CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-3, Hafiz Mahamad Bawa Syafiqah Aina Naik Belon Udara Panas

26-11-2020 12:36 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 14191| Komen: 49

Personaliti media sosial dan ahli perniagaan Hafiz Mahamad mencuri perhatian wargamaya apabila menyambut ulang tahun perkahwinan ketiga bersama isterinya, Syafiqah Aina dengan menaiki belon udara panas. 


Menerusi laman sosial Instagram, Hafiz berkongsi sebuah video memaparkan kejutan yang diberikan buat isteri tercinta bersama ucapan romantis untuk tatapan umum.

Foto: IG

“Ainaa, dulu awal kita kenal awal pernah cakap, “sayang tak tahu jodoh kita sampai mana, kita follow the flow. Ada jodoh, insyAllah kita bersama”. Waktu tu abang hanya cakap satu perkara, “kita memang tak tahu siapa jodoh kita, tapi abang akan usaha yang abang adalah jodoh sayang”.

“Sekarang Aina, impian abang adalah nak angkat awak tinggi sebagai wanita. Isteri abang tak boleh kecewa, selagi abang masih bernafas dan ada kudrat, abang akan protect dan jaga awak. 


“Hari ni abang tak beli hadiah. Abang tahu awak mampu beli jika ia melibatkan wang ringgit. Tapi hari ni abang nak bagi awak satu kenangan yang tak boleh dibeli dengan nilai apa pun,” tulis Hafiz di ruangan kapsyen. 



Menerusi perkongsian berdurasi satu minit setengah itu, Hafiz dan Aina bangun seawal pagi untuk menikmati sarapan sebelum didukung untuk masuk ke dalam bakul belon udara panas. 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya terharu dan memuji kejutan yang diberikan oleh Hafiz kepada isterinya bagi meraikan ulang tahun perkahwinan mereka. 

Malah, ramai juga yang mendambakan kehadiran seorang suami seperti Hafiz yang sentiasa tahu untuk menghargai isterinya. 

“Kat mana ada jual laki macam Hafiz ni eh?” tanya seorang wargamaya.


“Happynya tengok korang. Happy anniversary Hafiz dan Aina. Semoga kekal sampai syurga,” tulis seorang wargamaya.

“Untungnya seorang wanita dapat lelaki yang menghargainya dari zaman kenal sampailah kahwin, tak berubah,” kata seorang wargamaya.

“Paling sweet ya Allah. Doakan aku dapat suami macam ni jugak,” pinta seorang wargamaya.

“Satu dalam seribu lelaki macam dia ni. Sentiasa bahagiakan isteri. Sebab tu rezeki dia murah. Alhamdulillah, rezeki Aina juga,” puji seorang wargamaya.

“Terbakar saya sebagai seorang yang single,” usik seorang wargamaya lagi.


Sehingga kini, video tersebut telah menerima lebih satu juta tontonan oleh warga Instagram. 

Sekadar info, Hafiz dan Aina telah mendirikan rumah tangga pada 24 November 2017.

Pasangan ini dikurniakan cahaya mata perempuan, Raisya Arisa pada 25 Jun 2019. -CARI

Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akuHavocczz 26-11-2020 12:49 PM
retis celah mana eh diaorang?
Quote Normabaru 26-11-2020 12:57 PM
Demi biz marketing sakan..
Semoga xkena caras laaa...
Lani perempuan kurang.. Betina ramai.. Most importantly tak pakai otak. Hahaha
Quote anony-mous 26-11-2020 01:01 PM
Jeles iols dgn aina. Mmg untung dia dpt dah hapis ni. Xkisah la marketing ke x, tp hapis ni jenis jantan yg all out utk org dia syg
Quote tagas 26-11-2020 01:37 PM
bijik mutiara ke smpai nak berabis gini
Quote mamajawie 26-11-2020 01:46 PM
anat dua ekor ni retis ke?nama pun aku xkenal
Quote kikuri 26-11-2020 02:20 PM
untunglahhhh bini dia...walopon tah sape ni sis tak kenal
Quote husna_amal 26-11-2020 02:59 PM
Tak tahu lah diorang ni artis ke tak. Yang pasti diorang ni level2 kayangan dan suka show off.
Quote TerataiMelur02 26-11-2020 04:07 PM
I masih boleh tengok lagi hafiz ni tak la sepoyo founder yang sorang lagi tu
Quote ladyzens 26-11-2020 05:49 PM
waaaaa bestnya
Quote mizzy 26-11-2020 06:17 PM
Walaupun I cringe dengan diorang ni, but cannot deny la I suka tengok husband jenis appreciate bini macam ni. Nafkah, makan pakai semua terjaga. Nampak sayang & jaga betul ya. At the end of the day happy wife, happy life gitu
Quote honeystar_11 26-11-2020 07:23 PM
Apsal ada thread khas ek. Patut gabung je dalam thread blogger
Quote Mei_li19 26-11-2020 08:26 PM
TerataiMelur02 replied at 26-11-2020 04:07 PM
I masih boleh tengok lagi hafiz ni tak la sepoyo founder yang sorang lagi tu

Founder yg mana satu uols? Yg dok tayang kete dgn banglo kat sremban tu ke?  
Quote RatuDunia94 26-11-2020 08:49 PM
Geli tgok netizen yg komen2.. "Happy tengok korang bahagia"... dh lah x kenal..
Quote missyL 26-11-2020 08:52 PM
RatuDunia94 replied at 26-11-2020 08:49 PM
Geli tgok netizen yg komen2.. "Happy tengok korang bahagia"... dh lah x kenal..

Hahahaha.
Quote Rara77 26-11-2020 09:06 PM
Geli
Quote SyaJoyah 26-11-2020 09:32 PM
Next.. bosan
Quote black_handbag 27-11-2020 09:20 AM
geli tgk hafiz tu mcm gile perhatian. semua benda nak cerita kebaikan dia, itu lah inila. eii
Quote EvieWanKenobi 27-11-2020 10:32 AM
soooo nak kena kagum ka?

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 06:46 AM GMT+8 , Processed in 0.118145 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top