CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Seksaan Batin, Terpaksa Tipu Konon Berzina Dengan Lelaki Lain Agar Diceraikan

28-11-2020 11:44 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 10382| Komen: 52

AIDA terpaksa menipu mengaku berzina dengan lelaki lain agar diceraikan.



PERKAHWINAN dengan Zamarul (bukan nama sebenar) bukanlah perkahwinan pertama buat Aida (bukan nama sebenar), 45. Wanita itu mengenal erti kehidupan berumah tangga sejak berumur 16 tahun lagi, malah dia sudah menimang dua cahaya mata seawal pada usia 18 tahun.

Genap usianya 36 tahun, Aida sudah berkahwin kali ketiga selepas dia bercerai dengan suami pertama dan suami pula kedua meninggal dunia. Bagi perkahwinan ketiga, Aida memilih seorang warga emas iaitu Zamarul, 68, selepas dia diperkenalkan dengan kakak lelaki itu.

Pada awalnya, dia tidak yakin untuk mendirikan rumah tangga dengan Zamarul, namun selepas dipujuk, pintu hati Aida terbuka untuk mencintai lelaki warga emas itu.

Sebulan selepas perkahwinan Aida dan Zamarul, wanita yang berasal dari negeri Pantai Timur itu mula hairan apabila suami langsung tidak menunjukkan minat untuk mendekatinya.

“Saya agak curiga apabila suami tidak langsung menyentuh saya seperti pasangan yang sudah berkahwin. Apabila ditanya, Zamarul tidak mahu menjawab dan sering mencari alasan dengan menukar topik lain.

“Selepas mengambil masa kira-kira tiga bulan untuk memujuk, Zamarul akhirnya mengaku bahawa dia sudah mati pucuk dan tidak mampu menunaikan nafkah batin kepada saya,” katanya ketika ditemui K2 baru-baru ini.

Menurut Aida, dia amat tersentak dengan pengakuan suaminya itu malah berasa diri tertipu apabila Zamarul tidak pernah langsung membuka mulut memaklumkan kepadanya mengenai perkara tersebut sebelum atau selepas mereka berkahwin.

Dari segi yang lain, kata Aida, Zamarul merupakan seorang suami yang baik apabila dia tidak pernah lokek harta dan wang kepada dirinya.

Cerita Aida, sepanjang tujuh tahun perkahwinannya dengan Zamarul, dia boleh diibaratkan seperti jururawat apabila tanggungjawabnya hanya menyediakan ubat, makanan dan tempat tidur kepada suami.

Ujarnya lagi, Zamarul merupakan seorang hartawan yang memiliki banyak tanah, rumah yang disewakan dan harta peninggalan keluarganya.

“Disebabkan itu, Zamarul tidak pernah kedekut dengan saya. Apa yang saya minta, semua akan dapat. Dia juga memberikan tanah dan sebuah rumah kepada saya.

“Zamarul juga baik budi pekerti dan tahu menjaga hati saya. Dia juga mempunyai ilmu agama yang tinggi. Banyak ilmu agama yang saya pelajari daripadanya terutama dari aspek pembacaan al-Quran,” katanya.

Menurut Aida, meskipun Zamarul memanjakan dengan harta, dia mengakui bahawa itu tidak cukup sebagai seorang isteri.

Katanya, ketika usia perkahwinan menjengah empat tahun, dia pernah meminta untuk bercerai, namun ditolak oleh Zamarul kerana lelaki itu amat menyayanginya.

Pengakuan palsu

Ujar Aida, sebagai seorang isteri, dia merasa amat tertekan apabila tidak diberikan hak nafkah batin terhadapnya sehingga dia terpaksa meminta cerai daripada Zamarul.

“Tidak boleh dinafikan, saya amat tertekan.

“Saya pernah berkahwin dua kali sebelum ini dan suami sebelumnya mampu memberi nafkah batin, namun sebaliknya ketika bersama Zamarul.

“Sudahlah saya tidak bekerja dan hanya menjalankan tanggungjawab sebagai suri rumah, hak nafkah batin yang sepatutnya diberikan oleh suami telah dinafikan atas faktor dirinya yang sudah mati pucuk,” katanya yang pernah melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan di Jepun suatu ketika dahulu.

