CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bukan Kontak Rapat Alif, Tapi Amira Othman Sanggup Tolak Job Untuk Kuarantin Diri

25-11-2020 11:19 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3711| Komen: 19

Penyanyi dan pelakon Amira Othman memaklumkan bahawa dia memilih untuk menjalani kuarantin kendiri biarpun bukanlah merupakan individu yang disenarai sebagai kontak rapat kepada penyanyi Alif Satar.

 
Bahkan, Amira atau nama sebenarnya, Nadia Amira Othman, 27, berkata, dia juga membuat keputusan untuk membatalkan penglibatannya dalam sebuah penggambaran bersama sebuah syarikat produksi.
 
"Hari ini (semalam) saya ada penggambaran dengan @globalstationsb sepatutnya, tapi atas kebaikan bersama saya terpaksa lepaskan kerja ni.
 
"Walau saya tak ada kontak rapat dengan abang Alif, tapi masih saya rasa bertanggungjawab sebagai orang yang sama-sama kena kuarantin sebab melibatkan orang lain sekiranya apa-apa hal kan," katanya menerusi satu hantaran di Instagram.

 
Menurut Amira, dalam situasi sekarang, apa yang lebih penting adalah kesihatan dan nyawa yang menjadi pertimbangan utamanya.

"Duit boleh cari, kesihatan dan nyawa kita ini Allah beri kenalah jaga elok-elok. Jadi, stay safe semuanya! Jangan salam-salam atau peluk-peluk bagi yang perempuan.
 
"Tolong jaga diri masing-masing. Minta maaf pada pihak produksi yang terpaksa lewat hari ini sebab tunggu keputusan saya. InsyaAllah semua yang baik-baik. Ada rezeki lain nanti Insya-Allah," tulisnya.


Foto: IG

Terdahulu, Amira turut terlibat dalam sebuah program hiburan yang disiarkan secara langsung pada Sabtu lalu.
 
Bagaimanapun, pelantun lagu Takkan Merubah itu membuat persembahan pada hari yang berbeza dengan Alif Satar.
 
Di ruangan komen, rata-rata memuji tindakan yang diambil Amira.
 
"Ini adalah keputusan yang bagus. Rezeki ada di mana-mana dik.. Allah jaga kita..
 
"Jaga diri adik! Insya-Allah ada rezeki drama selepas ini," komen sebahagian pengikutnya.


 
Terdahulu, dalam satu hantaran di Instagram, syarikat pengurusannya, Rocketfuel Entertainment turut memaklumkan kesemua artis naungan mereka lain yang turut terlibat pada program hiburan yang disertai Alif baru-baru ini disahkan negatif selepas membuat ujian saringan.
 
"Walaupun tidak diharuskan menjalani proses kuarantin, pihak Rocketfuel akan sentiasa memantau perkembangan semasa artis kami," katanya.
 
Sebelum ini, pada Ahad lalu, Alif Satar disahkan positif selepas menyertai sebuah program hiburan yang disiarkan secara langsung Jumaat lalu. -CARI

Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote laksmanabentan 25-11-2020 11:43 AM
sendu nya gossip ini...
Quote husna_amal 25-11-2020 11:51 AM
Duduk je lah kat rumah baik2. Jangan cerita sangat tengah berkuarantin nanti orang salah anggap pula.
Quote mamajawie 25-11-2020 11:54 AM
who are yussss??
Quote slyfynx 25-11-2020 11:56 AM
So, semua kene tau ye.
Karang orang nmpk ko merata x memasal je kene maki berjemaah
Quote minahmanja 25-11-2020 03:59 PM
aku tgk dia nyanyi ngan pian tu alahaiii... better cari keje lain la amira..
Quote gorjeous 25-11-2020 04:01 PM
Good for her..
Quote minah_selekeh 25-11-2020 09:42 PM
Kenapa aku tengok dia ni tak ada seri langsung..
Quote fuyupoktek 25-11-2020 09:51 PM
Kenapa ko bleh jd retissss omg
Quote makadek 25-11-2020 11:19 PM
Kamu shiyapa
Kamu shiyapaaa..

Macam muka kekakak nk g majelis kawin/dinner yach
Quote rayray28 26-11-2020 12:23 AM
baguslaa buat inisiatif sendiri..selagi x betul2 clear segala krew2 semua free from covid kan
Quote Perawankota 26-11-2020 04:57 AM
Baguslh mcmtu..
Quote dudaberhias 26-11-2020 05:43 AM
dia tak sesuai pakai lens... ikutkan lawa je dia dan hadik dia pun herlokk jugak dambaan @Kurex
Quote leftrani_kel 26-11-2020 05:43 AM
Ko dok umah je..praktis nyanyi byk2..nyanyian ko Ari tu dlm muzik2..mmg out of tune..sumbang sana sini..x sedap lansung..
Quote Kurex 26-11-2020 07:52 AM
dudaberhias replied at 26-11-2020 05:43 AM
dia tak sesuai pakai lens... ikutkan lawa je dia dan hadik dia pun herlokk jugak dambaan @Kurex

Irfan haris kan adik dia......
Quote TerataiMelur02 26-11-2020 07:59 AM
minah_selekeh replied at 25-11-2020 09:42 PM
Kenapa aku tengok dia ni tak ada seri langsung..

Sama la.. Lepas tu nampak macam acik2 sangat. Pdhal umur pun belum 35
Quote MadameOnion 26-11-2020 08:54 AM
ada job ke?
Quote bulalof 26-11-2020 10:05 AM
i hate to say this to her, but whooo areee yooouuusss????!!!
Quote AshkieLa 26-11-2020 11:07 AM
minahmanja replied at 25-11-2020 03:59 PM
aku tgk dia nyanyi ngan pian tu alahaiii... better cari keje lain la amira..

kan... drpd dulu meols ade persepsi gini kat dia..
macamana laa boleh jadi penyanyi, pengacara(tengok dia dlm nasi lemak kopi o) dulu dengan pelakon (jadi heroin plak tu)...
muka takde aura untuk jadi celebrity langsung...
menguap skala 10...
Quote AshkieLa 26-11-2020 11:07 AM
minah_selekeh replied at 25-11-2020 09:42 PM
Kenapa aku tengok dia ni tak ada seri langsung..

setuju... mcm serba tak kena.
tak sesuai untuk keluar tv...

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 03:16 PM GMT+8 , Processed in 0.045458 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top