|
Pelawak dan penyampai radio Shuib Sepahtu mendedahkan dia mempunyai bisnes Kopi Shuib sebelum munculnya kedai minuman jenama Bubble Bee Malaysia.
Menurut Shuib, 36, dia terpaksa menerima kenyataan apabila perniagaan kopi itu tidak dapat bertahan lama dalam pasaran. Katanya, pada peringkat awal produknya hanya terjual sebanyak 3,000 daripada 10,000 kotak justeru dia memilih untuk berikan secara percuma sahaja. "Setelah macam-macam yang saya buat. Semuanya buat sendiri, buat tanpa pengetahuan, buat pakai hentam je, KOPI SHUIB yang mulanya ada stokis, ejen semuanya hilang dan senyap macam tu ja. "Walaupun pada dasarnya #KOPISHUIB ni sangat berkualiti, tapi saya kena terima kenyataan tanpa team yang bagus, pemasaran yang bagus, platform yang bagus, sesuatu produk mungkin tak akan boleh bertahan lama dalam pasaran.
"Kopi yang saya pesan pada peringkat awal 10,000 kotak hanya terjual 2000-3000 kotak sahaja. Itu pun ada yang pulangkan balik. "Masa tu Mertua ada buka restoran dekat Kuala Selangor, jadi saya cuba juga letak dekat situ untuk jual, sampai buat sale kaw sebab masa tu dah risau tarikh luput produk dah dekat.
|

NEmma replied at 25-11-2020 01:25 PM
So? Nk minta weolss terinspirasi kah? Atau marketing untuk produk coffee soib yg baru?
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
19-2-2026 10:05 AM GMT+8 , Processed in 0.068740 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.