Cerita Aida, dia pernah membawa Zamarul untuk berubat di hospital serta secara tradisional, namun penyakit mati pucuk yang dialami suaminya itu tidak boleh dirawat.

Katanya, keadaan itu menyebabkan dia bertambah tertekan sehingga nekad untuk bercerai dengan Zamarul ketika usia perkahwinan mereka tujuh tahun.

“Saya terpaksa menipu Zamarul bahawa telah berzina dengan lelaki lain semata-mata untuk dia lepaskan saya. Zamarul pada awalnya tidak percaya, namun selepas didesak oleh anak-anaknya, dia akur dan menceraikan saya.

“Terus terang, saya langsung tidak menyesal dengan perbuatan itu. Saya telah berfikir panjang sebelum membuat pengakuan palsu itu kepada Zamarul. Saya berusia 45 tahun ketika itu, malah mempunyai naluri dan keinginan sebagai seorang isteri,” katanya.

SETIAP suami dan isteri mempunyai hak masing-masing yang perlu ditunaikan.– ZULHANIFA SIDEK


Susulan perceraian itu, Aida diceraikan tanpa sebarang edah apabila dia langsung tidak disentuh Zamarul sepanjang tujuh tahun perkahwinan.

Cerita Aida, sewaktu prosedur perceraian, Hakim di mahkamah syariah telah memutuskan bahawa kes cerai tanpa edah yang dihadapi oleh dirinya jarang berlaku apabila dia mampu bertahan dalam tempoh yang begitu lama.

“Hakim terkejut apabila saya mampu bertahan sehingga tujuh tahun. Hakim juga memaklumkan, kebiasaannya wanita yang baru berkahwin hanya akan bertahan selama beberapa bulan sahaja sekiranya suaminya mati pucuk,” katanya.

Selepas mereka bercerai, anak-anak Zamarul telah membuka fail di Mahkamah Syariah untuk menuntut kembali tanah dan rumah yang dihadiahkan oleh bapanya kepada Aida.

Bagaimanapun, Aida menang dalam perbicaraan itu apabila anak-anak Zamarul gagal mengemukakan bukti kukuh sewaktu prosedur mahkamah yang mengatakan dia curang sekali gus mereka tiada hak untuk mendapatkan kembali tanah dan rumah itu.

Menurut Aida, dia kini bahagia dengan perkahwinan keempatnya bersama Shamsul, 69 (bukan nama sebenar) yang dikenalinya di Raub, Pahang.

Katanya, meskipun menjadi isteri kedua kepada Shamsul, lelaki yang juga bekas seorang bilal itu mampu memberikan nafkah yang diperlukannya sepanjang dua tahun perkahwinan mereka.

“Biarlah saya hina di mata anak-anak Zamarul apabila mereka percaya saya curang. Mereka tidak tahu penderitaan saya selama tujuh tahun berkahwin tanpa diberikan nafkah batin. Ia amat menyeksakan.

“Bagaimanapun, saya tahu Zamarul merupakan seorang suami yang baik. Saya tahu hati budinya. Sedikit pun dia tidak pernah mengajar saya perkara yang tidak baik sepanjang kami berkahwin,” katanya.

Zamarul bagaimanapun telah meninggal dunia dua tahun lalu selepas diserang penyakit jantung dan darah tinggi.

Nota: Artikel ini ditulis bukan untuk mengaibkan mana-mana pihak, sebaliknya hanya untuk tujuan iktibar dan pengajaran semata-mata.

Bagus

Marah

Terkejut
2

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chenta_dewi 28-11-2020 11:57 PM
Tu la kan... ada yg xtinggalkan laki walau laki pucuk..

Ada yang tak tinggalkan isteri walau isteri dah menapos, sentuh je karan..

Tp ni sbb tak jujur dr awal..mgkin harap peneman je..

