Pelakon dan penyampai radio, Shuib Sepahtu mendedahkan dia terpaksa menutup perniagaan kopi yang diusahakannya ekoran tidak dapat bertahan lama di pasaran. Menurut Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 36, dia terpaksa menerima kenyataan dan reda dengan keputusannya tersebut memandangkan produknya hanya terjual kurang daripada 3,000 unit selain tidak mendapat permintaan. “Setelah macam-macam yang saya buat. Semuanya buat sendiri, buat tanpa pengetahuan (ilmu), buat pakai hentam sahaja, Kopi Shuib yang mulanya ada stokis, ejen semuanya hilang dan senyap macam begitu sahaja. “Walaupun pada dasarnya Kopi Shuib ini sangat berkualiti, tetapi saya kena terima kenyataan tanpa pasukan yang bagus, pemasaran yang bagus, platform yang bagus, sesuatu produk mungkin tak akan boleh bertahan lama dalam pasaran. “Kopi yang saya pesan pada peringkat awal 10,000 kotak hanya terjual 2,000 hingga 3,000 kotak sahaja. Itu pun ada yang pulangkan balik,” tulisnya dalam Instagram. Tambah suami kepada penyanyi Siti Sarah, dia dan isteri tidak mampu berbuat apa-apa sehingga terpaksa memanggil lori datang untuk membuang kopi tersebut ke tempat pelupusan sampah apabila tarikh luput hampir tiba. Dedahnya lagi, dia mula mengusahakan perniagaan kopi tersebut beberapa tahun lalu sebelum membuka kedai rangkaian minuman jenama Bubble Bee Malaysia. Sumber – K! ONLINE
|
dudaberhias replied at 27-11-2020 02:20 AM
kopi dia mahal dan target lelaki sahaja untuk kuatkan tenaga lelaki... memang la tak laku...
papp ...
dudaberhias replied at 27-11-2020 02:20 AM
kopi dia mahal dan target lelaki sahaja untuk kuatkan tenaga lelaki... memang la tak laku...
papp ...
Normabaru replied at 27-11-2020 11:10 AM
Kak dude dh mandi lom pagi ni?
Klu blom meh mandi pki towel ni
salimrock replied at 27-11-2020 03:45 PM
wow, tuale ajaib kan ini?
damsel_fiji: at least..dia mengaku la kan bisness dia rugi..xdela cover2 line terpaksa tutup bisness tu walaupun memberangsangkan kerna sebok dgn tuntutan kerjaya ...
ADVERTISEMENT