Beberapa jenama fesyen mewah antarabangsa mungkin gulung tikar dan mengakibatkan 15,000 individu hilang pekerjaan jika pandemik Covid-19 ini masih belum menemui penawarnya. Jenama Topshop, Dorothy Perkin dan Burton berhadapan masalah besar apabila penjualan barangan mereka menurun akibat pandemik ini seperti dilaporkan Daily Star. Ketiga-tiga jenama tersebut di bawah The Arcadia Group menjelaskan yang risiko itu terpaksa dihadapi jika situasi begini masih berterusan.
Sementara itu, The Booho Group dilaporkan akan mengambil alih Topshop bersama Topman. Awal tahun ini, mereka telah menamatkan khidmat 500 pekerja pentadbiran sebagai langkah pengawalan kos dan mengelakkan daripada bangkrap. Sememangnya, situasi getir ini dirasai oleh semua golongan di seluruh dunia. Sama-samalah kita mengharapkan agar penawar virus ini mampu mengatasi ekonomi dunia yang semakin malap. - CARI
|
shernazz replied at 28-11-2020 10:23 AM
Lama tak pi beli baju..
Huhu...hari tu gi ioi..tak bernafsu plak nengok baju..cam tak.best je..haha
TravellingBear replied at 28-11-2020 10:25 AM
abes selama ni berbogel ke apa tak beli baju? atau pakai baju compang camping last baju available ...
epuepy replied at 28-11-2020 02:34 AM
Skrg org ramai wfh. Baju pn baju tidur je sambil buat keje. So, jarang la org nk shopping beli baju ...
Orix replied at 28-11-2020 12:58 PM
Bak kata forumer @aHoi83 pakar dlm perniagaan, dah bertahun2 meniaga pun bru setahun covid dh x bole ...
Tinot7 replied at 28-11-2020 10:13 AM
Alamak... iols suka dorothy perkins...
ADVERTISEMENT