Jika kucing lain membawa serangga atau burung pulang ke rumah, hal berbeza pula dilakukan oleh kucing nakal bernama Kee Kee ini. Dalam diam, rupa-rupanya dia membawa pulang barangan jiran tuannya seperti stoking, seluar, kasut termasuk lah bikini berjenama mahal. Pemilik kucing tersebut, Georgia Careless mengakui malu dengan kejadian itu disebabkan sebelum ini Kee Kee cuma membawa pulang bola atau bulu tangkis pulang ke rumah.
Wanita itu yang tidak tahu empunya barangan tersebut telah meletakkan satu senarai di laman media Facebook bagi mencari pemiliknya, lapor Daily Star. "Kami memanggilnya naughty torty. Dia keluar rumah dari pintu atau tingkap yang terbuka, kemudiannya pulang mengigit barangan tersebut dan memberikannya kepada kami." Malahan Georgia juga menjelaskan ada satu ketika, kucingnya membawa pulang lapan pasang stoking dalam satu masa. "Bayangkan Kee Kee pernah bawa pulang sayur-sayuran dan saya percaya ia milik kura-kura jiran. Sampai hati curi makanan haiwan lain." Macam-macam kerenah haiwan peliharaan ya. Kucing anda macam mana pula? - CARI
|
husie91 replied at 28-11-2020 07:39 PM
Tak sangka plak kucing kg mcm ni ada kt negara omputih.. dulu pernah ada sekor mcm ni.. mmg bercapuk ...
husie91: Tak sangka plak kucing kg mcm ni ada kt negara omputih.. dulu pernah ada sekor mcm ni.. mmg bercapuk warna bulu sampai bg nama hantu haha tp setiap ka ...
ADVERTISEMENT