CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Ustaz Ebit Lew Sediakan Hotel 4 Bintang Untuk Waris Pesakit IJN Dan HKL

25-11-2020 11:55 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3036| Komen: 4

Pendakwah bebas dan ikon negara yang disayangi ramai, Ebit Lew masih belum berhenti dalam usahanya membantu rakyat yang berada dalam kesusahan.

Terbaharu, Ebit menyediakan penginapan secara percuma di sebuah hotel 4 bintang buat waris pesakit dari luar bandar yang datang ke Kuala Lulur untuk mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) dan Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Menurut Ebit, penginapan yang terletak di Hotel Premiera KL itu akan diberikan kepada sesiapa yang memerlukan tanpa mengira bangsa dan agama.

Foto: IG

“Pohon doakan ya penginapan kasih umat secara percuma pada waris pesakit yang datang ke Kuala Lumpur untuk dapatkan rawatan IJN dan HKL.

“Kepada yang benar-benar memerlukan tanpa mengira bangsa dan agama. Penginapan di Hotel Premiera KL. Jika sesiapa benar memerlukan boleh hubungi 01170772380. Insya-Allah kos penginapan saya akan tanggung.


“Terima kasih Premiera Hotel yang sangat baik dan memudahkan urusan dan impian saya. Cantik dan sangat selesa. 4 bintang. Semoga menjadi asbab kebaikan,” katanya.


Ebit berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi tinjauan Gempak, rata-rata memuji usaha murni Ebit itu yang tidak berhenti membantu serta memudahkan sesiapa yang berada dalam kesusahan.


“Syukur alhamdulillah, moga ustaz ebit sentiasa diberi kesihatan yang baik,” komen salah seorang pengikutnya. 

“Seriuslah ustaz, benda ni tak banyak NGO terfikir rasanya nak buat,” puji salah seorang warga maya.

“Terbaik ustaz, harap sangat tak ada orang yang salah guna atau amik kesempatan bukan-bukan di atas kebaikan ustaz,” kata salah seorang netizen.

Ebit popular dengan kemurahan hatinya yang suka menderma dan membantu rakyat Malaysia tidak kira dari segi kewangan serta keperluan. -CARI

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 25-11-2020 01:17 PM
Pasti beri kelegaan buat mereka yang benar2 memerlukan
Quote husna_amal 25-11-2020 04:32 PM
Semoga dirahmati Allah dan sihat buat ustaz ebit. Kesian nampak penat je ustaz ni sekarang.
Quote Potato_kering 27-11-2020 12:27 AM
Berkenan la kat ebit ni. Lain mcm baik dia..
Quote linsh 10-2-2021 02:34 AM
Semoga dipermudahkan

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 02:38 PM GMT+8 , Processed in 0.343565 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top