Lagenda bola sepak dunia, Diego Maradona dilaporkan telah mengembuskan nafasnya yang terakhir sebentar tadi pada usia 60 tahun akibat serangan jantung. Berita itu disahkan beberapa media sukan antarabangsa termasuklah ESPN Argentina, Football Espana, Clarin dan sebagainya. Difahamkan, Maradona sebelum ini menghidapi masalah serangan pernafasan kardio dan keadaan kesihatannya didapati merosot. Keadaan itu menyebabkan Maradona terpaksa menerima rawatan di hospital sejak awal bulan ini bagi menjalani pembedahan mengeluarkan darah beku di otaknya. Media melaporkan bahawa pembedahan tersebut berjaya, bagaimanapun seminggu selepas ia ‘pulih’, keadaannya kembali merosot. Pemergian lagenda ‘tangan tuhan’ ini ditangisi segenap peminat bola sepak di seluruh dunia.
Sumber: GiveMeSport/SiakapKeli
|
Perawankota replied at 26-11-2020 04:13 AM
Pernah jumpa mendiang masa keje hotel dulu, dia dtg rasmi kan kedai emas kt nusentral. Kedai tu pon ...
wnwa05 replied at 26-11-2020 03:04 PM
biar betul. tahun bila..bertuahnya ko
ADVERTISEMENT