|
Menjadi seorang yang mempunyai personaliti menarik dan mampu menghiburkan orang ramai memerlukan keberanian serta keyakinan tinggi. Walaupun kelihatan seperti mudah, namun ia mempunyai cabaran tersendiri.
Sebagai manusia, menerima kecaman atau kritikan daripada orang sekeliling bukanlah yang dinanti-nantikan. Lebih-lebih lagi di zaman berteknologi tinggi sekarang. Orang boleh mengkritik, mengeji mahupun memuji sambil berselindung di sebalik komputer atau telefon pintar. Bagi Shalma Eliana Bruhanutheen, itulah antara cabaran terbesar yang perlu diharungi dalam hidupnya selama dua dekad itu. Katanya, mempunyai keyakinan diri yang tinggi bukanlah sesuatu yang dimilikinya secara semula jadi. Perasaan malu membuatkan dirinya enggan menjejakkan kaki ke luar rumah. Bersembunyi di sebalik alasan dia seorang yang pemalu telah membuatkan dirinya selesa berada dalam keadaan itu waktu zaman sekolah.
Kini, apabila dia sudah mula menapak ke dalam industri seni yang perlukan perhatian ramai untuk berjaya, gadis kelahiran Kuala Lumpur itu rasa seperti dejavu apabila perlu menghadapi kritikan orang ramai tentang dirinya.
|
ke muka petak plak WajibulGhunah replied at 25-11-2020 05:19 PM
Akaknya lagi berganda cantik




Siputjelly replied at 25-11-2020 08:31 PM
siapa ni? adeh tak kenal lah. mula mula ingat shalma yg gelak2 tu. rupanya bukan
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
19-2-2026 11:59 PM GMT+8 , Processed in 1.548557 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.