Lali dengan kecaman kerana berpenampilan seksi, Reen Rahim bagaimanapun dilihat tidak tahan apabila acap kali menerima komen berbaur lucah daripada pengguna media sosial.
Walaupun selama ini dia memilih untuk tidak melayan dan menyekat komen terbabit, namun Reen kali ini sudah tidak tahan. "Hari ini macam nak layan rasa jadi bebal seronok tak, tapi sorry lah, kasar bro. "Artis pun manusia, reti maki juga cuma ikut mood," tulisnya yang kemudian berkongsi beberapa tangkap layar beberapa responsnya terhadap komen-komen berbaur lucah. Reen kemudian menjelaskan bahawa situasi itu tidak mengganggu emosinya selain berterima kasih kepada semua yang memintanya bersabar dan tidak melayan komen sedemikian. “Tak effect mood akak pun sayang, akak happy-happy je ni,” ujarnya. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|