CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Bawa Pokok Pisang Secara Berbahaya Ditahan, Didapati Miliki 18 Saman

30-11-2020 02:21 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3637| Komen: 11


Tangkap layar video yang tular memaparkan seorang lelaki membawa sebatang pokok pisang menggunakan kereta di Jalan Persiaran Utama, Mutiara Rini, Iskandar Puteri semalam.


ISKANDAR PUTERI - Seorang lelaki ditahan kerana membawa sebatang pokok pisang dalam keadaan melintang menggunakan sebuah kereta sehingga membahayakan kenderaan lain di Jalan Persiaran Utama, Mutiara Rini, Skudai di sini semalam.  

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, lelaki berusia 30 tahun itu ditahan pada jam 9.30 pagi tadi selepas hadir ke Balai Polis Trafik Iskandar Puteri.  

"Siasatan mendapati kereta Toyota Vios yang digunakan untuk membawa pokok pisang pada jam 2 petang semalam itu bukan milik lelaki berkenaan. Kereta itu sebenarnya dimiliki bapa saudaranya. 


Katanya, selepas pemandu kereta itu hadir di balai tersebut pemeriksaan mendapati dia memiliki 18 saman trafik termasuk empat waran tangkap dan 10 saman berstatus Tidak Boleh Kompaun (NC).

Menurutnya, saman dikeluarkan terhadap lelaki berkenaan di bawah Kaedah 20, Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (LN 166/1959) atas kesalahan membawa muatan dengan kenderaan yang tidak sesuai.

Lelaki tersebut juga ujarnya, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pada hari ini untuk menyelesaikan kes-kes saman lampau yang berstatus waran tangkap.

"Secara keseluruhannya saman yang telah diselesaikan sebanyak enam keping saman bernilai RM1,200," katanya.

Tambahnya, kereta itu disita di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan cukai jalan tamat tempoh serta kenderaan dipandu tanpa lesen sehingga pemilik sah kenderaan hadir untuk diambil tindakan selanjutnya.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/112573/EDISI/Johor/Lelaki-bawa-pokok-pisang-secara-berbahaya-ditahan?fbclid=IwAR04L9ajDChWq1qW7gDvg_m2ZZRH69S0a9_lO_N7941Yrtwimi3lZc6U-98
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 30-11-2020 03:59 AM
Dia sambut raya kot hari ni, tu yg bawak pokok pisang
Quote umbut 30-11-2020 08:08 AM
Sesuka hati je ayoyoooooo..
Quote sukacactus 30-11-2020 08:26 AM
Berapa byk thread daa pasal pokok pisang naik vios ni
Quote Lengkong 30-11-2020 08:54 AM
sukacactus replied at 30-11-2020 08:26 AM
Berapa byk thread daa pasal pokok pisang naik vios ni

Hahhah..dah dua thread kisah pokok pisang ni


Quote sukacactus 30-11-2020 09:58 AM
Lengkong replied at 30-11-2020 08:54 AM
Hahhah..dah dua thread kisah pokok pisang ni

Reporter cari biasa la...
Tp dah dlm kelas tersendiri kan, nak kata apa
Quote bulalof 30-11-2020 10:15 AM
hairan. saman punyalah banyak. masih bebas memandu atas jalan raya lagi.
Quote mamajawie 30-11-2020 10:39 AM
kelly ke ni?
Quote saviour_09 30-11-2020 10:42 AM
baru nak hepi2 kawin @ raya

buat keja bodo lg
Quote Zielathefatlady 30-11-2020 10:49 AM

I think

Sbb dalam video nya i tgk di twitter dia cakap

" Ingat ni kampung dia kat Tamil Naidu sana"


Quote husna_amal 30-11-2020 12:37 PM
Biasa nampak orang india guna pokok pisang sebagai prop majlis kahwin.
Quote Supersirap 1-12-2020 07:04 AM
Tidak pasal-pasal semua kesalahan lama digali, semoga si pelaku insaf dengan kejadian ini

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 08:44 PM GMT+8 , Processed in 0.046542 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top