Pendakwah bebas, PU Abu Sufyan Mokhtar memohon agar content creator termasuk ustaz selebriti berhenti mengulas mengenai kontroversi yang dipercayai membabitkan rakannya, Da'i Syed.
Tegas PU Abu, tindakan bercerita atau memberikan komen berhubung situasi yang sedang hangat diperkatakan itu disifatkan akan menambah minyak dalam api. "Apapun niat anda, niat tak halalkan cara. Hakikatnya anda telah menambahkan minyak pada api yang marak. "Aku juga pernah ada kisah yang dikaitkan dengan dia. Cuma sekarang bukanlah waktunya untuk reveal sebab tindakan pun dah berjalan."Dia sedang diuji, mungkin sampai waktu kita pula," jelasnya. Seru PU Abu agar melihat perspektif kebajikan yang dilakukan rakannya itu secara meluas dan tidak memperkatakan mengenai perkara negatif semata-mata. "Kita ni yang tak tahu macam mana yang cari fame dengan ulas pasal orang. Bagi aku simple, kau tak diuji kau boleh sembang dekat media sosial. Tuhan buka aib kau, terciduk juga!" tambahnya. Mengimbas kembali situasi mengaitkan namanya tahun lalu, kata PU Abu, dia belajar daripada kesilapannya. "Demi Allah aku tak pernah mempertahankan apa yang telah aku buat setahun lepas. Malah, aku menganggap kalau tak diuji dengan viral mungkin aku tak ambil pengajaran. "Bila mengenangkan semula waktu viral, jangan kata ulas, perli, hina semua aku terima dari influencer, public figure, ustaz selebriti dan netizen. "Sekarang aku faham semua manusia ada aib cuma Allah simpan aib kita," ujar PU Abu lagi. PU Abu bertindak mengulas mengenai situasi terbabit apabila netizen mula membuat pelbagai andaian termasuk melabelkan segelintir pendakwah sebagai penunggang agama. Sumber: Gempak
|
UnaHusna86 replied at 29-11-2020 11:23 AM
Takyah nak acah bagus la abu sampah oiiii. Meluat aku tengok muka tak tau malu ko tu
sunshinelady replied at 29-11-2020 12:28 PM
kehkehkehkeh
haaa amik kena sampah skali
ADVERTISEMENT