CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Sedar Diri, Tak Mungkin Aniq Mahukan Saya" - Cik B

27-11-2020 02:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 14595| Komen: 84

"Tak mungkin Aniq mahukan saya, mesti dia pilih teman wanita yang cantik," demikian pengakuan jujur anak jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida iaitu Cik B berhubung gosip yang mendakwanya menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon baharu, Aniq Suhair.



Kredit foto: IG Cik B

Aniq, 20, dan Cik B, 15, mencuri tumpuan bergandingan sebagai pasangan kekasih dalam drama bersiri, Lelaki Lingkungan Cinta terbitan Zeel Production hingga menimbulkan andaian menjalin hubungan cinta.

Cik B berkata, dia sedar diri dan berpijak kepada bumi nyata pada saat dikaitkan dengan finalis Hero Remaja 2020 itu.

"Hakikatnya, tiada apa-apa yang berlaku antara kami. Saya menganggap Aniq lebih kepada rakan kerja dalam arena seni. Lagipun, kami baru bertatih dalam dunia lakonan.

"Secara kebetulan, kami menjadi pasangan kekasih dalam drama arahan Emi Suffian itu. Jadi, tak salah kami saling mengusik dalam media sosial. Hubungan tak lebih daripada seorang kawan.





"Bagaimanapun, ada yang menganggap kami menjalin hubungan serius," katanya kepada BH Online.

Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin berkata, dia juga mendapat kecaman apabila gosip berkenaan bertebaran.

"Jujurnya, saya sudah terbiasa berdepan dengan kecaman sejak dahulu lagi. Sebelum ini, fizikal dan warna kulit saya pernah dipersendakan. Inikan pula digosip dengan pelakon berwajah jambu seperti Aniq.

"Netizen mengecam saya 'feeling' dan tergedik-gedik mahukan lelaki kacak. Malah, ada yang hina saya tak layak menerima cinta atau bercinta dengan lelaki tampan.

"Saya sedar diri ini, saya bukannya datang dengan pakej cantik. Saya tak pernah fikir soal perasaan, selama ini. Saya pernah merasakan tak perlu lelaki dalam hidup. Mama pun sudah membuktikan boleh hidup selepas dikecewakan lelaki," katanya.

Bagaimanapun, Cik B berkata, dia masih sedar fitrah hidup memerlukan pasangan, cuma terlalu muda untuk bercinta.


3

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
3

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • DayangKirana


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bluebutter 27-11-2020 02:01 PM
Aduhhh.


Marketing demi Marketing.
Quote seth.lin14 27-11-2020 02:02 PM
Good job cik b! Matang sgt komen uolss. Suka tgk cik b ni relax2 je
Quote Redmyvi 27-11-2020 02:11 PM
Cik B ni yg aku tgk perangai dia matured la jugak walaupn bru 15 thn...
Well behave jugakla utk anak orka..
Quote Tinot7 27-11-2020 02:11 PM
takpe cik b... exercise, mekap, diet dan telan sumer produk pamoga apo mak hang tu.. lama2 insyaAllah boleh jadik cantik...

Quote lattehazelnut 27-11-2020 02:11 PM
Cik b xyah marketing murahan
Duit dah cukup 7 keturunan
Quote adm7 27-11-2020 02:12 PM
Hahaha ni pun artis ke?
Syarat jadi warga kerja cari memang wajib bingai ke?
Quote krustykrab 27-11-2020 02:13 PM
Tak pe cik b...mak hang berkepuk2 duit...hg pi kuruskn badan manatau blh jd elok
Quote Kancilkering 27-11-2020 02:13 PM
bukan ke. dia ni 16 ....last year  tu x ambil pt3 ke?
Quote LadyCarefree 27-11-2020 02:15 PM
Adoyaiiiiiii
Quote belacan_gurl 27-11-2020 02:18 PM
Aku plak fikir...sbb cik b tak cantik sgt tapi duit byk....org lelaki yg mata duitan akan dtg menghimpit
Quote Suchi 27-11-2020 02:23 PM
Sedih plak part dia tak kisah pasal lelaki tu yelaa dia pun membesar tanpa kasih sayang seorang ayah.
Dia pun tengok mak dia asik dikecewakan je.Susahnya nak mencari lelaki yg benar2 ikhlas mencintai.

Agak2 zaman covid ni masih wujud ke lelaki yg bebetul ikhlas nakkan seorang wanita tu?

Quote diss69 27-11-2020 02:23 PM
Insyaallah, dh besar nnti, repair mana yg patut boleh jadi cntik.. Ada duit seme boleh buat cik b..
Quote imanjannah 27-11-2020 02:23 PM
jodoh ajal semua Allah tentukan, chill cik B, baru 15 tahun, jiwa remaja
Quote September14 27-11-2020 02:26 PM
Tapi dia kayooo okla tu
Quote missus_meow 27-11-2020 02:31 PM
baru umo 15 tahun ... wait a few years ...
Quote YomiuriLandMae 27-11-2020 02:32 PM
macam2 la diknon..
Quote mamajawie 27-11-2020 02:36 PM
dijemput @Kurex memberikan sepatah dua carutan sebab hari2 ada benang cik bab ni
Quote tootii 27-11-2020 02:41 PM
bagus jawapan Cik B

rengsa sgt ngan netizen yg kutuk2 dia .. kadang2 melampau sgt .. aku rasa dia pun sedar diri ..

yg netizen kutuk2 dia tu cantik sgt ker ? hensem sgt ker ?

kurang2 Cik B tu byk duitnya walaupun duit mak dia .. korang yg kutuk2 dia tu ? tido atas duit jugak ker ? ishhh !!
Quote husna_amal 27-11-2020 02:43 PM
Tak payah feeling2 sangat. Media pun satu suka create bende tak patut macam ni.

Lihat semua komen(84)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 06:54 AM GMT+8 , Processed in 0.038325 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top