Dan ada jgk yg menjand tak belaki aman je hidup walau masih on..
Ahax
Quote krustykrab 29-11-2020 12:15 AM
Sanggup dia jd bini ke2 ...
Kalau dia tunggu sikit je lg, dah tentu2 jd balu kaya...blh melaram ke sana sini dgn rete arwah suami..
Quote mamajawie 29-11-2020 12:28 AM
Iolllss syak akak ni kuat ngeseks{:nose
Quote wnwa05 29-11-2020 12:32 AM
betul ke perempuan tak boleh hidup tanpa seks. habis tu yang menjada bertahun2 tu tertekan juga ke... ingatkan laki je tak boleh sangap lama2
Quote Ivysaur 29-11-2020 12:38 AM
Kalau aku tunggu je. Laki baik hati kot...hihihi
Quote rogayahtop 29-11-2020 04:31 AM
huntongla dapat ghete bekas laki.
Quote anilanil 29-11-2020 06:03 AM
Acik ni sia2 study engineering kat japan kalo vibrator pon taktau nak beli.
Quote anilanil 29-11-2020 06:08 AM
Acik ni sia2 study engineering kat japan kalo vibrator pon taktau nak beli. Tapi bahagian awal artikel ckp kahwin umo 16, 18 dah ada anak. Kahwin pulak sampai 3 kali. Hasanah betol la ko acik.
Quote Themilo 29-11-2020 07:49 AM
jarang pompuan yang mati laki akan kahwin lain, unless kalau betul-betul muda & bergetah.. kuat nafsu acik ni..
Quote doubleA 29-11-2020 08:50 AM
Hassanah berangan mana ni? Kawen umo 16, dapat 2 anak umo 18, bila masa g study engineering kt jepun yg koman2 4 tahun + 1 tahun preparation kt malaysia? Kawen pulak 4 kali? Choy
Quote Tinot7 29-11-2020 09:12 AM
Penulis ni verangan nak pompan yg kuat seks ka?
Quote MissLana 29-11-2020 09:28 AM
doubleA replied at 29-11-2020 08:50 AM
Hassanah berangan mana ni? Kawen umo 16, dapat 2 anak umo 18, bila masa g study engineering kt jepun ...

betul iols pun tak paham statement yg tu. adoii ntah2 bkn acik yg study engineering dkt jepun tp zamarul hahahaha
Quote lwyl 29-11-2020 11:55 AM
Kalau yang umur 69 pun mati pucuk macam mana? Kahwin lagi?
Quote matchstick 29-11-2020 11:59 AM
Acik tudung pink tu ke si Aida tu..sekali pandang nmpk mcm acik yg dh menopos. Tak sangka nafsu masih membuak. Dan kesah study kt jepun tu mmg tak logik
Quote fealefea 29-11-2020 12:38 PM
Ajet hot acik ni ya.Yang penting asal berlaki. Bertahan pon sbb laki tu bg harta. Asal kawin jah.
Quote Itzy 29-11-2020 02:24 PM
Inilah manusia tak tahu bersyukur. Duit dengan seks, seks boleh bagi kau hidup ke dik oiii hahahahahah. Dh dapat suami baik tak lokek kau sanggup pilih nafkah batin. Betul la org kata perempuan sekarang banyal bodoh.
Quote Itzy 29-11-2020 02:25 PM
Themilo: jarang pompuan yang mati laki akan kahwin lain, unless kalau betul-betul muda & bergetah.. kuat nafsu acik ni..

Ko tak baca ke, dia baru 30 an. Jenis takde duit ni lepas dah senang mewah dengan duit, nafsu dia nak benda tu la hahhahaha
Quote Itzy 29-11-2020 02:26 PM
wnwa05: betul ke perempuan tak boleh hidup tanpa seks. habis tu yang menjada bertahun2 tu tertekan juga ke... ingatkan laki je tak boleh sangap lama2

Tak semua  tapi dunia akhir zaman ni semua boleh jadi. Anak bunuh bapa, bini kahwin 2-3suami serentak bla bla bla bla
Quote Itzy 29-11-2020 02:29 PM
wnwa05: betul ke perempuan tak boleh hidup tanpa seks. habis tu yang menjada bertahun2 tu tertekan juga ke... ingatkan laki je tak boleh sangap lama2



Bukan tak lrh hidup tanpa seks, tapi setiap makhluk ada nafsu kecuali ko malaikat. Para nabi pun oahwin, takkan la perempuan takde nafsu shahwat. Kelakar la ko ni.

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 01:07 PM GMT+8 , Processed in 0.055579 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top