CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"16 Tahun Dalam Industri, Baru Sekali Rasa Duit Royalti" - Farahdhiya

29-11-2020 11:44 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10416| Komen: 45

Penyanyi Farahdhiya memberitahu bahawa dirinya tidak menerima wang kutipan royalti yang sepatutnya sebagai seorang artis sepanjang berkecimpung dalam industri muzik.

Bahkan, Farahdhiya atau nama sebenarnya, Farahdhiya Mohd Amin, 36, mendedahkan sepanjang tempoh hampir dua dekad, dia hanya menerima sekali sahaja bayaran royalti.



Kredit foto: IG Farahdhiya 

"Alhamdulillah. Sejujurnya saya yang baru 16 tahun dalam industri hiburan ni baru sekali sahaja dapat merasa duit royalti sebagai penyanyi. 

"Ya, sekali sahaja dalam 16 tahun. Sila kembalikan hak kami semua kepada yang berkenaan," katanya menerusi satu hantaran di Instagram.

Farahdhiya berkata demikian sebagai respons kepada isu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menjalankan siasatan ke atas badan pengurusan royalti artis baru-baru ini.


Lebih mengecewakan apabila usahanya sebelum ini untuk mendapatkan penjelasan mengenai bayaran royalti miliknya juga menemui jalan buntu.

Hal ini kerana, dakwanya, pihak berkenaan seolah-olah tidak memberikan respons apabila cuba dihubungi.

"Ada juga saya mesej bertanya kepada individu yang bekerja bersama dalam satu syarikat yang menguruskan hal royalti artis, tetapi tidak berjawab.

"Bila nak panggil mesyuarat untuk dapat sokongan atau isi borang pandai pula cari kita. Semoga ada penyelesaian untuk kami semua, mungkin inilah masanya!" luah pelakon filem Mulut Masin itu.



Terdahulu, SPRM menyerbu empat badan pengurusan royalti artis bagi menjalankan siasatan berhubung dana kutipan royalti.

Empat badan tersebut ialah Recording Performers Malaysia (RPM), Public Performance Malaysia (PPM), Badan Pengutip Royalti Hak Pelaku dan Persembahan Artis (PRISM) dan Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik (MACP).


Sumber: Gempak


Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 29-11-2020 11:55 AM
Chop.
Mmg mostly retis x dibayar royalti ke?
Selama ni duit pi mana?
Quote Orix 29-11-2020 12:19 PM
What say tokti ???
Quote Supersirap 29-11-2020 12:23 PM
Bagus lah jika sudah mula menyiasat, kasihan kepada mereka yang tidak pernah merasa duit royalti ni,
Quote NEmma 29-11-2020 12:28 PM
Cuba tanya penyanyi nama besar. Nak tau diorang dpt ke x. Mcm M Nasir, Tokti, Ziana
Quote Imkhai 29-11-2020 12:30 PM
Orix replied at 29-11-2020 12:19 PM
What say tokti ???

ye nk tunggu respon tokti jgk,selain diva zz ratu rock ella diaorg ni bnyk royalti dpt rsnya,tp rsnya tokti dpt kot giler ke nk memain dgn tokti,30juta tu bnyk tu awat la babi2 dlm (4badan)tu perangai mcm ni x takut mampus ke?,tok shiela majid ada dlm salah satu ni kn
Quote Imkhai 29-11-2020 12:33 PM
NEmma replied at 29-11-2020 12:28 PM
Cuba tanya penyanyi nama besar. Nak tau diorang dpt ke x. Mcm M Nasir, Tokti, Ziana

tp ada dgr sifu royalti dia paling bnyk dpt dkt mlysia yela kn diakn komposer lagu plus pnynyi jgk
Quote chenta_dewi 29-11-2020 01:05 PM
Imkhai replied at 29-11-2020 12:30 PM
ye nk tunggu respon tokti jgk,selain diva zz ratu rock ella diaorg ni bnyk royalti dpt rsnya,tp rs ...

Tok ti bukan level dia balas membalas statement..takdenye dia nk bagi statement apa2 isu...
Quote Noraniza_Iblis 29-11-2020 01:17 PM
NEmma replied at 29-11-2020 12:28 PM
Cuba tanya penyanyi nama besar. Nak tau diorang dpt ke x. Mcm M Nasir, Tokti, Ziana

tanya kt dorg buat ape?? tokti pun tah2 x heran pun bab2 ni..
patut tnya artis2 80an tu...
ramai je skrg ni hidup merempat..
Quote NEmma 29-11-2020 01:36 PM
Noraniza_Iblis replied at 29-11-2020 01:17 PM
tanya kt dorg buat ape?? tokti pun tah2 x heran pun bab2 ni..
patut tnya artis2 80an tu...
ramai ...

