Dilihat tidak sensitif seperti menghina dan menuduhnya akan menjual hadiah pemberian Datuk Siti Nurhaliza ke kedai pajak gadai, penyanyi Aishah zahir rasa berang. Katanya, komen yang ditinggalkan netizen itu agak melampau dan menjatuhkan reputasi dan maruahnya. Tidak kurang juga, individu tidak bertanggungjawab itu dilihat tidak ketinggalan menggelarkannya sebagai ‘artis sendu’. Tidak berdiam diri, Aisyah dilihat tampil mendedahkan wajah individu tersebut di akaun Instagram miliknya. Ujar Aishah, patutkan individu terbabit diseret ke mahkamah supaya ia boleh memberi pengajaran kepadanya? Terdahulu, Aishah sebelum ini mendedangkan lagu nyanyian Siti iaitu Aku Bidadari Syurgamu di pentas Separuh Akhir Muzik Muzik ke-35. Biarpun nyanyiannya dipuji netizen, namun juga yang menyifatkan persembahan tersebut kurang menyerlah. Sumber: BeautifulNara |
Zielathefatlady replied at 26-11-2020 01:29 PM
masalahnya,, byk sgt masa dia monitor comment
Zielathefatlady replied at 26-11-2020 01:29 PM
masalahnya,, byk sgt masa dia monitor comment
sokmogitu replied at 26-11-2020 01:49 PM
Memang sejak dulu dia rajin reply komen followers. Kebanyakan artis2 lama mmg camtu
Minami2013 replied at 26-11-2020 01:53 PM
Diva AA cakap 'deleted' je komen sebegitu.. kalau berani nk buka akaun sosial media, kena bersikap t ...
alesandra replied at 26-11-2020 06:06 AM
ewahhh...of all people x patut terima nasihat dari diva AA lah.dia lagi 10 x ganda mengarut.sikit2 ...
ADVERTISEMENT