CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Leka' Kuti Sampah, Lelaki Sesat Dalam Saluran Pembetungan

28-11-2020 11:27 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2694| Komen: 11

Seorang pekerja penyelenggaraan sampah di Kunming, China berdepan detik cemas selepas terperangkap di saluran pembetungan selama tiga hari.

Bagaimanapun, dia bernasib baik selepas diselamatkan apabila seorang pemandu melihat jari lelaki itu di celah lubang penutup lurang.



Kredit foto: Tek Deeps

Media tempatan melaporkan, lelaki itu berjalan untuk mengumpulkan sampah dan difahamkan tersesat dalam saluran pembetungan sejak 18 November lalu.

Tiga hari kemudian, dia diselamatkan selepas seorang pemandu mendengar jeritan meminta tolong dan melihat ada jari di celah penutup lurang.

"Dia seperti berusaha memberikan isyarat kecemasan," katanya dalam insiden di Kunming, Yunan, di barat daya China itu.

Bomba terpaksa menggunakan rod besi dan mengetuk dengan tukul untuk menghancurkan simen yang menutup saluran pembetungan itu.


Mereka kemudian mengangkat lelaki itu dan menghantarnya ke hospital untuk rawatan susulan.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 28-11-2020 11:30 AM
Kuti ni rasanya bapa kepada seorang ahli parlimen Langkawi
Quote orgsepang 28-11-2020 11:32 AM
Untunglah tidak hujan kalau tidak pasti pembentung tu dipenuhi air, entah berapa lama dia menjerit minta bantuan tu.
Quote Tinot7 28-11-2020 11:42 AM
Dia tak makan selama 3 hari???

Seorang pekerja penyelenggaraan sampah di Kunming, China berdepan detik cemas selepas terperangkap di saluran pembetungan selama tiga hari.
Quote Artemesiaa 28-11-2020 11:47 AM
Nasib ada yang nampak jarinya tu kalau tak tah berapa lama lagi dia akan terkurung disitu
Quote ashilalat 28-11-2020 12:00 PM
Mamak kuti? Kuturunan atok 95
Quote Kurex 28-11-2020 07:48 PM
Kuti rasa kuti lapar.. kuti nak makan la
Quote nazarudin 29-11-2020 10:18 AM
macam macam ada
Quote kancilmerah 30-11-2020 06:10 AM
apa la mak pak dia pikir namakan dia Kuti Sampah
Quote Buritan 30-11-2020 06:25 AM
kakikuDibibirmu replied at 28-11-2020 11:30 AM
Kuti ni rasanya bapa kepada seorang ahli parlimen Langkawi

Ape perasaan cucu cicit bila hang tulis lagu ni.. tp mmg truly aku gelak bila baca..anak yg jahat apak yg kuti yg kena
Quote husna_amal 30-11-2020 11:12 AM
3 hari terperangkap, kira lama juga tu.
Quote farhani87 26-12-2020 06:25 PM
Mcm ni pun boleh jadi.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 12:44 AM GMT+8 , Processed in 0.031738 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top