|
Pelakon dan pengarah, Ellie Suriaty Omar tampil bersuara berikutan kesal atas kecaman netizen yang salah faham pandangannya mengenai filem Mael Totey The Movie.
Sebelum ini, menerusi laporan sebuah portal hiburan, Ellie memberitahu kejayaan filem Mael Totey The Movie meraih kutipan lebih RM5 juta tidak boleh dijadikan penanda aras untuk sesebuah karya kreatif. Bagaimanapun, pengarah filem Penanggal itu hanya melontarkan pandangan, bukan mengutuk. Ellie berkata, dia sedih menerima kecaman teruk hingga mengaitkan keluarganya. "Saya mengucapkan memuji kejayaan filem Mael Totey The Movie dari segi kutipan mencecah RM5 juta dalam tempoh 12 hari tayangan menerusi Astro First.
"Saya akui, filem ini memiliki formula hingga berjaya, selain mempunyai kelompok pengikut. "Bahagian mana yang saya kecam, kutuk dan kritik pengarah Mael Totey The Movie? Kenapa maki hamun, mencarut, sumpah seranah bagai langit nak runtuh kerana pendapat saya berkenaan filem ini? Nak kena saman baru puas hati ke?," katanya kepada BH Online. Tegas Ellie, hanya kerana pendapatnya tidak selaras dengan peminat tegar filem arahan Syazmi Sazli itu, tidak adil dirinya dikecam seperti sampah.
|
buapakperut replied at 26-11-2020 02:12 PM
sejak kecik iols terpana tgk lakinya yg helok
buapakperut: sejak kecik iols terpana tgk lakinya yg helok
RatuDunia94 replied at 26-11-2020 05:55 PM
Laki sheols dulu memuda mmg helok.. tp skrg.. hmmmm bazir air pepet je kalau nakn
usap2

LadyCarefree replied at 26-11-2020 04:22 PM
Terpaksa iols scroll atas balik. Tp. Xjugak jumpa sesiapa yg herlok

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
17-2-2026 11:50 PM GMT+8 , Processed in 0.057024 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.