CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Kalau Ada Simptom Berikut, Anda Sebenarnya Ketagihan Seks

25-11-2020 01:23 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7667| Komen: 8

Sememangnya nafsu seks adalah naluri manusia, bagaimanapun jika nafsu berkenaan sudah memasuki peringkat menjadi ketagih dan tidak boleh dikawal adalah merupakan satu penyakit yang perlu diberi perhatian.


Ketagihan seks atau turut dikenali dengan istilah lain seperti nymphomania, hypersexuality, erotomania dan obsesi seksual, masih tidak dibincangkan secara terbuka dan dianggap bukan masalah serius.

Sekiranya belum berkahwin, seseorang individu yang mengalami ketagihan seks seringkali dilabel atau dipandang sebagai ‘playboy’ atau ‘playgirl’, sedangkan sekiranya ia tidak diberi perhatian atau rawatan akan merosakkan kehidupan peribadi pesakit, malah juga persekitaran sosial, keluarga dan persahabatan.

Manakala bagi yang sudah berkahwin pula, pastinya boleh memusnahkan sesebuah rumah tangga.


Gambar hiasan

Ketagihan seks adalah sebarang tingkah laku seksual yang berada di luar kawalan dan diulang perlakuannya.


Menurut Healthline.com, satu lagi ciri penting adalah mereka yang mengalami ketagihan ini cenderung untuk mempunyai emosi yang bertukar-tukar dan tidak stabil.


Simptom ketagihan seks:

1. Melakukan seks biasa yang kerap termasuk melakukan banyak hubungan luar atau melakukan hubungan seks yang tidak selamat

2. Mahu lebih banyak melakukan seks untuk mendapat kepuasan

3. Timbul perasaan malu dan bersalah selepas itu serta membenci diri sendiri atas perlakuan seksual yang dilakukan

4. Kecenderungan dan pilihan seksual menjadikan kehidupan tidak terkawal dan tidak terurus

5. Berjanji untuk berubah tetapi gagal

6. Perasaan tidak dapat berhenti walaupun mahu

7. Bertukar pasangan seksual atau terlibat dalam beberapa hubungan seksual tanpa ikatan

8. Cenderung kepada seks siber


Kesan buruk:

1. Berisiko terkena penyakit kelamin
2. Kemurungan
3. Kehamilan yang tidak diingini
4. Hilang fokus
5. Terlibat dalam masalah perilaku seksual yang lain
6. Penggunaan berlebihan pornografi
7. Masturbasi yang tidak terkawal


Rawatan:

1. Individu yang menderita ketagihan seks mungkin berasa malu dan segan untuk mengakui kepada diri sendiri mahupun kepada individu lain. Namun, mereka sentiasa boleh mendapatkan bantuan profesional atau doktor untuk membantu mengatasi masalah ini.

2. Kaedah kaunseling serta terapi mungkin dapat membantu. Pakar dapat mendiagnosis tahap ketagihan dan mengemukakan langkah yang sewajar untuk mengawalnya.

3. Didikan agama kerana mereka yang patuh kepada ajaran sebenar tidak akan sesekali bertindak di luar batasan agama.



Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 25-11-2020 01:25 PM
Kenapa ni tak masukkan kat bod seks?
Quote abcdotcom 25-11-2020 01:28 PM
ISU semasa ke ni???
Quote printercomel 25-11-2020 01:40 PM
Hurm macam ada ciri ciri tu. Printer perlu berjumpa dengan cikgu kaunseling dengan segera ni.
Quote RatuDunia94 25-11-2020 02:36 PM
Sex is for everyone. So enjoy it..
Quote wnwa05 25-11-2020 02:57 PM
ada ke yang tak ketagih seks..main sekali je lepas tu tak nak dah?
Quote husna_amal 25-11-2020 03:17 PM
Yang dah ketagih tu boleh la banyakkan berpuasa sunat.
Quote orangselut 25-11-2020 09:08 PM
Kalau dah kahwin.. Ketagihan tu boleh dilepaskan pada yang halal.. Kalau bujang/dara.. Susah jugak tu..
Quote ah.phagg8 5-12-2020 04:40 AM
Teringat citer mat salleh. Shame. Hero helok

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 12:55 AM GMT+8 , Processed in 0.045851 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top