CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Waris Pesakit Covid-19 Tak Mampu Sewa Van Jenazah Cecah Hingga RM4,000

26-11-2020 10:20 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3185| Komen: 12

Persatuan Amal Sabah tampil membantu mengurus jenazah seorang pesakit Covid-19 bukan Islam yang masih disimpan di rumah mayat Hospital Queen Elizabeth (HQE), di sini, semalam.


Pengasasnya Masrul Guding, berkata pihaknya dihubungi unit forensik HQE memohon bantuan untuk menghantar jenazah terbabit menggunakan perkhidmatan Van Jenazah Percuma Kota Kinabalu ke Kudat, dengan jarak kira-kira 150 kilometer.

Beliau berkata, waris mendiang wanita berusia 56 tahun itu tidak mampu menyewa van jenazah berbayar untuk mengurus jenazah Covid-19 berikutan kos pengangkutan yang tinggi.


Foto: Harian Metro

"Kami difahamkan jenazah terbabit sepatutnya dibawa untuk dikebumikan dua hari lalu tetapi warisnya tidak mampu membayar sewa van jenazah yang mencecah antara RM3,000 hingga RM4,000 kerana bayaran membawa jenazah Covid-19 lebih tinggi berbanding jenazah biasa.


"Malah, difahamkan keranda untuk jenazah juga diuruskan oleh pihak forensik kerana warisnya memang betul-betul susah," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Masrul berkata, memahami keadaan waris jenazah terbabit, pihaknya tidak berfikir panjang untuk menghulurkan bantuan sehingga proses pengebumian jenazah mengikut prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan (KKM) selesai.

Katanya, ia juga adalah jenazah bukan Islam positif Covid-19 yang pertama dikendalikan kru Van Jenazah Percuma Kota Kinabalu sejak mengendalikan jenazah Covid-19 bermula awal bulan ini.

"Alhamdulillah, kami tiada halangan untuk membantu siapa saja tanpa mengira bangsa dan agama. Jika diperlukan, kami pasti membantu sehingga selesai proses pengebumian, lebih-lebih lagi bagi kes Covid-19 hanya pihak yang dibenarkan KKM boleh mengendalikan jenazah," katanya.

Katanya, dua kru Van Jenazah Percuma Kota Kinabalu, Soffian Jais dan Herwan Adris ditugaskan menghantar jenazah terbabit ke Kudat yang memakan masa kira-kira tiga jam perjalanan sebelum kembali semula ke Kota Kinabalu untuk misi bantuan seterusnya.

Masrul berkata, kesukaran mendapatkan van jenazah untuk kes Covid-19 juga antara sebab berlaku kes jenazah Covid-19 lambat dikebumikan, bukan kerana pihak hospital tidak melepaskan jenazah untuk meminta bayaran daripada waris.

"Baru-baru ini ada pihak menyebarkan tuduhan kononnya pihak hospital tidak membenarkan jenazah Covid-19 dibawa keluar selagi waris tidak membuat bayaran.

"Apa yang betul ialah pihak hospital tidak meminta apa-apa bayaran daripada waris, sebaliknya kelewatan kadang-kadang berlaku kerana isu bayaran dikenakan pengendali van jenazah berbayar," katanya.

Mengulas lanjut mengenai pembabitan kru Van Jenazah Percuma Kota Kinabalu mengendalikan jenazah Covid-19, beliau berkata pematuhan SOP dan penggunaan pakaian perlindungan diri (PPE) sudah menjadi perkara biasa bagi krunya.

"Walaupun ada kebimbangan mengenai jangkitan Covid-19 tetapi kami tetap melaksanakan tugas membantu mengurus fardu kifayah ini, bukan setakat menghantar jenazah ke tanah perkuburan, malah membantu proses pengebumian juga," katanya.

Sehingga kini, katanya perkhidmatan Van Jenazah Percuma Kota Kinabalu yang ditubuhkan pada September lalu sudah mengendalikan lima kes jenazah Covid-19 termasuk turut sama menyembahyangkan dan mengebumikan jenazah.

