CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Rasa Macam Gagal Jadi Ibu," - Nabila Huda Sedih, Anak Bagi Surat Suruh Balik Awal

27-11-2020 12:17 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8668| Komen: 28

Kehidupan anak seni ini kerjanya tidak kira masa. Ada ketika terpaksa pulang lewat malam untuk menghabiskan babak lakonan. Kalau sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), penggambaran berlangsung hingga ke awal pagi.


Kalau penggambaran dilangsungkan di luar kawasan, terpaksa pula berjauhan dengan keluarga. Mungkin itu yang dirasakan oleh pelakon dan pengacara Nabila Huda apabila membaca nota-nota yang dianggap seperti surat daripada anak perempuannya, Kesha Laila.

Nabila atau lebih mesra dipanggil Abil memuat naik satu entri di Instagram miliknya berkongsi surat daripada anaknya yang tercinta.

Foto: IG

"A letter from my gorgeous daughter.. Neighbours maksud dia, my room kan next to her! So every night dia akan dengar neighbour dia ni gelak kuat-kuat before sleep!


"Actually bila abil baca surat ni, abil automatically jadi sedih sebab you know my job is not easy sebab MASA dalam hidup abil bersama family is never enough," tulis Abil.


Tambahnya lagi, dia banyak berkorban pelbagai perkara demi kerjayanya termasuklah waktu bersama keluarga.

"Abil berkorban banyak benda demi kerjaya abil. And I am blessed to have her in my life sebab dia very supportive and sentiasa memahami yang mummy dia selalu tak cukup masa untuk buat benda lain dalam hidup.

"Kadang-kadang abil rasa abil failed as a mother sebab I’m always away. Always on set, less sleep, less time. That’s the hardest part being me. I really love you so much babykash," tulis Abil lagi.



Kesha adalah cahaya mata hasil daripada perkahwinan Nabila yang pertama. Perkahwinannya yang kedua bersama Mohd Izwan Johar belum dianugerahkan dengan cahaya mata, malah Nabila pernah keguguran sebanyak dua kali. -CARI

Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote irish_ieka 27-11-2020 12:33 PM
gagal jd ibu je ko pikir? ko tk pikir ko gagal sbg muslimah? mende la ko pakai seluar ketat colour skin . try hard sgt
Quote tipah89 27-11-2020 12:35 PM
Jadi? apa gosipnya kat sini penat aku cari
Quote lifeline 27-11-2020 12:37 PM
irish_ieka replied at 27-11-2020 12:33 PM
gagal jd ibu je ko pikir? ko tk pikir ko gagal sbg muslimah? mende la ko pakai seluar ketat colour s ...

betul2 terkejut aku tgk dia pakai seluar tu
tau dia ni seksi tp tergamak eh post gitu kt ig
dah la skin colour pastu ketat dgn time tu bontot tala ke camera
ya Rabbiiiiiii

laki dia xtego keeeee sebijiiii nmpk bontot dia tu
Quote missyL 27-11-2020 12:37 PM
So personal.   Knp nk share all this personal things.. Huhu..
Quote AKAZ85 27-11-2020 01:25 PM
lifeline replied at 27-11-2020 12:37 PM
betul2 terkejut aku tgk dia pakai seluar tu
tau dia ni seksi tp tergamak eh post gitu kt ig
dah  ...

Post yg mana? Kakyung xperasan pulak dia pakai seluar skin colour tu
Quote Orix 27-11-2020 01:29 PM
iols suka abil punya personaliti
Quote lifeline 27-11-2020 01:37 PM
AKAZ85 replied at 27-11-2020 01:25 PM
Post yg mana? Kakyung xperasan pulak dia pakai seluar skin colour tu

ig post tp xpasti still ada atau dia dh delete
Quote mamajawie 27-11-2020 01:40 PM
lifeline replied at 27-11-2020 12:37 PM
betul2 terkejut aku tgk dia pakai seluar tu
tau dia ni seksi tp tergamak eh post gitu kt ig
dah  ...

tak terkejut pun sbab dia ni memang ada sifat rebel dari kecik..mgkin sbab apak jnis kwen cerai kawen cerai je kojernyehh tu pasal perkembangan anak jadi negatif..mungkin hokeyhh

Quote kiah_mai_pulak 27-11-2020 01:46 PM
oooooo dh gitu hacik2 nk kena menggelabah tetkssss ke tak ni?
Quote merrissa 27-11-2020 02:06 PM
nyampah aku spesis mcm ni....dah tahu balik lambat lewat malam org dah tido...jgn la gelak kuat2...org nak tidur...hormat sikit
Quote lattehazelnut 27-11-2020 02:08 PM
Tp mmg betul pun mak2 bila kerjaya tgh top.. bila part spend time dgn anak terkesan mmg emo la.. serba salah.. bapak pulak asal bg duit belanja n ade time anak nikah da cukup dah..
Quote Suchi 27-11-2020 02:13 PM
Dah tu stopla berlakon semua jadi tipikal surirumah je.

Biar suami aja mencari nafkah.

Kalau nak teruskan juga kerjaya kamu jangan penah rasa menyesal bagai.


Quote Tinot7 27-11-2020 02:14 PM
anak hang tegur hang gelak kuat sangat.

nak gelabah bubis ke camni?
Quote TomyamPuteh 27-11-2020 02:15 PM
Ank dia ada unsur biadap dan x hormat org yg lbh tua. Jgn tnya aku knapa. Aku tertengok dgn mata aku sndiri
Quote Redmyvi 27-11-2020 02:17 PM
Orix replied at 27-11-2020 01:29 PM
iols suka abil punya personaliti

Agreed ! dia punya personaliti sgt menyenangkan..

Quote Didi_dido 27-11-2020 02:53 PM
Anak dia too loud. Rebel mcm mak dia jugak ke?
Quote husna_amal 27-11-2020 03:28 PM
Pandai juga anak dia luahkan dengan cara ni apa yang terpendam kat hati.
Quote Nenasketum 27-11-2020 03:28 PM
Laki baru kaya kan? Dedulu dia berlakon macam bagus, sekarang macam hampeh. Pastu aku nengok dia jadi face for Panda food, turned off ok, sanggup aku menapak pi kedai belakang rumah. Anyways, mak ngan anak aku tak minat,
Quote makcun14 27-11-2020 04:33 PM
I ols pulak kagum tulisan anak dia cantik dan kemas sedap mata memandang. Boleh la tampal surat ni dekat fridge.

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 02:57 AM GMT+8 , Processed in 0.065919 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top