Apo kak iblis ni. Harus la tanya. Kalau diorang dapat, maksudnya pengagihan royalti tu tak adil la. I tak rasa nama2 besar tu tak kisah. M Nasir, Tokti tu antara penerima royalti tertinggi yachh..
Quote MadameOnion 29-11-2020 02:18 PM
Rmai sgt bersuara ni..lama dah merengkam kat nek sheila kot
Quote exclusive_vvip 29-11-2020 02:19 PM
walaupun  I rasa lagu faradhiya ni mcm jarang je org@event pasang ,  tapi iols tetap sokong SPRM campur tangan..kena siasat org2 yg incharge..
Quote Mawar91 29-11-2020 02:26 PM
Edited by Mawar91 at 29-11-2020 02:29 PM

16 thun dlm industri tpi lagu yg pemes satu tu je.. malu pulak klu meols nak mengaku da berbelas tahun nyanyi nti single top satu ajo..tpi mmg kesian la klu  x dpt royalti..ibarat ko kje x dpt gaji
Quote KingJerico 29-11-2020 02:51 PM
Tak popular? 1 je lagu dia ok. Royaliti apa?

Cuba tanya Ella, Amy Search, M Nasir, Awie, Siti Nurhaliza, Ziana Zain? Betul ke mereka tak dibayar?

Kalau Ziana Zain tak dibayar royalti mmg marah aku sebab lagu dia mmg berkumandang setiap waktu di ruang udara Malaysia.
Quote kiah_mai_pulak 29-11-2020 02:56 PM
16 tahun ke dh nyanyi?? apa lagu2 kau selain Bertakhikk di hati tu? selain dari imej seksi?? skndal dgn Normiang? skndnal dgn toktan???
Quote evlinne 29-11-2020 03:14 PM
kiah_mai_pulak replied at 29-11-2020 02:56 PM
16 tahun ke dh nyanyi?? apa lagu2 kau selain Bertakhikk di hati tu? selain dari imej seksi?? skndal  ...

Sheols keje apa skrg kakiah
Xkan biz kerang?
Cantik tapi x kawen2 lagi
Quote Imkhai 29-11-2020 03:25 PM
chenta_dewi replied at 29-11-2020 01:05 PM
Tok ti bukan level dia balas membalas statement..takdenye dia nk bagi statement apa2 isu...

kn baik dia jaga periuk nasi dia je,rsnya tokti ada dpt mungkin dia diantara pnyanyi yg dpt bnyk royalti dlm industri,yg meroyan ni kebnykkn retis2 sendu job kjp2 je ada
Quote rogayahtop 29-11-2020 03:25 PM
kat forum leluhur tu ramai komplen mahal nak bayar lesen komersil kedai. tu la pasal kedai2 zaman skrg ni masuk sunyi sepi je takde lagu pasal ada je sepai duk survey2 retail stores yg tahu2 je dapat surat berdaftar dgn bukti suruh bayar.

padahal tak bayar royalti kat retis pun. sampai 4 tukang kutip kongsi bagi sama rata ke.

akak ingat kalau bukak kedai nak la pasang lagu2 zaman piring hitam tp nak kena bayor lesen ikut kaki persegi takpa la takda bunyi2an pun

Quote Imkhai 29-11-2020 03:27 PM
Noraniza_Iblis replied at 29-11-2020 01:17 PM
tanya kt dorg buat ape?? tokti pun tah2 x heran pun bab2 ni..
patut tnya artis2 80an tu...
ramai ...

80an ada ke lagu2 diaorg keluar lg zmn skrng ni sis?,jika nk dibndingkn retis2 skrng
Quote kiah_mai_pulak 29-11-2020 03:47 PM
evlinne replied at 29-11-2020 03:14 PM
Sheols keje apa skrg kakiah
Xkan biz kerang?
Cantik tapi x kawen2 lagi

tu lahhhh. agak sesuatuu di situ....

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 12:29 AM GMT+8 , Processed in 0.036735 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top