Beliau berkata, bagi mengurangkan risiko jangkitan Covid-19, van jenazah akan disanitasi pihak hospital setiap kali selesai menghantar jenazah positif Covid-19. -CARI

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Scheherazade 26-11-2020 10:34 AM
Kesian dgn keluarga yg susah mcm ni. Syukur ada bantuan begini
Quote husna_amal 26-11-2020 10:53 AM
Semoga dipermudahkan.
Quote haryatie 26-11-2020 10:56 AM
Alhamdulillah...
Quote Mulotkoyak 26-11-2020 11:27 AM
Pelik alu..menteri atau adun xde ke nk dtg beri bantuan dlm bab yg mcm ni
Quote aqissa 26-11-2020 12:14 PM
Sekarang ni... mati pun macam2 bayaran dah..  kadang2 mahal sungguh mcm kawan2 cina kita... kesian dorg
Quote ellez 26-11-2020 12:17 PM
Baru tahu kos sewa van jenazah pesakit covid agak mahal..
Quote dua_chzy 26-11-2020 04:48 PM
ellez: Baru tahu kos sewa van jenazah pesakit covid agak mahal..


Ni sekali dengan pakej coffin, etc ni. Jika sewa van saja tak sebegitu mahal.

Tu belum masuk kos makan minum 7 hari berkabung di rumah si mati.

Kat Sabah ini, kos perkahwinan dan kematian sama saja iya (bagi bukan Islam).
Quote ellez 26-11-2020 05:30 PM
dua_chzy replied at 26-11-2020 04:48 PM
Ni sekali dengan pakej coffin, etc ni. Jika sewa van saja tak sebegitu mahal.

Tu belum masuk  ...

Oo..thx atas penjelasan diberikan
Maksudnya sekali kos pengebumian lah kiranya..
Btw uols, blh iols tau mcmmna uols reply iols ya..
Sbb xde noti..
Ni pun iols klik je tred ni baru perasan..
Quote dua_chzy 26-11-2020 07:46 PM
Edited by dua_chzy at 26-11-2020 07:47 PM
ellez replied at 26-11-2020 05:30 PM
Oo..thx atas penjelasan diberikan
Maksudnya sekali kos pengebumian lah kiranya..
Btw uols, blh ...


Yeap. Lagik kaya, lagi tinggi kos. Bersyukur la jadi Muslim. Meninggal pun, takat dikapankan saja tak perlu coffin segala

Pasal noti, memang camtu tu. Sebab tu ai tak guna nick lama. Adjust la gimana pon, tetap tak dapat noti. Nick ni pun ai perasan, ada porumer reply, ai tak dapat noti. Tu pun bila masuk tered then nampak ada porumer reply, macam uol alami la jugak. Tatau apsal ngong Cari ni.
Quote ellez 27-11-2020 06:01 PM
Edited by ellez at 27-11-2020 06:02 PM
dua_chzy replied at 26-11-2020 07:46 PM
Yeap. Lagik kaya, lagi tinggi kos. Bersyukur la jadi Muslim. Meninggal pun, takat dikapankan saj ...


Iols peratikan kalau forumer reply, yg iols dpt noti tu spt contoh dibawah..
Yg xdpt noti pun ada contoh jugak..
Tu sbb iols tanya uols reply camner..
Huhu

sketch-1606470809230.png

sketch-1606470861011.png
Quote dua_chzy 27-11-2020 06:18 PM
ellez replied at 27-11-2020 06:01 PM
Iols peratikan kalau forumer reply, yg iols dpt noti tu spt contoh dibawah..
Yg xdpt noti pun a ...

Ooo ha'ah eh. Patutlah ai pon mengalami masalah iniew. Masuk tered, eh, tetiba nampak ada poromer reply komen kite padahal tak dapat noti pun.
Quote kakikuDibibirmu 27-11-2020 07:55 PM
4 ribu hengget? Hidup pun susah nak mati pun susah

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 06:44 PM GMT+8 , Processed in 0.072283 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top