CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Dia Sweet, Kami Suka Berbalas Pick Up Line" - Aniq Suhair Selesa Kawan Dengan Cik B

25-11-2020 10:10 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 12703| Komen: 71

Kredit foto: IG Aniq


Digosipkan mempunyai hubungan cinta dengan anak jutawan kosmetik Datuk Seri Vida iaitu Cik B, pelakon baharu Aniq Suhair mengakui hubungan mereka mula rapat sejak bergandingan dalam drama Lelaki Lingkungan Cinta.



Menurut Aniq atau nama sebenar Muhammad Aniq Suhair Mohd Salleh, 20, dia selesa berkawan baik dengan Cik B kerana keikhlasan ditunjukkan gadis berusia 15 tahun itu.

"Kami mula kenal dan berkawan sejak penggambaran drama Lelaki Lingkungan Cinta. Memandangkan kami banyak babak bersama, jadi dari situlah kami mula berkawan rapat.


Kredit foto: IG Aniq

"Walaupun Cik B nampak pendiam, tapi sebenarnya di set penggambaran dia suka bergurau! Contohnya dia pick up line dan saya pun suka berbalas pick up line dengan dia.

"Sejujurnya, saya selesa berkawan dengan Cik B kerana dia seorang gadis yang sweet, baik hati, sopan santun dan mudah bergaul," katanya kepada mStar.

Sebelum ini, timbul gosip kononnya Cik B atau nama sebenar Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin menjalinkan hubungan cinta dengan bekas finalis program Hero Remaja 2020 ini.

Menerusi laman Twitter, Cik B memuat naik status memberitahu dia sudah berpunya dan berkongsi beberapa keping gambar dan video bersama Aniq.


Kredit foto: IG Aniq

"Saya harap orang luar tidak melihat perkongsian itu secara serius. Semua tahu Cik B masih lagi belajar dan saya pun baru melangkah masuk dalam industri ini.

"Posting di laman sosial itu hanya gurauan sahaja, tapi tak sangka pula ramai yang ambil serius tentang perkara ini sehingga ada yang tuduh saya bukan-bukan.

"Sejujurnya, kami memang selalu bergurau dan berborak macam-macam topik antaranya tentang perniagaan, permainan video dan koleksi kasut,” katanya.



Sumber: mStar
2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 25-11-2020 10:17 AM
Utk naik rating drama kan.....
Quote tagas 25-11-2020 10:19 AM
handsome & da beast
Quote pxlbb 25-11-2020 10:20 AM
aduhai cik B beware ya anak-anak ikan berkeliaran. disangka ikan kaloi rupanya jerung.
Quote anaktoyol 25-11-2020 10:21 AM
jantan muda lagi... nak merasa senang instant... nak merasa mewah instant... nak merasa memandu kereta setengah juta... sementara yg pompuan pulak kali pertama bercinta... dpt stock hansem pulak... mesti all out... hahaha...
Quote caca_eric 25-11-2020 10:21 AM
Arhhh sudahhhh

Sure Aniq ni kena gelak je dgn kawan2 HR heolss
Quote archerfahid 25-11-2020 10:22 AM
Yuckkkkkss.....gosippp

Nextttt
Quote caca_eric 25-11-2020 10:23 AM
Rambut tu
Awatla kepam sgt cikB oiii
Cuba la set sikit bg nampak kemas
Quote genUmi 25-11-2020 10:24 AM
gosip murahan
Quote caca_eric 25-11-2020 10:26 AM
Kurex replied at 25-11-2020 10:17 AM
Utk naik rating drama kan.....

Patutnya kalau Aniq yg jd hero mesti trending citer ni..

Ni si Naemah
Konfemla tak..
Quote September14 25-11-2020 10:29 AM
Minta lambo umah sebijik baru berbaloi
Quote LadyCarefree 25-11-2020 10:36 AM
Xde ke berita lg sampah??????
Quote LadyCarefree 25-11-2020 10:39 AM
Ingatkan si veveonah tadi. Adeh ni ke konon handsome persis retis kpop? Not that i find mamat korea handsome la.
Quote mrsbob87 25-11-2020 10:41 AM
statement berbaur friendzone.. adakah??
Quote cupu 25-11-2020 10:47 AM
Aku dh tua mmg xknl la bdk2 ni..Patutla bbnu masyukkkkk angat...kemain byk like diaorg dpt. Klu pandai marketkan diri mmg jd artis blh jd kaya...

Btw tgk parodi meletop smlm..cik b ni mmg blh blakon..dia ni spesis gadis yg rare...blh tahan kelakar. Tuah dia kot..imej bkn blh ditiru tiru..so,dia ada identiti dia sndr.
Quote jijilaaa 25-11-2020 10:48 AM
CIKB umur 15 dah ada anak ikan weiii. kau ada apoo? sedeyhhh

hahaha
Quote husna_amal 25-11-2020 10:50 AM
Tak nak tuduh pedo ke sebab bercinta dengan budak bawah umur ni. Hari tu kecoh pasal alvin chong dengan budak perempun umur 17 tahun kononnya bercinta.
Quote bondeh 25-11-2020 10:50 AM
Selesa berkawan meolls nampak sekali imbas tajuk Selera mihihi
Quote alieyrina 25-11-2020 11:28 AM
Cik b ni kira ada jugak konfiden level dia tu..kalau aku suruh extra lalu lalang pun kejung jua rasa..

Kira army internesenel kenal aniq ni x lagi..ehh kuar topik lak..
Quote missus_meow 25-11-2020 11:38 AM
suka berkawan dgn budak sekolah ye ....

Lihat semua komen(71)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 02:37 AM GMT+8 , Processed in 0.052461 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top