompromi, chinkies pun guna nama indon.
semua orang fasih bahasa indonesia.
takde nya chingchong chingchong ke hulu ke hilir.
Quote rashiman 25-11-2020 03:07 PM
Pengusaha2 Bas pun dapat manfaat dengan mengangkut pelatih2  ke kem2 PLKN.

menyumbang merancakkan kembali ekonomi yg suram.
Quote cikjasmine19 25-11-2020 03:59 PM
Saya setuju je PLKN ni diwujudkan semula. Antara sebabnya:

1. Dapat mewujudkan sifat jatidiri dan cintakan negara di kalangan anak2 muda. Dengan macam2 dakyah drpd puak pembangkang dan puak yg tidak senang hati dgn perpaduan org2 melayu dan org2 Islam sekarang ini, PLKN menjadi wadah terbaik untuk memupuk semangat cintakan negara Malaysia.

2. Membuka peluang pekerjaan kpd bumiputera dan merancakkan ekonomi seperti tenaga pelatih, fasilitator, ustaz2 boleh dpt peluang beri ceramah agama, bisnes pengangkutan, katering, pakaian seragam dan lain-lain.

3. Menggalakkan semangat saling menghormati dan bekerjasama antara berbilang kaum di negara ini kerana sekolah-sekolah kita sebnrnya kurang berjaya dlm mewujudkan aspirasi Nasional di kalangan pelajar berbilang bangsa. Masing2 kaum masih berasa curiga antara satu sama lain.

Kesimpulan: Saya bercakap bukan sekadar pendapat saja tapi setelah melihat sendiri aktiviti kem PLKN yg disertai oleh anak saya beberapa thn lalu. Bagus sekali pengisiannya. Seawal 5 pagi peserta telah diarahkan utk bersedia bagi solat subuh berjemaah, setiap waktu solat mesti berjemaah, kuliah agama slps maghrib, aktiviti ketahanan diri, semangat kerjasama berpasukan antara berbilang bangsa dsbgnya. Anak sy sendiri berada dlm kumpulan yg terdiri daripada pelbagai bangsa yg antaranya datang dari Sabah dan Sarawak. Jadi, sy sgt bersetuju dgn langkah kerajaan ini dan sy yakin kem ini semestinya akan dijalankan slps wabak Covid berlalu. Takkanlah nak buat masa2 Covid ni..agak2lah..

Cadangan: Saya cadangkan kerajaan bekerjasama dgn Ustaz Ebit Lew dlm mewujudkan/menambah baik kerangka latihan PLKN. Dgn pengalaman beliau, sy yakin projek ini dpt ditambah baik dan memberi manfaat yg besar.
Quote renko 25-11-2020 04:12 PM
cikjasmine19 replied at 25-11-2020 03:59 PM
Saya setuju je PLKN ni diwujudkan semula. Antara sebabnya:

1. Dapat mewujudkan sifat jatidiri dan ...

hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha
Quote TomyamPuteh 25-11-2020 04:16 PM
Teringat plkn ni. Dlu sepupu aku pg plkn ni dkt langkawi. Balik Dok bercerita Abg Bad hensem la, Abg Bad Macho la bla3. Aku tnya dia Abg Bad tu sapa. Jurulatih kt plkn. Aku tnya dia ko bljr apa kt plkn. Dia blh jwb tah, x tau. Tp Abg Bad mmg hensem la
Quote husna_amal 25-11-2020 04:20 PM
Selesaikan masalah utama negara dulu. Dengan covid yang makin teruk sekarang ni. Kemudian sembang pasal PLKN ni. Kalau ikut kan tak payah pun buat sebab membazir dan bukannya bagi kesan kat semua peserta.
Quote lifeline 25-11-2020 04:35 PM
suzycutegal replied at 25-11-2020 01:14 PM
Please jangan buat balik plkn. Seriusly membazir dan tiada faedah.

tp ramai kengkawan iols bertemu jodoh di plkn
skrng dh beranak pinak
hahahahaa

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 02:34 AM GMT+8 , Processed in 0.039598 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top