CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Menggigil Nyaris Jadi Mangsa Pukau 'Perempuan Batu Merah' Masa Nak Ke ATM

25-11-2020 11:00 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4961| Komen: 20

Dunia semakin moden, tapi kegiatan memukau semakin menjadi-jadi.

Terbaharu, seorang gadis mendakwa nyaris menjadi mangsa pukau ketika mahu mengeluarkan wang di sebuah stesen minyak di Batu Berendam, Melaka pada petang Ahad lalu.



Gambar hiasan

Kisah itu kemudian dikongsikan rakan kepada gadis berkenaan, Hanatasha menerusi satu bebenang di Twitter.

Katanya, dia dihampiri wanita bertudung yang tiba-tiba memegang tangannya ketika scan My Sejahtera di pintu.

“Dia baca-baca tapi aku tak tahu apa yang dia baca. Lepas dia baca-baca tu terus dia pandang muka aku," tulisnya.




Dia bernasib baik kerana berjaya melepaskan diri daripada menjadi mangsa pukau wanita terbabit. 

Namun, malang nasib seorang wanita Cina apabila dia ditahan wanita berkenaan.



Insiden itu memberi kesan kepada gadis tersebut yang takut untuk berjalan seorang diri di luar selepas kejadian.




Kredit foto: Twitter

"Lepas ni tak nak dah jalan sorang-sorang, takut," katanya. - CARI


Bagus

Marah
3

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zorrro_03 25-11-2020 11:08 AM
cctv manaaaaaaaa???
Quote merrissa 25-11-2020 11:28 AM
tp pernah kan kes ni...siap ada rakaman cctv...kat CI la juga tgk

makcik tu dia kasi je rantai  emas dia...

yaAllah macam2 org jahat ni buat kerja
Quote taji2906 25-11-2020 11:33 AM

cctv pun kena pukau. tak nampak mana motor tu ghaib.. hahahaha
Quote husna_amal 25-11-2020 11:41 AM
cerita budak twitter ke?
Quote cupu 25-11-2020 11:43 AM
Mil aku pesan santau xberkesan klu pakai pakaian terbalik. Paling mudah pakai spender terbalik...haha.. Dia pesan pasal aku kat kedai ada pakai gelang brg kemas..tp spnjg aku niaga ada sekali terkena..pakcik tu amik2 brg pastu sembang.tya itu ini sambil byr..pastu bila bg baki dia ckp td pakcik bg duit 100..aku pun ye ke...pastu bagi blk duit tak cukup...dia pergi last2 mmg rugi la...lebih kurang mcm tu..kita blur bab duit dpt,duit baki..  Pengajaran klu org xfamiliar dtg nk menyembang tu bwk2 cpt la istigfar selawat.Jiran kedai seb plk pnh org bhenti tya jalan je kot...amik tanggal gelang rantai..dlm 70k brg kemas dia..org tu bg sampul surat..buka dlm tu ada besi2 buruk..skru bkarat.. Rugi saja2.
Quote eyansss 25-11-2020 11:58 AM
benda camni buat takut nak ada cash, nak pakai barang emas...  kita pakai sebab yang tersayang bagi, tapi kang orang lain kendurikan kang...  haish...
Quote Kurex 25-11-2020 12:01 PM
Lepas aku baca perkataan twitter, terus aku croll ke bawah & komen..
Quote tikusmontok 25-11-2020 12:02 PM
merrissa replied at 25-11-2020 11:28 AM
tp pernah kan kes ni...siap ada rakaman cctv...kat CI la juga tgk

makcik tu dia kasi je rantai  e ...

Aruah nenek sedara iols pernah kena bbrp tahun dulu ketika nunggu anaknya ambik kereta..kat tepi jln tu jugak dia lurut semua brg2 kemas dr badan tau2 anak dia sampai dia dah terduduk tepi jln.
Quote batmana 25-11-2020 12:43 PM
bukan psl batu atau laki dia muka pecah atau  pmpn tu muke pelik

ni smua psl minda , otak manusia, dia main 'hijack' mnda korg time korg fikiran kosong.

sebab tu la takde billionaire, millionaire kene pukau, psl minda dorg penuh dgn pikiran mcm2 psl bisnes, smpai kene hire org pikir psl masalah dia.

org biasa cm mangsa ni pi kluar umah, minda mcm tgh berjalan2 di dalam taman, org xperlu batu pun, skdar ckp terus kene hack.. gune teknik pukau aja
Quote isteri_ayil 25-11-2020 12:52 PM
satu hal yg aku pelik... nape liat sgt nak kunci keter eh? keter masih version 80an ke? yg takde remote tu?.. bukannya susah pun, tekan punat je kan.. bukannya kena cangkuk dgn solex ke apa...

bab2 pukau ni.. mmg tak blh nak agak.. sebab tu kena amalkan baca doa sebelum kuar rumah... atau pun baca ayat kursi...
Quote Artemesiaa 25-11-2020 12:56 PM
Zaman ramai terdesak duit ni kenalah lebih hati2 dari biasa tak boleh banyak berkhayal kena alert dengan persekitaran.
Quote Normabaru 25-11-2020 01:00 PM
Yup..org ckp letak penyapu kt blkg pintu dgn bela ikan dlm rumah. Masalahnya skrg umah pon byk pintu.. So nk gantung penyapu kat pintu mana satu:lol
Quote jari10 25-11-2020 01:08 PM
To those yg malas nak kunci keter..atau nak cepat katanya. Nak tanya laa.. susah sangat ke atau complicated sangat ke proses penguncian tu
Quote ~boolean 25-11-2020 01:17 PM
batmana replied at 25-11-2020 12:43 PM
bukan psl batu atau laki dia muka pecah atau  pmpn tu muke pelik

ni smua psl minda , otak manusia ...

billionaire nak kena pukau macam mananya kalau bodigad keliling pinggang...

tapi millionaire atau hampir millionaire ada saja kes kena pukau/scam...
kes pengusaha restoran keluar duit berkepuk2 ujung2 kena pukau lepas keluar bank..
Quote nolya 25-11-2020 06:16 PM
Normabaru replied at 25-11-2020 01:00 PM
Yup..org ckp letak penyapu kt blkg pintu dgn bela ikan dlm rumah. Masalahnya skrg umah pon byk pintu ...

Nak keluar rumah, ketika mengunci pintu, bacalah Bismillahi Tawakkaltu Illah.  Masuk kereta, nak start enjin, bacalah Basmallah, semoga perjalanan lancar shnga sampai di tujuan. Sambil drive tu, bacalah al-Fatihah dn ayatul Kursi, semoga setiap langkah perjalanan kita dilindungi-Nya.
Quote Normabaru 25-11-2020 06:17 PM
nolya replied at 25-11-2020 06:16 PM
Nak keluar rumah, ketika mengunci pintu, bacalah Bismillahi Tawakkaltu Illah.  Masuk kereta, nak s ...

Ye betul.. Thanks sharing dik!=)
Quote kroit92 27-11-2020 12:06 AM
nauzubillah min zalik. moga dijauh kan dari perkara2 macam ni

kalau pemukau nampak aku cuk duit kat atm waktu macam ni,
dia tengok baki duit, dia pun kesian agaknya. lepastu dia yang sedekah 5 hinggit kat aku pulak kang

2020 is such a hard year for some of us
ape nak jadii
Quote wirazam 27-11-2020 10:16 AM
hope pihak pihak boleh siasat kes ni
Quote ninnamina 27-11-2020 10:26 AM
Tapi Apa jadi dengan perempuan cina tu..

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 02:51 AM GMT+8 , Processed in 0.198408 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top